Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri “Ilmu itu tidak difahami kerana kita belum tiba tahapnya“. Kali ini Abang nak berkongi Hibah Tabung Haji untuk tahun 2017.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Sebagai pelabur dalam berbagai platform antara yang Abang tunggu-tunggukan adalah pengumuman dividen dan bonus dari Tabung Haji untuk tahun 2017. Alhamdulillah pada 7/2/2018, Tabung Haji telah mengumumkan Hibah untuk tahun kewangan 2017. Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan hibah atau bonus kepada pendeposit sebanyak 4.50 peratus dan tambahan hibah haji 1.75 peratus kepada yang belum menunaikan haji bagi tahun kewangan 2017. Hibah 1.75% untuk simpanan maksima RM9,980. Dividen dan bonus yang diagihkan selepas ditolak zakat tahunan.
Hibah Tabung Haji
Alhamdulillah syukur dengan rezeki sebab dividen 2017 bertambah berbanding dividen tahun 2016 hanya 4.25 % + 1.50 %, kerana pelaburan Tabung Haji adalah pelaburan patuh syariah untuk jangka masa panjang. Kepada yang kurang berpuasa hati dengan hibah 4.50 % yang diumumkan, kita kena faham asas penubuhan Tabung Haji adalah untuk membantu rakyat untuk menabung bagi tujuan untuk mengerjakan haji jadi patut sangat kepada yang belum menunaikan haji mendapat pulangan yang lebih.
Mungkin kita nampak 4.50 % seperti sedikit tetapi jangan lupa ianya telah dizakatkan sebanyak 2.50 %. jadi sebenarnya kita mendapat 7.00 %. Ada juga platform pelaburan yang memberi pulangan yang lebih tinggi tetapi belum ditolak zakat.
Abang selalu kongsi pada kawan-kawan yang suka mengandakan duit untuk menjadikan Tabung Haji sebagai platform terakhir mengembangkan duit. Contohnya apabila kita ada modal, gunakan modal untuk membeli IPO, dari keuntungan IPO boleh digunakan untuk jual beli saham samada dalam negara atau luar negara dan keuntungan daripada jual beli saham simpan di Tabung Haji. Kepada yang tidak mahir membeli IPO dan jual beli saham boleh juga terus simpan di Tabung Haji. Pelaburan Tabung Haji pun sangat menguntungkan jika di uruskan dengan baik seperti yang pernah Abang kongsikan dalam entri “cara duit bekerja untuk kita“.
Cara Pengiraan Hibah TH 2017
Cara Bijak Mengurus Kewangan
Abang memilih Tahung Haji kerana ianya selamat di bawah jaminan Kerajaan. Nak simpan di Tabung Haji jangan tunggu banyak duit, mulakan walaupun hanya RM10 dan tambah secara beransur-ansur. Sekarang lagi mudah kita boleh hubungkan akaun Tabung Haji dengan akaun Maybank jadi boleh tambah bila-bila masa secara online. Nak hubungkan akaun TH dengan Maybank boleh dibuat di ATM Maybank.
Kepada yang bijak menguruskan kewangan pasti mereka diajar untuk melabur pada berbagai bakul pelaburan, ada bakul hari-hari, ada bakul minggu-minggu, ada bakul bulan-bulan dan ada bakul tahun-tahunan. Pelaburan Tahung Haji adalah pendapatan untuk bakul tahunan. Abang mula belajar penguruskan duit dari sifu pelaburan Azizi Ali yang merupakan jutawan pelaburan. Abang juga belajar ilmu pelaburan melalui perkongsian sifu-sifu yang lain. Semakin banyak ilmu semakin bijak kita menguruskan pelaburan dan kewangan.
Mulakan mengandakan duit dari sekarang. Azam pada usia 40 tahun duit sudah bekerja untuk kita. JANGAN jadi hamba duit sampai tua.
Abang Denaihati
Founder Denaihati Network
Denaisell (kedai online kami)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
44 Comments
Asas penubuhan Tabung Haji adalah untuk membantu rakyat untuk menabung bagi tujuan untuk mengerjakan haji jadi patut sangat kepada yang belum menunaikan haji mendapat pulangan yang lebih.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Betul tu. Itu asas tunjang utama. Memang yg belum menunaikan haji dpt lebih sket
Sebagai pendeposit dalam TH, antara yang tunggu-tunggukan adalah pengumuman dividen dan bonus dari Tabung Haji untuk tahun 2018 tahun hadapan.
Mudah-mudahan untuk tahun 2018 Tabung Haji akan mengumumkan Hibah juga.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Alhamdulillah syukur dengan rezeki sebab dividen 2017 bertambah berbanding dividen tahun 2016 hanya 4.25 % + 1.50 %,
Tahun 2018 harapnya naik.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
2014 tahun paling tinggi bonus TH.
Alhamdulillah, semoga tahun 2018 ada juga bonus pada pendeposit.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Setiap tahun pastibada bonus dn berita gembira buat semua yg ada akaun th
Owh tahun 2014.. dah lama tu. harap harap tahun 2018 boleh kasi lebih tinggi sikit lg la kan
alhamdulillah..sebagai simpanana utk ke mekah..
selain ade imbuhan sedikit..harap berkekalan
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Senarai Swift/Bic Code Bank Di Malaysia
Ini saja cara nak ke Mekah kan. Perlu simpan di TH.
Semoga tahun 2018 pun banyak dividen selepas macam-macam berlaku pada TH.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Ye. Kalau boleh jgn sentuh duit tu. Kita tgi banyak mana dia boleh membiak. Hehe
Kalau sabar menyimpan dan tak amik amik utk beberapa lama, memang membiak sakan a dlm tu
Sebagai pendeposit dalam TH, antara yang tunggu-tunggukan adalah pengumuman dividen dan bonus dari Tabung Haji untuk tahun 2018 tahun hadapan.
Wah, dah boleh cek dividen rupa-rupanya. Kenalah ke bank islam sekejap lagi.
Curahan rasa Mek ila @ ..Pelancaran Produk Penjagaan Wajah YOUTH Shaklee di Malaysia
dah lama sangat tak semak jumlah smpanan tabung haji. dividen semakin bertambah.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Mona Lisa di Astro Prima
kurang kurang ssetahun skali kena check la kan. kot kot tiba tiba ghaib ke haa
Tahun depan 2019 pun hopefully ada lagi dividen daripada Tabung Haji untuk pendeposit.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
ramai yan menabung di tabung haji sbb banyak kelebihan dan dijamin kerajaan.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Tiada Arah Jodoh Kita
Pelaburan Tahung Haji adalah pendapatan untuk bakul tahunan. Masukkan setahun 1000 pun ok dah.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Terima kasih atas info yang sangat berguna dan bermanfaat.Ini adalah untuk jangka masa yang panjang dan baik untuk masa depan yang cerah.Ini juga dapat memudahkan urusan kita untuk pergi ke haji.
Bermanfaat sungguh kan info ini. Ini adalah untuk jangka masa yang panjang dan baik untuk masa depan yang cerah.
pelaburan jangka masa panjang ni susah nak nampak. thanx atas info
Curahan rasa kauthar mohd @ ..Set hamil pilihan ibu – bekalkan nutrisi semulajadi
betul. sejak ada banyak pelaburan yg timbul ni. ramai lupa yg tabung haji sebenarnya lebih banyak manfaat
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Mona Lisa di Astro Prima
Sekarang lagi mudah kita boleh hubungkan akaun Tabung Haji dengan akaun Maybank jadi boleh tambah bila-bila masa secara online. Saya hubungkan akaun TH dengan Maybank.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Dengan link ke Maybank, lagi mudah utk kita menyimpan secara konsisten setiap bulan kan
Pelaburan mcm ni kita tak nampak sangat. Kena tunggu bertahun tahun baru bleh lihat hasil nya
terima kasih atas info nya semoga bermanfaat , i like it thank
Curahan rasa grosir gamis murah bekasi @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
tak banyak seperti kita harapkan. tetapi masih boleh buat kita tersenyum. ada zakat plak tu
Curahan rasa nikkhazami @ ..Produk yang Menghilangkan Blackheads
Bestnya simpan di TH ni dah siap tolak zakt. tak perlu pening kepala nak bayar zakat dah kan
Benar, tabung haji fungsinya untuk memudahkan penyimpan menyediakan wang untuk menunaikan haji, nak pulangan yang lebih tinggi kena cari tempat lain.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Siasatan P41 Dan P29
Mmg betul. Simpanan di th tak banyak sngt. Tp sekurang kurangnya adalah simpanan utk ke mekah
Simpan saja di tabung haji sebab zakat dah di bayar, duit dah bersih. Zakat pun 2.5% kan.
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Pelembap Muka Shaklee YOUTH Perfecting Skin Toner!
ramai ditunggu para pelabur ini , tuan berapa dividen dan bonus untuk tahun 2017 kemarin
Curahan rasa blogger newbie @ ..Pertemuan suci
Comments are closed.