Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
harini perkongsian santai bagaimana kita perlu menguruskan nasihat dan ilmu baru yang mungkin kita tidak fahami ketika kita sedang mendengarnya. Ini sudah acapkali berlaku terutama apabila mendengar pesanan-pesanan daripada orang yang berpengalaman.
Berpengalaman di sini bukan semestinya daripada orang tua sahaja, ada juga nasihat daripada orang yang lebih muda tetapi beliau berpengalaman dalam bidang yang beliau usahakan. Sebab itu penting untuk kita tidak menilai sesuatu ilmu itu hanya pada tahap kita yang sedia ada.
Nasihat mendahului tahap pengalaman dan ilmu sedia ada
Seringkali kita cenderung untuk menidakkan sesuatu nasihat apabila kita rasa ianya tidak logik di minda kita. Dalam masa yang sama, kita terlupa, individu yang memberikan nasihat atau ilmu itu mungkin telah melalui pengalaman atau situasi tersebut lebih awal.
Hanya kerana mereka telah lalui, mereka dapat memberikan nasihat sedemikian. Kita pula selaku yang menerima nasihat atau ilmu tersebut, perlu hadam terlebih dahulu dalam minda dan fikiran. Kemudian mula buat ikut aturan yang telah diberikan.
Akan sampai satu ketika, kita akan memahami ilmu yang disampaikan. Kerana apa? pertama sebab kita telah buat tindakan dengan melakukan ilmu tersebut, kedua kerana kita telah mencapai tahap pemahaman yang diperlukan.
Pengalaman akan memberikan kefahaman sesuatu ilmu
Ada banyak teori hanya kekal sebagai teori jika kita tidak melakukan. Sebagai contoh kita belajar untuk menulis artikel di laman sesawang. Ada guru yang memberikan kita tips-tips teknikal dan seumpamanya. Kita hanya nampak teori tersebut dalam kelas atau semasa sesi perkongsian ilmu. Namun ianya tidak difahami selagi kita tidak melakukan tindakan.
Oleh kerana ini, perkara penting perlu kita lakukan selepas mempelajari sesuatu ilmu adalah melakukan tindakan atau perkataan mudahnya adalah BUAT.
Ilmu buat ini adalah ilmu yang sangat penting, jika kita tidak berjaya membuat atau mengamalkan ilmu yang dipelajari, pasti kita tidak akan mendapat keputusan atau hasil yang kita inginkan.
Hasil dan kefahaman selepas buat
Apabila kita telah melakukan, ketika itu kita akan mula memahami nasihat dan ilmu yang dipelajari. Kita mula nampak apa yang cuba disampaikan oleh guru atau mentor kita selama ini. Kita akan lebih jelas, bahawa ilmu itu diperlukan untuk kita meneruskan kehidupan dan mencapai apa yang dicitakan.
Tiada guru yang mahu melihat anak murid mereka gagal, semua yang dikongsikan memang telah ditapis dan diuji untuk memastikan hasil yang baik akan diperolehi. Semestinya sepanjang tempoh untuk mengamalkan ilmu itu akan ada banyak cabaran dan halangan, itu lumrah dalam kehidupan.
Andai kita mengalah sebelum berjuang, pasti tiada hasil yang akan diperolehi.
Elakkan budaya puas dengan hanya menghadiri kelas
Satu gejala yang merisaukan pada masa sekarang, ada ramai yang hanya berasa puas selepas menyertai mana-mana kelas atau seminar. Bagi mereka, itulah tindakan mereka untuk mencapai kejayaan; iaitu pergi ke kelas.
Sedangkan, perkara sebenar yang perlu dilakukan adalah mengamalkan ilmu yang dipelajari dalam kelas selepas majlis perkongsian ilmu itu selesai. Ini perkara wajib untuk kita lakukan sekiranya kita telah membuat keputusan untuk menghadiri majlis ilmu tersebut.
Bak kata pepatah “Ilmu yang tidak diamalkan, ibarat pohon yang tidak berbuah” andai tidak berbuah, bagaimana kita mahu merasakan kemanisan buah yang kita tanam itu?
Bersama kita renungkan dan mengamati aktiviti kita selama ini, tahun 2018 banyakkan tindakan daripada hanya belajar tanpa sebarang hasil.
49 Comments
Kalau tak mula buat bisnes dari sekarang sampai bila bila kita tak akan nmpak hsilnya
Trend skang ni, pergi sesuatu kelas, then balik dia plak bukak kelas..guna module yang sama dgn sifu kelas sblm ni..heh
Kalau pergi kursus, bila balik tu terus kena amalkan. Baru apa yg dipelajari tu betul2 menjadi
Betul tu, kena terus amalkan sebelum ilmu tu berkarat dan kita mula terlupa.
Kalau tak amalkan macam sia sia je la pergi kursus tu semua haha. Balik tu terus kena buat
Ilmu yang sentiasa ditambah, sedikit demi sedikit pasti akn menjadi lengkap. Dan lebih senang difahm. Sekarang mungkin belum tiba masa untuk memahami
Sebagai contoh dalam ilmu penulisan blog.. ramai kawan-kawan tanya saya macamana nak buat blog.. siap ada yang minta saya buat kelas untuk mereka.. tapi lepas kelas no action..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
ade juga tanya saya soalan yang sama.. saya cakap senang shj cuma kena rajin dan sabar. hahah
ramai gk blogger yang dah lam menulis, tapi give up sebab tak mendapat apa yang diimpikan
Nak buat blog senang je, nak menulis blog dengan konten yang baik tu yang agak susah tapi tak mustahil
hehe bro ada buat kelas tulis blog gak ke. Blogging ni kena berpaksikan passion kan. kalu tak, no action
Zaman sekarang ni nak dapatkan ilmu secara teori memang banyak dan boleh dicari secara online di facebook, google dan sebagainya… tapi bukan semua orang dapat mempraktikkan ilmu-ilmu tersebut..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
nak cari ilmu ilmu tu pun senang. google sahaja. tetapi yang lebih jelas adalah kalau kita sertai kursus
Curahan rasa nikkhazami @ ..9 Cara Tingkatkan Jualan di Shopee
Setuju.. setakat menghadiri kelas, kemudian belajar teori tapi tak dipraktikkan … tak kan dapat memberi kita apa2 kebaikan baik ilmu kehidupan di dunia mahupun di akhirat..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Setiap ilmu yang dapat kita pelajari, kita perlu mempraktikkannya.. dan kalau boleh kita kena kongsikan ilmu tersebut dengan orang lain..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
lagi banyak kita berkongsi ilmu, ilmu lebih berkat dah tak pernah hilang pun kan. malah makin bertambah
ye. kalau tak mempraktikan apa yang kita belajar kita akan mudah lupa. sia sia sahaja
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
Alang alang dah menuntu ilmu dgn mereka yang lebih pakar, sepatutnya kita turut praktikkan ilm yg diajar.. baru tahu jauh mn blh pergi
Betul juga. Sesetengah nasihat yang saya pernah dengar, memang ada antaranya yang saya tak berapa faham pada saat saya dengar nasihat tu. Tapi satu hari bila situasi yang hampir sama terjadi pada saya, baru saya nampak kat mana relevannya nasihat tu…
Curahan rasa sabree hussin @ ..Berkesan ke promosikan bisnes homestay menggunakan blog?
Ilmu yg diberi tu pastibada gunanya. Sifu tu dh banyak pengalaman. Dia tahubapa yg dia ajar. Hehe
Sanggat setuju mengenai pendapat Denaihati ni. Sekarang ramai yang beranggapan mereka sudah menjadi pandai hanya kerana sudah mengikuti kelas. Sepatutnya kena amalkan baru tahu sudah berjaya atau belum
Curahan rasa semakkini @ ..Permohonan eRumah Pulau Pinang Online 2018.
Pergi bengkel atau seminar, kena balik dan praktikkan apa yang diajar, baru tahu berkesan atau tak.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Siasatan
kalau takat pergi kelas / bengkel tapi tak amik action, memang tak ke mana kan
Ramai yang suak pergi ke bengkel atau seminar, tapi balik sambung tidur. Kemudian komplen kena ilmu sifu tu tak menjadi hehe
mengikuti kelas tak semestinya pandai. kena praktikkan dahulu dan lihat hasilnya macm mane
Curahan rasa nikkhazami @ ..9 Cara Tingkatkan Jualan di Shopee
Pergi klas tak semestinya pandai.. kena amalkan apa yg dipelajari tu. Kan!?
Ada tu, balik kelas, dia terus buka iklan utk sesapa ingin belajar dgn nya walhal baru pergi satu kelas..aisey
setelah seringnya berkunjung dan membaca semua artikel denaihati. sekarang jadi paham bagaimana cara menulis artikel dan penempatan gambar. Makasih untuk semua informasinya
Curahan rasa ade sunandar @ ..Tempat Beli ICP Capsule di Jakarta
Comments are closed.