Didik diri untuk istiqamah walaupun Ramadhan berlalu pergi

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Syawal menjelma dan segala apa yang kita lakukan tika dibulan Ramadan boleh kita teruskan. Jangan terhenti di akhir Ramadan. Kita boleh mula berpuasa sunat dibulan Syawal sebagai menyambung puasa kita dan dibulan-bulan yang lain juga. Sebagai contohnya puasa 6 dibulan Syawal.

Baca juga: Bolehkah Niat Puasa Enam Dan Puasa Ganti Dilakukan Serentak?

Dari Abu Ayyub Al-Anshory bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

Barangsiapa berpuasa Ramadan, kemudian melanjutkan dengan berpuasa 6 hari pada bulan Syawal, maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.
(HR. Muslim)

Walaupun begitu, di musim PKP dan PKPB kita tak dapat laksanakan solat berjemaah di Masjid dan surau secara berjemaah, kita boleh laksanakannya di rumah bersama keluarga. Malah, ia dapat lagi mengeratkan hubungan bersama.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

Solat berjemaah itu lebih baik daripada solat bersendirian 27 kali ganda
(HR Bukhari dan HR Muslim)

Tangan kita begitu cepat memberi ketika dibulan Ramadan dan apa kata kita teruskan memberi walaupun sedikit dibulan-bulan yang lain. Kerana tangan yang diatas lebih baik daripada tangan dibawah.

Dari Hakim bin Hizam Radhiyallahu anhu, daripada Nabi SAW, Baginda SAW bersabda:

Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Dan mulailah dari orang yang menjadi tanggunganmu. Dan sebaik-sebaik sedekah adalah yang dikeluarkan dari orang yang tidak membutuhkannya. Barangsiapa menjaga kehormatan dirinya maka Allah akan menjaganya dan barangsiapa yang merasa cukup maka Allah akan memberikan kecukupan kepadanya.
(HR Bukhari dan HR Muslim)

Teruskan amalan-amalan baik yang kita lakukan dibulan Ramadan. Jangan kita terasa penat dan terhenti di tengah jalan. Didiklah diri kita untuk terus beristiqamah.

Allah Ta’ala berfirman:

فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Maka tetaplah kamu (pada jalan yang benar), sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah bertaubat bersama kamu. Dan janganlah kalian melampaui batas. Sesungguhnya DIA Maha melihat apa yang kalian kerjakan (Hûd 11:112)

Ingatlah peringatan Allah kepada kita.

فَمَنْ يُرِدِ اللَّهُ أَنْ يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ ۖ وَمَنْ يُرِدْ أَنْ يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ

Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya DIA akan melapangkan dadanya untuk Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah kesesatannya, niscaya Allah akan menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit (Al-An’âm 6:125)

Wallahua’lam.

Sumber: Ustaz Rozaimi


Spread the love

3 Comments

  1. moga kita diberi kekuatan untuk terus beramal tanpa berhenti..

    kalau boleh himgga ke hujung nyawa sebagai bekal ke akhirat kelak

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!