Kelebihan Orang Yang Menghafal 10 Ayat Surah Al-Kahfi

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Membaca surah Al-Kahfi ini antara surah yang menjadi pilihan kerana mempunyai pelbagai kelebihan yang boleh kita dapati, antaranya ialah dapat menghindarkan diri kita daripada fitnah Dajal dan pelbagai lagi.

Tambahan pula, surah ini terdiri daripada kisah penduduk gua, pemilik dua kebun, Nabi Musa dan Nabi Khidir serta kisah Zul Qarnain yang mengandungi teladan dan pengajaran yang banyak.

Baca : Surah Al-Kahfi dan Kelebihannya

Antara kelebihan lain Surah Al-Kahfi adalah seperti yang diriwayatkan Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Siapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal Surah Al-Kahfi akan terpelihara daripada dajjal.”

(Riwayat Muslim)

Dalam riwayat Abu Dawud pula seperti yang dikatakan oleh Qatadah, Rasulullah SAW bersabda:

Barang siapa yang menghafal ayat akhir daripada Surah Al- Kahfi akan terpelihara daripada fitnah Dajjal.”

Berdasarkan hadis itu, secara ringkasnya ada dua pendapat mengenai kelebihan membaca Surah Al-Kahfi iaitu bacaan 10 ayat yang terawal dan 10 ayat terakhir.

Mengapa 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir di-pilih?

Sepuluh ayat terawal memperihalkan mengenai kenyataan Al-Quran dan keadaan orang yang kufur serta orang yang beriman terhadap Al-Quran manakala 10 ayat yang terakhir pula menunjukkan natijah bagi mereka yang beriman dan kufur.

Dengan menghafal ayat awal dan ayat akhir surah itu akan menambahkan lagi keimanan bagi mereka yang benar-benar mentadabburkan ayat Al-Quran serta mengharap pemeliharaan Allah SWT daripada fitnah dajjal.

Baca : Kisah Ashabul Kahfi

Membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat sangat digalakkan ke atas setiap Muslim tidak kira 10 ayat terawal mahupun 10 ayat terakhir atau sebahagiannya dan lebih baik membaca satu surah lengkap.

Ini kerana surah Al-Kahfi dapat menjadi benteng keimanan yang kukuh daripada fitnah dajjal bagi sesiapa yang mengamalkannya.

Semoga kita semua selamat dari segala fitnah dajjal laknatullah. Aaminnn

Sebarkan 🙂


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!