Tanda Pagar #IndonesiaBisa Sebagai Kata Semangat

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Barisan petugas hadapan Malaysia terus memberi kata-kata semangat kepada rakan mereka (frontliners) di Indonesia apabila ada yang sudah berputus asa dalam usaha membendung wabak koronavirus (Covid-19).

Menerusi kata-kata seperti ‘Jangan putus asa’, ‘Kita pasti menang’ dan tanda pagar ‘#IndonesiaBisa’ tular di laman sosial.

Baca : Doa Yang Diajar Oleh Rasulullah SAW Untuk Menolak Wabak & Penyakit

Tanda pagar dan kata-kata itu turut disokong oleh pengguna laman sosial dari Malaysia dan Indonesia dengan harapan petugas barisan hadapan kedua-dua negara tidak mudah menyerah kalah.

Ramai juga yang memberi kata-kata semangat kepada frontliner Indonesia dan malaysia supaya jangan menyerah kalah dengan virus Covid-19 di laman sosial.

Jangan menyerah! bekerja dalam pasukan bagi melawan Covid-19. Kekal di rumah ya. #kitamestimenang,” – @blvbln.

Saling sokong kepada jiran Indonesia,” – @arieparikesit

Saya berharap negara kami juga akan cepat pulih dan terkawal wabak Covid-19 seperti mana Malaysia. Salam dari Indonesia,” – @auliarhma

Malaysia Indonesia kita pasti bisa! Ingat bahawa dulu kemerdekaan itu juga mustahil tapi kita bisa dapatkannya. Sekarang tiada yang mustahil untuk kita lawannya. Malaysia dan Indonesia kita saudara dan sentiasa mendukung satu sama lain.” – @emirkamura

Terima kasih banyak atas sokongannya, semoga Allah senantiasa selalu melindungi kalian di sana dan juga kita semua yaah. Amin.” – @masitah

Baca : Teruskan Berdoa Kerana Itu Adalah Senjata Umat Islam

Sebelum ini, tular di laman sosial, tanda pagar #IndonesiaTerserah dipercayai dimulakan oleh seorang petugas barisan hadapan di Indonesia pada 15 Mei bagi meluahkan kekecewaan terhadap masyarakatnya yang gagal mematuhi penjarakan sosial dan membuat protes kepada polis, melarang mereka pulang ke kampung semasa perayaan Aidilfitri.

Bukan itu sahaja, kata kunci “Indonesia? Terserah!!!” juga trending di Twitter sebagai sindiran digunakan netizen.

Semoga sahabat-sahabat di Indonesia terus tabah dan sentiasa membantu para frontliners untuk membendung penularan wabak pendamik Covid-19 ni. Sama-sama kita doakan.

Wallahua’alam. Sila share 🙂


Spread the love

4 Comments

  1. tengok video frontliners indonesia giveup, saya bimbang hanya satu perkara. sempadan kita dibolosi.

    ternyata berada di malaysia adalah lebih selamat.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!