Dialog Tun Dr Mahathir vs Dato Seri Mohd Nazri Aziz

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “10 orang terkaya Malaysia 2017“. Kali ini Abang nak kongsi berita panas Debat anatara Tun Dr Mahathir dan Dato Seri Mohd Nazri yang ditunggu ramai.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Dialog Tun Dr Mahathir vs Dato Seri Mohd Nazri Aziz yang sepatutnya diadakan pada 21/3/2017 di Dewan Maktab Rendah Sains Mara, Kati, Kuala Kangsar telah dibatalkan atas arahan polis atas faktor keselamatan, ketenteraman awam dan perlindungan hak dan kebebasan orang ramai.

Sidang media Datuk Seri Nazri Aziz isu dialog dgn Tun Mahathir

Karangkraf sebagai penganjur telah bertindak pantas dengan memohon diadakan di Dewan Kompleks Karangkraf. Lewat petang 31/3/2017, CEO Karangkraf, Dato Hussamuddin telah mengumumkan kelulusan telah diperolehi melalui siaran twitter dan Facebook peribadinya.

Alhamdulillah,surat dari OCPD Shah Alam baru saja diterima. Confirm dialog Tun Dr Mahathir vs DS Nazri Aziz 7.4.17 on.

Juga di umumkan di Sinar TV.

Dialog Tun M, Nazri sah, polis tiada halangan. Dialog antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz disahkan akan berlangsung pada 7 April ini, jam 9.00 malam – Kata Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, sesi dialog juga tidak mendapat halangan daripada pihak polis.

Siaran lansung Dialog Tun Mahathir vs Dato Seri Nazri akan disiarkan secara lansung di Sinar TV pada jam 9 pm, 7/4/2017.

Insyaa Allah jika semua berjalan lancar Abang akan menjadi wakil kepada blog Denaihati untuk membuat liputan Wacana/Dialog Tun Dr Mahathir vs Dato Seri Mohd Nazri Aziz.

Semuga semua berjalan lancar untuk kebaikan Malaysia.

1/4/2017 : TERKINI dari twitter Dato Hussamuddin

Pelik,Dialog Tun M vs Ds Nazri, semalam kami terima surat lulus permit. Petang ni terima surat batal permit. Payah!! – Sinar Harian

Abang Denaihati
Penulis Blog

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.

28 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!