DS Anwar Ibrahim kisah Arsenik apa kesudahan

Spread the love

Assalamualikum dan Salam 1Dunia, antara produk Denaihati yang sudah lama ada online adalah Denaihati Network Top Stories. Kalau Rakan Blogger tak pernah tahu boleh klik link tersebut dah subscribe. Berbagai berita terbaru dari gadget sehingga travel akan dikongsikan mengikut trending terkini.

Hari ini dalam banyak-banyak topik yang keluar di Denaihati Network Top Stories aku tertarikh dengan topik “The journey in life is never a straight line (part 20)“. Kisah yang berlaku pada September 1999 bagaimana Hj Hamid dan Penulis, Raja Petra Kamarudin menyeludup sample tisu badan DS Anwar Ibrahim ke Australia ketika Malaysia dihebohkan dengan kes Anwar keracunan Arsenik.

Pasti Rakan Pembaca tertanya-tanya kenapa aku sangat berminat dengan artikel ini? Agak-agak kenapa??

Aku adalah salah seorang yang terlibat secara lansung ketika DS Anwar Ibrahim (DSAI) dimasukan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Bandar Tun Razak untuk pemeriksaan keracunan Arsenik. Sebagai seorang Pengurus Penyediaan Makanan untuk pesakit aku antara orang pertama yang dapat berjumpa dengan DSAI dan keluarga beliau sebab kes ini sangat berkaitan dengan sumber makanan yang telah dan bakal diambil oleh DSAI.

Masih ingat kali pertama berjumpa beliau di Bahagian Kecemasan HUKM sebelum sembahyang Jumaat. Memang jadi kelam kabut satu hospital ketika itu mengalahkan ketika menerima pesakit no satu Malaysia, Tun Dr Mahathir yang juga masuk di hospital yang sama beberapa bulan sebelum itu.

Tugas aku setiap hari adalah merancang menu dan menyediakan makanan untuk DSAI. Tidak ada outsite food dibenarkan untuk DSAI sepanjang tempoh pemeriksaan tersebut. Setiap makan yang dihidangkan akan diperiksa oleh pihak berkuasa sebelum dihidangkan dan akan direkodkan. Tugasan aku bukan hanya terhad di hospital tetapi juga perlu ikut bersama membawa makanan ke Makamah Tinggi untuk sebutan kes. Sempatlah masuk foto aku dalam beberapa media masa ketika aku berjalan keluar bersama Dr Wan Azizah dan DSAI dari Makamah Tinggi, Kuala Lumpur.

Anwar Ibrahim - Sumber Malaysia Today

Lebih kurang seminggu aku menguruskan makan minum DSAI sepanjang beliau berada di HUKM. Berbagai drama dan kejadian yang aku lihat depan mata yang tetap segar dalam ingat. Berbagai kisah dari Pegawai Penjara dan Pegawai Polis yang aku dapat dengar sendiri tanpa tapisan. Keputusan perubatan juga aku ketahui melalui rakan-rakan perubatan yang sama-sama menjaga DSAI.

Aku tertunggu-tunggu sambungan entri “The journey in life is never a straight line (part 20)” untuk mengetahui apa kesudahan sebenarnya yang berlaku dipihak DSAI dalam kes Arsenik yang dikatakan Kerajaan cuba meracun beliau.

Politik ini memang licik dan penuh strategi kekadang kesian melihat kawan-kawan yang terlalu fanatik tanpa dapat membezakan garis hitam dan putih.


Spread the love

70 Comments

  1. Salam, ramai yang beranggapan yang politik semua kotor..
    sebenarnya semua itu salah. Politik yang bersih adalah politik Islam yang mengamalkan Al- Quran dan Hadis. Politikitu seni. Ia memerlukan kualiti pemikiran dan kebijaksanaan kepimpinan untuk menggarapnya berdasarkan Al-Quran dan Hadis.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!