Denaihati Network semakin berkembang

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, alhamdulillah di atas sokongan rakan blogger, twitter dan facebook Denaihati Network semakin berkembang membina jenama tersendiri dalam dunia maya yang semakin mencabar. Kalau kita ambil contoh bagaimana usahawan Cina boleh berjaya bukan hanya kerana mereka ada duit atau ilmu tetapi yang lebih penting mereka mempunyai network yang sangat kuat saling bantu membantu antara satu sama lain.

Itulah yang sedang diusahakan untuk membina satu jaringan network yang kuat dan besar untuk dimanafaatkan bersama. Usaha begini bukan mudah dan hasil kejayaan tidak boleh dilihat dalam jangka masa pendek. Hanya mereka yang cekal dan tabah akan merasai nikmat kehebatan Denaihati Network suatu masa nanti.

Antara rangkaian Denaihati Network adalah :

1. Rakan Denaihati : Memberi ruang semua blogger buat review ringkas blog masing-masing. Semakin ramai yang dah ikut serta.

2. Fanpage Facebook Denaihati Network : Alhamdulillah sudah ada lebih 6500 dari 1Dunia dan semakin ramai yang berkongsi entri terbaru setiap hari.

3. Twitter Denaihati : Mempunyai lebih daripada 15k ahli dari seluruh dunia. Semakin ramai yang berkongsi entri bariu bersama @Denaihati yang akan di retweet kembali dengan hashtag #dhretwt.

4. Tribe Denaihati Network :  Projek terbaru yang akan mengumpulkan seramai mungkin blogger yang mempunyai akaun twitter untuk berkongsi twitter follower yang ada. Matlamat awal adalah untuk mengumpul 100,000 twitter follower.

5. Ada banyak lagi perancangan Denaihati Network yang akan diumumkan dari masa ke semasa.

Sebagai tanda terima kasih kepada semua rakan blogger, twitter dan facebook yang memberi kepercayaan kepada Denaihati Network sempena hari yang istimewa esok tunggukan pengumuman yang juga istimewa untuk semua. Terima kasih tak terhingga semua …


Spread the love

108 Comments

  1. Tahniah Denaihati yang bersifat open kepada pandangan dan saranan publik.moga denaihati terus menarik hati kita semua. apa yang ingin saya cadangkan denaihati dapat membuka ruang iklan untuk para ahlinya mengiklankan barang niaga.terima kasih.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!