Skip to content
Denaihati
  • DENAIHATI
  • Islam
  • Semasa
  • Kehidupan
  • Teknologi
  • Travelog
  • Lain-lainExpand
    • Kesihatan
    • Hiburan
    • Sosial Media
    • Ekonomi
    • Blogging
  • Denaisell
Denaihati
  • Teknologi

Debit kad BigPay fasiliti macam kredit kad

  • Picture of denaihati denaihati
  • November 1, 2018
Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Kembara tempat menarik di Amsterdam 2018”. Kali ini nak kongsi peluang mengurus kewangan di hujungan jari.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

Kepada seorang pengembara tak kisah dalam negara atau luar negara kad debit atau kad kredit sangat penting untuk mengurangkan membawa duit tunai yang terdedah kepada kecurian. Sebagi contoh kes yang berlaku pada diri Abang ketika kehilangan pasport dan kad debit di London seperti yang diceritakan dalam entri “pengalaman hilang dokumen di London“. Kos kerugian sangat minima kerana majoriti belanja menggunakan kad debit dan kad kredit.

Masalahnya majoriti fasiliti debit kad yang dikeluarkan oleh bank Malaysia fungsinya sangat terhad. Biasanya kad debit Malaysia hanya untuk belanja dan witdraw ATm sahaja. Kepada yang biasa mengunakan kad debit pasti dapat bezakan debit kad kita tak sama dengan debit kad yang dikeluarkan oleh bank-bank di Singapore dan Indonesia. Di sana debit kad debit mereka mempunyai fasiliti sama macam kredit kad.

Baru-baru ini Abang apply satu jenama debit kad keluaran syarikat Malaysia. Masa travel ke Europe dan Hong Kong baru-baru ini Abang guna debit kad ini. Memang terbaik sebab fasiliti macam kredit kad boleh withdraw duit disemua ATM yang ada logo mastercard, boleh kumpul points yang boleh digunakan untuk beli tiket kapal terbang, tidak perlu bayar fee apabila beli tiket pesawat Airasia secara online dan mudah nak buat bayaran online contohnya buat booking hotel di Agoda dan Booking.com.

Ada satu lagi fasiliti yang menarik iaitu boleh trasfer duit dengan cepat tanpa kena yuran. Contohnya kepada ibu bapa yang ada anak belajar jauh di universiti atau kolej, boleh buat kan satu kad ni untuk mereka. Dalam aplikasi debit kad ini ada button untuk anak request duit belanja yang dia perlukan. Ayah boleh kirim melalui apps tersebut jumlah duit yang anak request tak sampai 5 saat dah sampai. Ada dua cara anak nak guna duit yang dikirimkan itu boleh guna kad untuk bayar di mana-mana Outlet yang terima mastercard atau boleh withdraw kat mana-mana ATM yang ada logo Mastercard. Maknanya anak tak ada akaun bank pun tak masalah.

BIG PAY wajib dimiliki setiap orang

Pada 15/1/2018 Bigpay Malaysia Sdn Bhd anak syarikat Airasia telah melancarkan aplikasi e-Wallet kewangan bersama kad debit BigPay yang bekerjasama dengan Mastercard. Pengguna akan mendapat pengecualian yuran 2% untuk pengeluaran ATM di seluruh dunia dan pengecualian 2% untuk pembelian tiket pesawat Airasia secara online. BigPay telah mendapat kelulusan dari Bank Negara Malaysia. Limit perbelanjaan adalah mengikut jumlah duit yang kita top up ke dalam akaun tersebut.

Pengguna BipPay juga akan menerima faedah AirAsia secara eksklusif apabila anda menggunakan kad BigPay dengan AirAsia seperti:

i: RM0.00 yuran pemprosesan pembayaran
ii: Diskaun pada bagasi daftar masuk dan makanan dalam penerbangan pra-tempahan
iii: Akses awal eksklusif untuk jualan AirAsia dan banyak lagi!

Pastikan untuk membeli melalui laman web atau aplikasi mudah alih AirAsia untuk mendapatkan diskaun.

Cara apply kad debit BigPay

  1. Download aplikasi e-Wallet di smartphone anda samada pengguna android atau apple. Nak download klik link ini http://bigpay.link/referrals. Masukan kod referral GRGAK2G8Y1 apabila di minta.
  2. Masukan dokumen seperti yang diminta dan tunggu dokumen di verify dalam tempoh beberapa hari.
  3. Setelah dokumen di verify buat bayaran RM20 dan tunggu kad dikirimkan ke rumah dalam tempoh beberapa hari.
  4. Aktifkan kad apabila sudah menerima kad.
  5. Kad boleh digunakan dengan top up mengikut jumlah yang ingin kita masukkan.
  6. Bila kad dah aktif sila semak link referral di aplikasi yang kita boleh gunakan untuk perkenalkan pada kawan-kawan. Setiap akaun baru yang diaktifkan menggunakan link referral kita akan di bayar sebanyak RM10 sebagai komisen.

Apa itu BigPay

Berikut wassap yang disediakan oleh BigPay apabila kita kirimkan pada kawan-kawan.

I’m using BigPay and it’s amazing!

It’s a powerful app that tracks your expenses and lets you manage your money in real time More than a boring e-wallet, BigPay comes with a striking blue card that you can use anywhere in the world!

When you travel, you only pay the actual exchange rate (same or better than XE). Plus, you save money on AirAsia flights and earn BIG Points.

Sign up now – it’s completely free. Use my referral code and we’ll both get RM10 when you sign up!

My referral code:
GRGAK2G8Y1

http://bigpay.link/referrals

This is going to be big

Kepada yang tak ada kad kredit sebab susah nak apply tapi ingin menggunakan kad maka apply lah kad debit BigPay. Abang yakin kad debit ini akan menjadi sangat penting kegunaannya kerana ianya teknologi kewangan terbaru e-wallet tanpa perlu ada akaun bank yang hanya perlu diuruskan menggunakan aplikasi dari smartphone. Ini yang dikatakan dunia kewangan di hujung jari.

Biodata denaihati

Founder Denaihati.com since 2009
Baca artikel yang ditulis oleh denaihati | Laman Sesawang


Spread the love
  • Mampukah manusia hidup tanpa wang tunai?
  • Mitsubishi Electric Lancar Peti Sejuk Model Folio JX dan BX
  • Adobe Creative Cloud dengan skim pembayaran yang menarik
  • Button WhatsApp di blog
  • Salah faham crytocurrency, terutamanya BitCoin
PrevPrevious PostMana boleh modal bisnis 100% pinjam
Next PostPengalaman mistik mendaki gunung yang tidak dapat dilupakanNext

42 Comments

Comments navigation

Older comments
  1. Pingback: 10 cara mudah untuk jimatkan duit. Mesti buat!
  2. grosir gamis murah bekasi says:
    19 February 2019 at 12:04 pm

    terima kasih telah di shae artikel nya sangat menarik semoga bermanfaat guys. i likeit

  3. Pingback: Tips jimat untuk travel 2019, mesti cuba!
  4. Noriza Rahman says:
    29 December 2018 at 4:53 am

    kad debit BigPay ini akan menjadi sangat penting kegunaannya kerana ianya teknologi kewangan terbaru e-wallet tanpa perlu ada akaun bank yang hanya perlu diuruskan menggunakan aplikasi dari smartphone sahaja.
    Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap BulanMy Profile

  5. JMR says:
    24 December 2018 at 4:53 pm

    Bagi saya, banyak manfaat yang diperolehi bagi sesiapa yang biasa menggunakan kaedah ini. Peluang yang terhidang, apa lagi, grab cepat cepat

  6. Pingback: Bercuti bukan habiskan duit saja tapi boleh buat duit
  7. nikkhazami says:
    23 December 2018 at 3:37 pm

    Yg tak boleh memohon kredit card, boleh apply big pay ni. Fungsinya agak sama tapi ada kelebihan juga

    1. JMR says:
      24 December 2018 at 4:48 pm

      yup, fungsi nya sama seperti kad kredit. hm tapi kelebihannya lebih drp kad kredit ni

      1. Noriza Rahman says:
        29 December 2018 at 4:41 am

        Nak try juga apply lah, mana tahu nanti boleh kumpul banyak point dan boleh digunkan semasa melancong

      2. Noriza Rahman says:
        29 December 2018 at 4:41 am

        Nak try juga apply lah, mana tahu nanti boleh kumpul banyak point dan boleh digunkan semasa melancong

  8. Noriza Rahman says:
    22 December 2018 at 5:10 am

    Menariknya bila kad debit BigPay ni mempunyai fasiliti untuk trasfer duit dengan cepat tanpa kena yuran

    1. nikkhazami says:
      23 December 2018 at 8:14 pm

      Ye. Kalau perkhidmatan lain pasti akan dikenakan yuran. Walaupun sikit tapi pikr dua kali juga

      1. Noriza Rahman says:
        29 December 2018 at 4:42 am

        Memang kena fikir dua tiga kali kalau ada yuran yang tersembunyi.Caj kad saja mahal juga

  9. Noriza Rahman says:
    22 December 2018 at 4:59 am

    Harapnya majoriti fasiliti debit kad yang dikeluarkan oleh bank Malaysia memperluaskan lagi fungsinya selepas mengambil kira faktor yang ada pada BigPay ni

  10. Noriza Rahman says:
    22 December 2018 at 4:53 am

    Bestnya kalau negara kita pun punya kad debit yang mempunyai fasiliti sama macam kredit kad

  11. Noriza Rahman says:
    21 December 2018 at 11:46 pm

    Ohhhh inilah yang saya pernah ternampak ada orang duk buat. Rupanya referral then kutip duit dari link kita saja lah ye

  12. Noriza Rahman says:
    21 December 2018 at 11:42 pm

    Memang perlu kad debit atau kad kredit untuk mengurangkan membawa duit tunai yang terdedah kepada kecurian ketika melancong
    Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap BulanMy Profile

    1. nikkhazami says:
      23 December 2018 at 3:36 pm

      Ye. Bawa cash mmg tak selamat. Lagi vagus kalau bayar guna debit card.

      1. Noriza Rahman says:
        29 December 2018 at 4:46 am

        Pengguna pula mendapat pengecualian yuran 2% untuk pengeluaran ATM di seluruh dunia dan pengecualian 2% untuk pembelian tiket pesawat Airasia secara online. Best ni
        Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap BulanMy Profile

  13. Pingback: Tips dapat harga hotel murah yang ramai tidak tahu
  14. JMR says:
    15 December 2018 at 1:55 am

    menarik fungsi kad debit ni. Setidak-tidak perbelanjaan masih di dalam kawalan lagi, tak terlebih belanja. Cara nak transfer duit pun senang. Hmm..ingat macam nak kena apply gaklah. Boleh collect point gak kan
    Curahan rasa JMR @ ..Tips Kumpul Simpanan Kecemasan Sebanyak 3 Bulan Gaji.My Profile

    1. Noriza Rahman says:
      29 December 2018 at 4:48 am

      Jom lah kita pakat apply kad ni. Sepatutnya bank kat negara kita perlu buat macam ni juga lah

Comments navigation

Older comments

Comments are closed.

OTHER POSTS
  • Blogging, Kisah Kehidupan

Red Flag Lelaki: Tanda Awal Yang Perlu Diberi Perhatian

  • May 10, 2025
  • Blogging

Aidiladha: Kisah Seorang Ayah, Seorang Anak, dan Sebuah Ketaatan

  • May 9, 2025
  • Blogging

Main Blok adalah aktiviti ringkas tapi sangat penting untuk anak 1 Tahun

  • May 6, 2025

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!

Search
POSTS TABS
LATEST
POPULAR
COMMENTS
LATEST

Red Flag Lelaki: Tanda Awal Yang Perlu Diberi Perhatian

10 May 2025

Aidiladha: Kisah Seorang Ayah, Seorang Anak, dan Sebuah Ketaatan

9 May 2025

Main Blok adalah aktiviti ringkas tapi sangat penting untuk anak 1 Tahun

6 May 2025

Pakej Ibadah Korban 1446H/2025

2 May 2025

Epidural Semasa Bersalin: Pilihan Bijak atau Elak Sakit Semata-Mata?

29 April 2025

POPULAR

  • Semak keputusan UPSR, PMR dan SPM online dan SMS posted on March 21, 2011

  • Hafal surah Al-Kahfi dapat terselamat daripada fitnah dajjal posted on January 19, 2022

  • 10 Entri Popular Denaihati September 2013 posted on October 9, 2013

  • 10 Entri Popular November 2013 posted on December 16, 2013

  • Fadhilat dan keistimewaan ayat 21-24 surah Al-Hasyr posted on June 13, 2020

COMMENTS

DENAIHATI TV

Jenama bersama

DENAI

HATI

Denaihati Network Sdn Bhd (984186-T)
No. 16-2B, Jalan Boling Padang G 13/G,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
Selangor D. E.

Facebook-square Twitter Instagram Youtube
INFO

Biodata
Hubungi
Pengiklanan
Penafian
Terma

Rangkaian DH

denai.my
denaisell.com

Hak milik terpelihara © 2009 – 2025 – DENAIHATI NETWORK –

  • DENAIHATI
  • Islam
  • Semasa
  • Kehidupan
  • Teknologi
  • Travelog
  • Lain-lain
    • Kesihatan
    • Hiburan
    • Sosial Media
    • Ekonomi
    • Blogging
  • Denaisell
Search