Tips jimat untuk travel 2019, mesti cuba!

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Memang suatu pengalaman dan kenangan akan dilalui apabila kita travel. Melihat keindahan negara orang, cuaca, budaya, makanan dan sudah tentu ragam orang berbanding di negara kita.

Ramai yang suka travel. Ada yang kekerapannya selalu, ada yang masa cuti sekolah dan ada yang juga setahun sekali. Biasakan bila buat cerita travel akan ada kekawan yang kata travel ni mahal. Tak salah mereka sebab kekadang kurang pendedahan.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

Abang nak kongsi satu contoh cara jimat untuk travel.

Katalah Khamis ni nak pergi Pekanbaru, Indonesia

  1. 7 hari lepas semak harga pesawat Airasia harganya RM143
  2. Sebagai ahli Big Loyalty untuk harga RM143 dapat harga ahli iaitu RM123 jimat RM20. Nak jadi ahli Big Loyalty free je tak perlu bayar pun.
  3. Nak jimat lagi 2% yuran proses bayar guna debit kad BigPay. Nak apply kad debit BigPay tak ada syarat susah macam kad kredit.
  4. Sebagai ahli Big Loyalty setiap pembelian tiket RM20 dapat 1 big point yang boleh guna untuk redeem tiket pesawat untuk next travel.
  5. Hari ini semak harga yang sama dah jadi RM416

Bayangkan kalau kita beli tiket hari ini untuk terbang Khamis dan kita bukan ahli Big Loyalty dan tak ada kad debit BigPay, maknanya kita kena bayar RM416. Perbezaan harga lebih kurang RM296.

Kesimpulan untuk travel murah samada dalam atau luar negara perlu pandai urus supaya dapat berjimat sebanyak yang boleh. Ada kawan-kawan yang beli tiket pergi balik ke Amsterdam pada harga kurang dari RM2500.

Pasti kawan-kawan pun ada pengalaman dan ilmu untuk berjimat ketika travel, jom kongsikan!

Amir Hassan
Denaihati.com
Since 2008

Like l share l Komen


Spread the love

6 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!