Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakhabar shabat-sahabat pembaca setia.
Selesai sahaja solat Isyak di surau Hotel Hilton Petaling Jaya, Abang tersentak apabila dapat wassap berita sahabat baik di Arab Saudi sedang kritikal kerana lemas. Setahu Abang dia sedang mengerjakan umrah, rupanya selepas selesai kerja umrah dia dan keluarga terus bercuti di Yanbu. Kawan Abang ni ada lesen diving dan sudah beratus-ratus jam menyelam bersama keluarga dan kawan-kawan khasnya di Pantai Yanbu.
Abang tak boleh lupa kebaikannya yang sentiasa akan berusaha untuk berjumpa dengan Abang samada di Madinah atau di Mekah setiap kali Abang ke Saudi. Penat macam mana pun dia tetap akan berusaha untuk datang. Dia bukan buat perkara yang sama kepada Abang malahan semua tetamu dari Malaysia yang dia kenal. Bila balik Malaysia dia akan datang ke rumah bersama keluarga menziarahi kami.
Kali terakhir Abang berhubung secara peribadi ketika Abang singgah satu malam di Yanbu. Sahabat Abang yang sudah berpindah di Jubail walaupun jauh tetap berusaha mencari kawan-kawan di Yanbu untuk teman kami makan. Abang berkenalan denga tuan Noor Zikhan Mohd Safar yang rupanya di Malaysia tinggal tak jauh dari rumah Abang, kecilkan dunia ini.
Sedang Abang mengimbau kisah bersama sahabat Abang dan berdoa semuga ALLAH selamatkan sahabat Abang yang sangat baik ni tetiba masuk lagi satu pesan.
Assalammualaikum semuanya. Suami saya dah pergi bertemu penciptaNya
Innalillahi wainnalillahi roji’un. Abang tak dapat menahan air mata menitis deras. Semoga Allah tempatkn arwah bersama para solehin.
Al Fatihah
Damai mu di sana sahabat ku Hj Zuraili Arahman Sidek. Semuga segala kebaikanmu pada ku ALLAH balas syurga.
Abang entah bila, semuga ada kebaikan dalam hidup ini untuk dilihat ALLAH. Jauhkan semua persengketaan kerana kawan yg baik dikenang ramai.
Menurut sahabat Abang di Yanbu, tuan Noor Zikhan Mohd Safar ini urusan jenazah paling cepat yang mereka pernah uruskan. Tahun lepas pun ada kes yang sama tetapi pengurusannya lebih lama daripada yang ini.
Itulah kerja ALLAH rupanya pengenalan Abang walaupun sebentar dengan Noor Zikhan Mohd Safar ada sebabnya. Sepanjang mengurusan jenazah arwah sahabat ini yang memberi berita terkini untuk dimaklumkan pada kawan-kawan bekas pelajar SMSJ di Malaysia. Kami di Malaysia sempat buat majlis tahlil dan solat ghaib untuk arwah.
Abang Denaihati
Pengembara Dunia
Kedai Denaihati
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
19 Comments
Al-fatihah untuk arwah dan takziah untuk keluarga Arwah. semoga rohnya di tetapkan di kalangan kekasih Allah. amin.
Curahan rasa haffizuliskandar @ ..Cara paling mudah mengatasi masalah Error 404 pada blogspot.
Innalillahi wa inna ilaihi rooji`uun. Moga Allah merahmati ruhnya dan menempatkannya di kalangan solehin..
Curahan rasa Oja Samid @ ..Jenis Garam Untuk Masakan : Yang Mana Lebih Sihat?
Al-fatihah buat arwah sahabat tuan Denaihati… semoga arwahHj Zuraili Arahman Sidek ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..
Curahan rasa anuar @ ..Alhamdulillah… Tercapai SATU SASARAN 2017
Moga arwah sentiasa termasuk dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin
alfatihah.. takziah kepada keluarga haji zuraili. Banyak kebaikan beliau kepada saudara seislam.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Cara Bunuh Cicak Dapat Pahala
Banyak kenangan manis abg denai hati dan haji.
Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Cara Bunuh Cicak Dapat Pahala
Alfatihah. Semoga roh arwah tenang dan damai di sana. Orang baik sentiasa di ingati jasa mereka. Perginya seorang kawan yang baik.
Takziah & alfatihah..orang baik akan sentiasa diingati..walaupun sebentar pengenalan tu, tapi kenangan sentiasa di hati kan.
Innalillah..semoga rohnya dicucuri rahmat dan diampunkan segala dosanya..amin
Curahan rasa Bagaimana Malaysia @ ..Review Harga Microwave Malaysia 2017 (SENARAI TERBAIK)
Al fatihah.. Dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali
Curahan rasa mrhanafi @ ..Ada Tak Cara Mudah Dapat Duit
Alfatihah. Semoga roh arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman. Sama-sama mendoakan.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Review
Alfatihah. Semoga roh arwah tenang dan damai di sana. Bila lihat kawan-kawan yang dah pergi. Terfikir juga tentang diri sendiri.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Review
teringat kat sahabat-sahabat yang dah pergi.
rindu mahu ajak berborak dan mengeteh sama.
Curahan rasa titan @ ..A Fullmetal Heart
alfatihah.. takziah kepada keluarga.. semoga jasa dan kebaikkannya diingati sampai bila bila
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kerja dari Rumah dengan iLancee
Alfatihah. Semoga roh arwah tenang dan damai di sana. Tiada apa yang nak disombongkan dan digaduhkan.
Curahan rasa Muhammad Khairuddin Lim @ ..Arashiyama Bamboo Forest, Kyoto
Comments are closed.