Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog in. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri “Skim Adam50 ajar anak duit buat duit“. Apa yang kita nak buat mesti ada guru jangan buat ikut dan tiru orang atau ikut rasa hati sahaja. Kali ini Abang nak berkongsi pengalaman food blogger, Tuan Shahkhairul Nizam Ramli buat semakan baki pelaburan ASNB secara online. Pasti tulisan ini bermanafaat kepada pelabur-pelabur PNB. Jangan lupa singgah blog beliau Pencari Makan.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Petang tadi berurusan di ASNB Putrajaya Presint 2. Aku pelajari dua benda baru. Punya lama aku tak ke ASNB Putrajaya, last jejak kaki kesana bulan March 2017.
Pertamanya, kini buku ASB atau ASW2020 mahupun yang melibatkan produk ASNB buku tidak diperlukan lagi. Baki juga boleh kau semak di online sahaja. Tidak perlu kau bersesak di kaunter hanya untuk semak baki ASB di awal tahun.
Aku juga dapat tahu untuk keluarkan duit juga buku di bawah produk ASNB tidak perlu dibawa, cukup sekadar isi borang dan Mykad sahaja.
Ikuti langkah berikut untuk daftar semakan baki secara online.
- Kau perlu cari kiosk PNB ni. Ia ada di pejabat PNB mahupun Ejen PNB.
- Kau jangan lupa bawa Mykad . Ini paling utama. Kalau ‘chip’ Mykad tidak boleh dibaca oleh mesin kiosk, menangislah sepuas-puasnya dibucu kiosk kemudian ke JPN untuk penukaran Mykad baru.
- Masukkan Mykad pada slot yang ditetapkan.
- Seterusnya kau ‘Sahkan Mykad’.
- Terpapar di Screen Nama dan No Kad Pengenalan.
- Hantar untuk proses seterusnya.
- Klik ‘Kemaskini’
- Paling utama kemaskini No Telefon bimbit kau. Mudah untuk dapat maklumat terkini melalui ASNB.
- Kemudian setelah selesai dikemaskini maklumat yang berkaitan klik ‘Hantar’.
- Klik ‘Pengesahan’ sekiranya berpuas hati dengan maklumat yang dikemaskini.
- Seterusnya klik ‘Submit & Cetak’ untuk rekod kau telah kemaskini maklumat.
Untuk semakan baki kau boleh pilih sewaktu proses semakan baki dan cetak. Maka baki dibawah akaun ASNB dengan Mykad yang sama akan disertakan sekali.
Kini kau boleh semak baki secara online di www.myasnb.com.my
Share jika bermanfaat.
Shahkhairul Nizam Ramli
Bukan ejen ASNB
62 Comments
nice entry.. bagi info.. bagus juga asb online senang bila nak buat urusan tengok baki asb yang updated dan tidak lagi kena pergi pos office semata-mata untuk kemaskini buku asb 🙂
Curahan rasa pinkbubblegum @ ..Dress tunang cantik simple online 2017
GV dah lama tunggu ASB ni wat online sebab penat time kali nak pergi check baki , GV terpaksa gi pejabat pos, bank atau pejabat ASB sendiri. Good info. 🙂
Curahan rasa Galaksi Viral @ ..IKON POP LELAKI PALING MELETOP DI DUNIA
Alhamdulillah… akhirnya penantian menjadi kenyataan.. semoga lepas ni dapat memudahkan urusan GV dan para pelabur ASNB yang lain..
Curahan rasa anuar @ ..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
Kalau nak daftar nombor telefon kat online terus kan bagus..hehe
Tak yah ke pejabat ASNB tu
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Amalan Rezeki Melimpah Ruah Tak Pernah Habis!
thank you for the info. very nice written by you . moga terus maju jaya
Curahan rasa TAHZ @ ..Bagaimana Wanita Yang Alami Buah Pinggang Rosak Ikhtiar Untuk Kesihatannya
Walaupun artikel ni share daripada penulis yang lain.. tetapi isi kandunganya memang tip top..
Curahan rasa anuar @ ..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
Buat pedoman bagi mereka yang selalu berurusan dengan pihak ASNB.
Lepas ni lagi mudah.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Senaman KEGEL Ketatkan Otot Vagina, Senaman Wajib bagi Wanita yang Pernah Bersalin
nak tambah pelaburan bertambah mudah dengan adanya sistem online… nak keluar pula macam mana 😀
Elok juga kalau senang nak masuk dan susah nak keluar.. semoga pelaburan semakin bertambah dari semasa ke semasa..
Curahan rasa anuar @ ..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
tak penah tau plak boleh semak pelaburan asnb secara online..
tapi tak terkejut sebab skg tabung haji pun boleh
Curahan rasa zool @ ..Hafizh Syahrin tamatkan GP2 di tangga ke 10 keseluruhan
bagus la kalau tabung haji pun dah buat jugak. tempat mcm ni mmg ramai org. makan masa kalau nak tunggu
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai Lagu Gegar Vaganza 2017 Minggu 4
sama lah… baru tau juga boleh buat secara atas talian. Mudah kerja dan jimat masa
Curahan rasa salatul @ ..Tentang Rezeki
Agaknya lepas ni semua urusan buat dari rumah jer.
Senang pihak kita sebagai pengguna
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Banyaknya Jimat! Diskaun 20% GLA COMPLEX dan Vita-E Complex
Dah ada kiosk lagi mudah lepas ni nak daftar ASB dan kemaskini no tel
Saya dulu pergi kaunter..Menunggu jugak la tapi tak lama lah 😊
Curahan rasa SYAHRIL HAFIZ @ ..Cara Semak Amanah Saham Berhad ( ASB ) Secara Online Melalui Portal MyASNB
wow… dah ada kiosk juga yer. bertambah mudah lah.
berbaris kat pejabat pos lama-lama tak selesa juga
Curahan rasa salatul @ ..Prof Hariz Internet Marketing by PolicyStreet
Bab menunggu kat kaunter tu tak semua orang boleh buat kan.
Kalau orang generasi muda ni lebih suka buat online
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Keistimewaan Vitamin C dan CITRUS BIOFLAVONOID dalam SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS
Bestnya.. kalaulah dari awal lagi buat macam ni kan best.. tak perlu saya buat buku baru..
Curahan rasa anuar @ ..Cendawan Busut Goreng dengan Tepung pun Sodap..
Saya baru buka buku baru disebabkan buku lama hilang semasa berpindah dari Mukah ke semenanjung…
Curahan rasa anuar @ ..Cendawan Busut Goreng dengan Tepung pun Sodap..
Buku tu sebagai kenangan.
Mana tau lepas ni nak guna buku tu time kecemasan.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Keistimewaan Vitamin C dan CITRUS BIOFLAVONOID dalam SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS
simpan je buku tu. lepas ni semak asb dengan online je. mudah dan cepat
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai Lagu Gegar Vaganza 2017 Minggu 4
saya belum tukar buku lagi…. cadangnya baru nak tukar. Nasih baik baca entri ni
Curahan rasa salatul @ ..Bengkel Apresiasi Puisi Melayu Tradisional
Ada hikmah juga kan.
Untung ada entry macam ni sebagai perkongsian.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Mengapa perancangan keluarga penting? | Implanon, IUCD, Pil Perancang, Suntikan Depo dan Ikat Peranakan
zaman teknologi maklumat sekarang nie, dah banyak benda yang dipermudahkan. hanya kadang-kadang disusahkan dengan tape merah yang ntah apa2
Curahan rasa salatul @ ..Prof Hariz Internet Marketing by PolicyStreet
Alhamdulillah.. semakin lama urusan kita semakin dipermudahkan dengan bantuan teknologi masa kini..
Curahan rasa anuar @ ..Cendawan Busut Goreng dengan Tepung pun Sodap..
Cuma diharap jangan ada pihak yang cuba untuk mengambil kesempatan songlap duit orang lain melalui pelbagai helah tipu daya.. huhuhu..
Curahan rasa anuar @ ..Cendawan Busut Goreng dengan Tepung pun Sodap..
sekarang ni makin mudah. hampir semua urusan boleh buat secara online.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai Lagu Gegar Vaganza 2017 Minggu 4
Jom le daftar… mudahkan urusan tak perlu nak cari parking dan baris lama-lama kat post office 😀
Terima kasih di atas ingatan.. In Shaa Allah akan daftar dalam masa terdekat ni supaya senang nak keluarkan dividen ASB awal bulan Januari nanti
Curahan rasa anuar @ ..Cendawan Busut Goreng dengan Tepung pun Sodap..
ya… senang urusan tak perlu tunggu berbaris lama-lama di pejabat pos 🙂
Curahan rasa salatul @ ..Tentang Rezeki
Yang generasi lama mungkin agak susah nak buat online ni kalau taksa bantuan dari anak-anak. Mereka kadang lebih suka beratur panjang di pejabat pos dan pejabat ASNB
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..DAFTAR AHLI SHAKLEE : November 2017 Promotion for Non-members
malaysia jadi makin maju.
banyak benda dah dimudahkan sekarang.
hoho.
Curahan rasa titan @ ..Istiadat Laung AGUNG
kita ikut perkembangan semasa.
lepas ni akan ada banyak lagi urusan orang ramai jadi mudah
Curahan rasa salatul @ ..Seminar Zakat, Wakaf dan Filantropi Islam (ZAWFI) 2017
Lagi mudah nak periksan ASNB online, buku ASB saya dah 4 tahun tak update sebab malas nak ke bank.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Beza Untung Pembiayaan Dan Riba
Tuan Ikhwan Fahmi tak update akaun ASB, sebab byk sumber pendapatan lain.. macam saya setiap tahun memang kena update..
Curahan rasa anuar @ ..Cendawan Busut Goreng dengan Tepung pun Sodap..
Sebab melalui dividen dan bonus ASB sahaja ada lebihan sedikit duit pada setiap awal tahun..
Curahan rasa anuar @ ..Cendawan Busut Goreng dengan Tepung pun Sodap..
lama sangat tak update tu..
saya ingat saya jer yang lama tak update
Curahan rasa salatul @ ..Tentang Rezeki
Uhh dah makin mantap PNB dengan adanya cara nak semak baki pelaburan online ASNB ni .. jika dulu mungkin tak buat sbb tak ramai celik IT, skrang ni ramai anak muda dah melabur dalam ASNB ni .. memang elok dan bagus buat macam ni.
Curahan rasa hasrul hassan @ ..10 Soalan Maut Panel Penemuduga Kerjaya Sektor Awam
Lepas ni bolehlah kita simpan buku ASB.. buat khazanah macam buku-buku akaun bank yang lain..
Curahan rasa anuar @ ..Cendawan Busut Goreng dengan Tepung pun Sodap..
haha. dah jadi mcm buku bank.. buku bank dah mcm tak wujud je sekarang ni.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai Lagu Gegar Vaganza 2017 Minggu 4
bukan saja orang muda malahan warga selepas muda juga kena mahir IT macam nie, bila dah semakin banyak kemudahan jadi IT 🙂
Curahan rasa salatul @ ..Seminar Zakat, Wakaf dan Filantropi Islam (ZAWFI) 2017
owh..igtkan kena pergi daftar kat cawangan berhampiran, boleh gunakan kiosk yang ada tu untuk register juga
Curahan rasa reezluv @ ..Cara DIY Kalau Connection Streamyx Bermasalah
Kalau ada senarai kiosk … bagus juga kan .. senang nak cari.
Curahan rasa hasrul hassan @ ..10 Soalan Maut Panel Penemuduga Kerjaya Sektor Awam
Bro Hasrul Hassan tulislah dekat blog senarai Kiosk ASB.. nanti senang orang nak cari..
Curahan rasa anuar @ ..Cendawan Busut Goreng dengan Tepung pun Sodap..
Kerennn… Dengan online memudahkan semuanya, top Bang Amir. Sukses selalu…
mudah betul sekarang ni. semua guna online. jimat masa dan tak payah beratur ambik nombor
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Justice League 2017
Betul tu setuju.. kalau tak sebelum ni rasa scary jer kalau nak keluarkan duit ASB.. sebab terpaksa beratur panjang..
Curahan rasa anuar @ ..Cendawan Busut Goreng dengan Tepung pun Sodap..
Paling cepat pun sebelum ni kena pergi dekat maybank.. itupun lambat juga.. sebab kena beratur..
Curahan rasa anuar @ ..Cendawan Busut Goreng dengan Tepung pun Sodap..
biasanya kalau malas nak settle urusan mcm ni sebab tak nak menunggu lama
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Justice League 2017
Comments are closed.