Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dua hari lepas pihak Denaihati Network telah mengumumkan majlis yang dinanti-nanti ramai iaitu Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014. Kesinambungan daripada pengumuman tersebut, pihak Yeo’s Malaysia telah berbesar hati untuk mengadakan contest untuk blogger.
Yeo’s Malaysia memang sudah tidak asing dengan rakyat Malaysia sejak berpuluh tahun. Tujuan Contest ini diadakan untuk memperkenalkan Yeo’s Malaysia kepada pembaca di alam maya bukan sahaja di Malaysia malah ke Asia Tenggara. Sebagai tanda terima kasih Yeo’s Malaysia telah sudi menyediakan hadiah lumayan gajet impian kepada blogger. Memang rugi kalau tak ikut serta ni.
Berikut adalah antara hadiah yang ditawarkan oleh Yeo’s Malaysia:
- Hadiah tempat pertama: Samsung Note 3, 3 cartons Yeo’s PET product dan artikel dimasukkan dalam buku Denaihati kategori Gaya Hidup Sihat.
- Hadiah tempat kedua: iPad Mini & 3 cartons Yeo’s PET product
- Hadiah tempat ketiga: Lenovo A850 Black & 3 cartons Yeo’s PET product
Berikut adalah syarat-syarat dan butiran mengenai contest Yeo’s Malaysia ini.
[box type=”shadow”]
- Peserta perlulah menulis artikel mengenai Yeo’s Malaysia berdasarkan salah satu tema di bawah :
- Gaya Hidup Sihat Bersama Yeo’s
- Pilihan Semulajadiku
- Yeo’s Pilihanku
- Semulajadi Yeo’s
- Artikel hendaklah ditulis melebihi 350 perkataan (kurang daripada 350 perkataan tidak akan diterima)
- Artikel berdasar salah satu tema yang dipilih dengan menulis mengenai Yeo’s Malaysia, bagaimana ianya mempengaruhi kehidupan anda, atau cadangan dan idea menggunakan produk Yeo’s Malaysia untuk kehidupan yang lebih baik
- Setiap artikel perlulah memasukan senarai rangkaian sosial media Yeo’s Malaysia (facebook, twitter, google +, instagram, YouTube dan lain-lain)
- Sila gunakan medium seperti gambar, video atau sumber kreatif yang lain dalam artikel anda untuk mendapatkan markah yang lebih tinggi sewaktu penilaian juri
- Tajuk artikel adalah bebas mengikut kreativiti masing-masing
- Penyertaan hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 11 Februari 2014 11:59 malam.
- Penilaian akan dibuat menggunakan asas berikut:
- 70% penilaian akan dibuat oleh Juri Profesional.
- 30% markah akan dikira daripada total paling banyak shares facebook dan shares Google + (plus).
- Peserta diberi masa sehingga 11.59 pm, 18hb Februari untuk mengumpul sebanyak mungkin shares facebook dan Google plus.
- Penyertaan terbuka kepada semua blogger Asia Tenggara.
- Artikel sebaiknya ditulis dalam bahasa Melayu, tetapi artikel bahasa Inggeris juga diterima.
- Pemenang akan diumumkan pada Majlis Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014.
- Keputusan adalah muktamat.
[/box]
Para peserta juga perlu memasukkan kod berikut dalam artikel masing-masing:
Sila tinggalkan link entri penyertaan contest Yeo’s Malaysia anda di SINI (sebelum 11.59 pm, 11/2/2014) dan isi juga borang pada penghujung artikel ini.
Tips Contest: Sila tulis artikel yang kreatif dan berkaitan rapat dengan gaya hidup anda. Bagaimana produk Yeo’s Malaysia membantu anda menjalani gaya hidup sihat. Gunakan gambar d
Jangan lepaskan peluang mudah untuk memenangi gajet impian tanpa modal dengan hanya perlu beberapa jam memerah otak menulis entri mengenai Yeo’s Malaysia dan mempromosi entri tersebut di Facebook dan Google plus. Kalau bukan sekarang bila lagi??
Jangan lupa follow sosial media Yeo’s Malaysia sebagai tanda terima kasih menjadi penaja utama Sepetang Bersama Blogger 2014.
- Facebook : https://www.facebook.com/YeosMalaysia
- Twitter : https://twitter.com/YeosMalaysia
- Instagram : http://instagram.com/yeosmalaysia
- Google+ : https://plus.google.com/105235723685382687885/posts
- YouTube : http://www.youtube.com/yeosmsia
Sila gunakan borang di bawah untuk menghantar penyertaan:
Bahan-bahan promosi yang boleh dimasukkan dalam entri
165 Comments
dah join gak…..heheh buat contest biasa2 jer…x harap pom leh menang sb ada markah utk like, g+ dan tweet
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Yeo’s Inspirasi Gaya Hidupku
ok..dah join dah contest ni..
Curahan rasa titan @ ..7 Sebab Yeo’s Pilihan Semulajadiku
Alhamdulliah..siap gak N3 contest ni.
Tolong tenguk yer tuan denaihati sekiranya n3 saya ni ada kekurangan
Curahan rasa kak ina kl @ ..Yeo’s Pilihanku
Nyummeh.. Insya Allah akan join.. Follow dulu.. Hehee
Alhamdulillah. Siap jugak entri utk kontest ni =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Yeo’s LoveMark!
Semakin ramai yang join contest ini. Peluang nak menang ni agar sukar, jika dilihat pada artikel yang dipublish oleh para peserta yang semuanya hebat-hebat belaka.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Contest Hebat Bersama Yeo’s Pilihanku Dan Keluarga
Kita usaha mana yg boleh. Rezeki Allah dah tulis =)
Selamat berjaya bro Kamil!
Curahan rasa hafizmd @ ..Yeo’s LoveMark!
akak setuju..jika tak di pecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Menang kalah adat pertandingan tapi bagi akak tak menjadi halangan untuk mencuba di lain kali.
Sudah pun menyertai contest. Harap dapat semak entri samada memenuhi syarat penyertaan atau tidak?
Curahan rasa akubiomed @ ..Yeo’s sentiasa menjadi Pilihan Semulajadiku
Ambe belum sempat komen entri bro AB. Dah baca, tapi tk sempat nk komen…insyaAllah singgah lagi nanti =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Yeo’s LoveMark!
done sertainya. dlm proses pengeditan & penambahan idea
Curahan rasa yumida @ ..Yeo’s pilihan hatiku
jom kengkawan kita join beramai-ramai
Wow … menarik ni. Mungkin nak menyertai sebagai memeriahkan …. tgh kumpul idea dan bahan. Tak pasti samada sempat ke tak.
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Jom Follow Instagram HASRULHASSAN
InsyaAllah sempat lagi, tarikh tutup 11 Februari 2014 11:59, ada dua hari lagi.
Curahan rasa Denaihati @ ..Arsenal mampukah terus bertahta di BPL 2013/14
Wuiihh hadiahnya gadget-gadget yang mantap
Curahan rasa Abi Bewara @ ..Nokia Lumia 1520 Sudah Dijual di Indonesia Seharga Rp 9,450 Juta
gojesssss… sangat ni… terbaik ahhh…
Curahan rasa mia liana @ ..Seronoknya Kalau Dapat Macam Ni
Comments are closed.