Cinta Muka Buku

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, beberapa bulan lepas aku terdengar kakak menyanyi lagu “Cinta Muka Buku“. Pada mulanya aku terasa pelik dengan tajuk lagu tersebut tapi setelah beberapa hari baru akau tersedar maksud sebenarnya adalah “Cinta Facebook”. Lagu “Cinta Muka Buka” menjadi fenomena dikalangan remaja didendangkan oleh Najwa Latif seorang bintang remaja yang dilahirkan bukan dari program realiti Akademi Fantasi atau Mentor tetapi artis Youtube.

Begitulah pengaruh laman web social network di zaman ICT, sesiapa sahaja boleh menghasilkan hasil kerja seni dan yang terbaik akan terkenal seluruh dunia. Kita sebagai blogger mesti mengambil kesempatan dari kehebatan laman social network untuk memaksimum fungsi bukan hanya sekadar membazir waktu berkongsi kisah kehidupan seharian. Facebook melalui Fanpage FB telah banyak membantu meningkatkan trafik blog Denaihati. Blog Denaihati juga sedang memproduksikan video pendek yang akan dikeluarkan di Youtube.com pada awal tahun 2012 untuk membantu promosi trafik blog.Bagaimana pula pengalaman Rakan Blogger menggunakan Facebook dan Youtube?

Kehebatan lagu “Cinta Muka Buku” bukan sahaja hebat di kalangan remaja tapi menjangkit sehingga ke Maharaja Lawak Mega. Seronok betul aku saksikan video Maharaja Lawak Mega group Boboi minggu ke 4. Joom kita layan :


Spread the love

149 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!