Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pada pertengahan 2012 tabloid Charlie Hebdo telah menerbitkan karikator bogel Nabi Muhammad yang telah mendapat tentangan seluruh umat Islam dunia. Berbagai peringatan telah diberi kepada ketua editor Charlie Hebdo dan kepimpinan Perancis tetapi atas prinsip “kebebasan bersuara” tiada tindakan telah dilakukan sehingga berlaku tragedi serangan pejabat Charlie Hebdo.
12 orang termasuk ketua editor dan kertunis telah terkorban apabila pejabat Charlie Hebdo diserang oleh Cherif Kouachi dan abangnya Said Kouachi. Tragedi ini telah membunuh total 17 orang apabila polis Paris bertindak balas termasuk Cherif dan Said Kouachi. Serangan ini tidak akan berlaku sekiranya majalah tabloid tidak memprovokasi Islam dengan melukis kartun Rasulullah.
Dunia sengaja melupakan sebab utama mengapa serangan berlaku dengan mengutuk penyerang Islam sebagai extrimis dan mengangkat Charlie Hebdo sebagai hero dunia. Maka berlakulah perhimpunan solidariti Perancis yang menghimpunkan lebih satu juta manusia dengan dihadiri oleh berbagai Ketua Negara tanda sokongan kepada Charlie Hebdo termasuk Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Mereka sengaja lupa bahawa Netanyahu telah membunuh dengan kejam lebih ramai Rakyat Palestine. Mereka semua bersatu menentang Islam atas tiket demokrasi sementara Islam terus berpecah dan dipecahkan.
Dengan sokongan dunia Charlie Hebdo telah menerbitkan tabloid baru dengan karikator Rasulullah bersedih menghiasai muka depan. Satu tindakan provokasi yang memang disengajakan dilakukan dengan harapan Islam akan bertindak balas. Tapi kali ini aku sangat berharap perjuang Islam tidak masuk perangkap dengan menyerang balas kerana itulah yang diharapkan oleh musuh-mush Islam.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia Yakjuj Makjuj sudah terbongkar! Klik Sini
Rahsia magnet rezeki bukan lagi rahsia! Klik Sini
Sedekah pembuka pintu rezeki. Ramai yang masih tidak tahu rahsianya! Klik Sini[/box]
Musuh Islam terlalu takut dengan perkembangan Islam yang sangat pesat sehingga ada statistik mengatakan dalam tempoh 30 tahun Perancis akan menjadi negara Islam. Bukan sahaja Perancis malah seluruh dunia pertambahan penganut Islam bertambah dengan banyak sekali.
Sebagai umat Islam mari kita terus berdoa dan tunjukkan akhlak yang baik kerana tidak mustahil kartunis Charlie Hebdo ini akan menjadi seperti Greet Wilders penghina Islam tegar yang kini sudah mendapat hidayah mengucap dua kalimah syahadah. Biarkan Charlie Hebdo melukis lagi dan lagi kartun Nabi Muhammad sehingga akhirnya hidayah masuk di dalam hati mereka kerana mereka jahil bahawa Rasulullah adalah pembawa rahmat keseluruh alam.
111 Comments
fitnah akhir zaman mmg dasyat. smoga beliau mendapat hidayah Allah
fitnah dunia sangat kejam. kita perlu berdoa agar umat islam akan dipandang hormat dan tinggi oleh masyarakat lain
Curahan rasa Tim Nusara Catering @ ..Video Kenangan Indah oleh Eternity Production
Macam manapun satu hari nanti Islam akan menang juga! Yang penting kita perlu bersatu hati!
Curahan rasa faezahjalil @ ..Advance Joint Health Untuk Lutut Mak & Abah, Terbaik Untuk Sendi!
Berbagai tipu daya makar dan fitnah dialamatkan untuk menghancurkan islam namun takkan berhasil karena Allah sendiri yang menjaga agama Nya
Curahan rasa Abdullah @ ..Termasuk Syirik Memakai Cincin dan Benang dan Semisal Keduanya Untuk Menghilangkan dan Menolak Bala
mereka ni memang tak serik-serik menghina agama Islam…..semoga Allah turunkan balasan yang sangat dahsyat kepada mereka…..
Curahan rasa asraff ruslan @ ..Pekan Rabu Alor Setar Kedah Dijangka Siap 2 Tahun
Akan tiba masanya mereka akan tertanya sendiri: “Apa istimewanya si Muhammad ini, sehingga seluruh pengikutnya amat menyayanginya?”.
Sungguh kita bencikan PERBUATAN mereka dan mengutuk keras. Tapi kita perlu sedar PERBUATAN mereka itu selayaknya mereka ORG BUKAN ISLAM yg tidak MEMAHAMI. Semoga mereka mendapat HIDAYAH.
Curahan rasa Afiffuddin @ ..Cara Membuat Resume Kerja
Saya benar-benar mengecam tindakan charlie hebdo ini. mereka memang sengaja ingin memecah belah umat islam. semoga umat islam tidak terpancing emosi, karena kekerasan bukan jalan satu-satunya untuk memecahkan masalah. bisa jadi tambah masalah.
Peluang Usaha
Semoga umat Islam akan kembali bersatu, tidak terpecah belah seperti sekarang ini.
Curahan rasa luthfi @ ..Perbaikan Kulit Malam Hari
Ada-ada saja propaganda kafir nak menjatuhkan aqidah umat Islam dunia sekarang ni
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Alfalfa Tumbuhan Herba seperti Kacip Fatimah
Semoga Din Islam akan semakin tegak di Bumi ini dengan tindakan mereka di Eropa Sendiri setiap harinya ramai Muallaf karena mereka akhirnya sadar bahwa Islam adalah agama yang benar dan cinta damai
Curahan rasa blogger bumi lasinrang @ ..Syekh Saalih al-Fawzaan Posisi Kaum Muslimin terhadap Penghinaan kepada Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam
bukan nak menyokong, tapi tindakan mrk menghina Rasulullah itulah yg menyebabkan umat Islam bangkit, dan org bukan Islam mula tercari2 siapa Muhammad bin Abdullah Rasulullah s.a.w. semoga mereka mendapat hidayah, spt doa tuan rumah.
Curahan rasa KelipKelip @ ..4 Cara Berkesan untuk Iklan Perniagaan Kecil
Terkini demonstasi oleh chechnya atas sebab isu ini…kerajaan perancis mmg cis betullah!
Curahan rasa hafizmd @ ..Jom Aktifkan Mykad. Kenapa Nak Aktifkan MyKad?
Sememangnya musuh-musuh Islam akan melakukan pelbagai rancangan untuk menjatuhkan Islam. Namun mereka lupa bahawa sesungguhnya perancangan Allah lebih hebat…
Curahan rasa ummi naimie @ ..PSORIASIS : APA TANDA DAN LANGKAH MENGAWALNYA
Benar2. Mereka yahudi dan nasara pasti kerah segala idea usaha tenaga utk memusnahkan ummat Islam.
Curahan rasa hafizmd @ ..Jom Aktifkan Mykad. Kenapa Nak Aktifkan MyKad?
memang provokasi yang jahat. sepatutnya hormati je berlainan agama ni untuk dunia yang aman
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Testimoni Vivix untuk SLE
Comments are closed.