Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia, ramai yang bertanya maklumat terkini tentang duit bantuan persekolahan RM100 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet tahunan. Sebelum ini Kerajaan telah umumkan cara tuntutan bantuan RM500 kepada yang layak. Mengikut sumber Berita Harian, kerajaan baru umumkan cara Duit bantuan persekolahan RM100 akan diagihkan. Duit bantuan RM100 akan disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing dengan serta-merta dan kemudiannya diagihkan secara tunai kepada ibu bapa, penjaga atau murid. Bayaran telah mula diagihkan pada Khamis lepas.
Bantuan persekolahan itu disalurkan kepada pelajar Tahun Satu hingga Tahun Lima, dan dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan tahun sebelumnya. Pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu sesi persekolahan tahun bajet disebut, pembayaran bantuan RM100 akan dibayar pada Januari tahun depan bagi memastikan pelajar sudah mendaftar di sekolah masing-masing. Ini untuk memudahkan urusan pembayaran kerana dikhuatiri pelajar bertukar sekolah.
Semua pelajar layak mendapat bantuan persekolahan RM100 seorang tanpa mengira latar belakang keluarga bagi membantu mengurangkan beban ibu bapa dalam membuat persiapan anak-anak masuk sekolah. Bagi ibu bapa atau penjaga yang tidak mahu menerima duit bantuan persekolahan RM100 boleh mengisi borang menolak dan menyerah balik bantuan tersebut.
Rezeki jangan ditolak tetapi mesti diuruskan dengan betul supaya tiada pembaziran. Jangan pulak ada ibubapa yang menggunakan duit bantuan RM100 ini untuk kegunaan peribadi beli make up, baju atau rokok. Terbaik gunakan untuk membeli keperluan sekolah tahun 2012 atau simpan dalam akaun bank atau ASB anak kerana mereka yang lebih berhak.
Terkini : Kerajaan bersetuju meluaskan bantuan persekolahan RM100 setiap seorang kepada 500,000 pelajar sekolah swasta di seluruh negara membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta bagi menghadapi persekolahan tahun depan.
182 Comments
kita amat terharu dan berbesar hati apabila kerajaan mengumumkan bantuan untuk setiap pelajar sekolah di negara ini.selama ini pun kerajaan memang sentiasa prihatin dengan pelajar kita yang bakal menjadi pemimpin negara satu hari nanti, dan kita amat bertuah kerana hidup dengan aman dan selesa di negara bertuah ini, negara yang di rahmati.sekali lagi kami ingin mengucapkan dan merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan kita diatas keprihatinan mereka.
syukur kerana dengan wang ini dapatlah digunakan untuk membeli buku sekolah dan peralatan yang berkaitan. walaupun tak cukup tapi ia tetap membantu..
Curahan rasa Syarih @ ..Erti Perkahwinan Dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
adik saya 2 orang dapat….okeyla kan
Curahan rasa lin azlina @ ..Gadget Impianku
Wa.. bersyukur dapat tu.. boleh ringankan beban juga kan
Curahan rasa Steward John @ ..Cara menjawab soalan peperiksaan dengan kreatif
aah kan dalam tak sedar tugas guru bertambah! haha
100 tu besar dh nilainya buat org cam ssaya ni…..macam2 leh rolling!
Curahan rasa lin azlina @ ..Gadget Impianku
aah kan dalam tak sedar tugas guru bertambah! haha
Curahan rasa lin azlina @ ..Gadget Impianku
betul tu..tambah2 pulak skangni kos sara hidup sgt tinggi kan
sangat beruntung kan…
Curahan rasa lin azlina @ ..Cash Out Churp-Churp
betul tu..tambah2 pulak skangni kos sara hidup sgt tinggi kan
Curahan rasa lin azlina @ ..Cash Out Churp-Churp
untung zaman skang…macam2 dapat free jer…teringat zmn sy belajar dulu…kena usaha sendiri
Curahan rasa lin azlina @ ..Cash Out Churp-Churp
Yer la.. kita dulu mana ada yang nak bantu, semua kena cari sendiri.. rasanya keadaan zaman mak bapa kita lagi teruk .. apa-apa pun kena bersyukur apa yang kita ada
Curahan rasa Steward John @ ..Cara menjawab soalan peperiksaan dengan kreatif
mkasih infonya, sangat bermanfaat….
Curahan rasa waloetz @ ..SERIBU PERNAK PERNIK PONSEL ANDROID
sy nie xtau la akn dpt ke x voucher rm200 yg k’jaan jnji nk bg kat student uni..
coz sy nie final year dh.. thn dpan last sem..huhu..
best aje tgk adik2 sy dpt rm100…
Curahan rasa Nisa Greennnpanda @ ..Met 2 bloggers besides than Maya Karin @ Sunway Pyramid~!!
iye..utk meringankan beban keluarga yg sederhana kat luar sana
Curahan rasa rosezha @ ..contest komen & menang di puanbee.com
dpt la meringankan beban sket bagi family ada ramai anak yg bersekolah…
Curahan rasa syamila @ ..Apple iPad 2…Boleh ke????? Insya Allah
Setuju sangat sangat tu.. biar jumlah sedikit tapi sekurang2nya boleh membantu
Curahan rasa Steward John @ ..Cara menjawab soalan peperiksaan dengan kreatif
Semoga dapat memberikan semangat dan motivasi yang baik untuk anak-anak penerima bantuan ini.
Sukses selalu
Salam
Ejawantah’s Blog
untung budak2 skrg..jgn salah guna dah ler..
nak sekolah blk ke..jom la..haha
Curahan rasa IsuPanas @ ..Pertandingan Komen Terbanyak | Giveaway
Kalau boleh putar masa tu kembali, memang nak sangat
Curahan rasa Steward John @ ..Cara menjawab soalan peperiksaan dengan kreatif
Comments are closed.