Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia, ramai yang bertanya maklumat terkini tentang duit bantuan persekolahan RM100 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet tahunan. Sebelum ini Kerajaan telah umumkan cara tuntutan bantuan RM500 kepada yang layak. Mengikut sumber Berita Harian, kerajaan baru umumkan cara Duit bantuan persekolahan RM100 akan diagihkan. Duit bantuan RM100 akan disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing dengan serta-merta dan kemudiannya diagihkan secara tunai kepada ibu bapa, penjaga atau murid. Bayaran telah mula diagihkan pada Khamis lepas.
Bantuan persekolahan itu disalurkan kepada pelajar Tahun Satu hingga Tahun Lima, dan dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan tahun sebelumnya. Pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu sesi persekolahan tahun bajet disebut, pembayaran bantuan RM100 akan dibayar pada Januari tahun depan bagi memastikan pelajar sudah mendaftar di sekolah masing-masing. Ini untuk memudahkan urusan pembayaran kerana dikhuatiri pelajar bertukar sekolah.
Semua pelajar layak mendapat bantuan persekolahan RM100 seorang tanpa mengira latar belakang keluarga bagi membantu mengurangkan beban ibu bapa dalam membuat persiapan anak-anak masuk sekolah. Bagi ibu bapa atau penjaga yang tidak mahu menerima duit bantuan persekolahan RM100 boleh mengisi borang menolak dan menyerah balik bantuan tersebut.
Rezeki jangan ditolak tetapi mesti diuruskan dengan betul supaya tiada pembaziran. Jangan pulak ada ibubapa yang menggunakan duit bantuan RM100 ini untuk kegunaan peribadi beli make up, baju atau rokok. Terbaik gunakan untuk membeli keperluan sekolah tahun 2012 atau simpan dalam akaun bank atau ASB anak kerana mereka yang lebih berhak.
Terkini : Kerajaan bersetuju meluaskan bantuan persekolahan RM100 setiap seorang kepada 500,000 pelajar sekolah swasta di seluruh negara membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta bagi menghadapi persekolahan tahun depan.
182 Comments
adeih.. ak nk jd bdk sekolah leh x? haha
Curahan rasa faiz @ ..Jersey Baru Manchester United Musim 2011/2012
semoga bantuan ini memberi semangat kepada anak-anak untuk bersemangat ke sekolah.
Sapa yang dprt tu utk ler
Alhamdulillah .. saya dah pun pergi ambil baru2 ini … siap dengan perbincangan dengan guru kelas ttg pencapaian anak saya kseluruhan tahun ini … syukur, tahun hadapan dapat naik kelas A …. selepas dapat pelajar terbaik matematik …
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Facebook – Tempat Bersarang Dosa Tanpa Kita Sedar
dan yang penting juga… dapatlah kurangkan beban beli baju dan buku sekolah anak2..
Curahan rasa yangbaik @ ..Yangbaik dan cermin mata
Yer la.. sekarang ni memang banyak jer buku rujukan nak beli.. bukan itu jer, nak bayar lagi tuition kanak2 kan.
Curahan rasa Steward John @ ..AirAsia ticket for just 10sen
sibuk dengan urusan bantuan duit sekolah untuk anak-anak. Untung mereka…
Curahan rasa yangbaik @ ..Yangbaik dan cermin mata
hari ini merupakan hari yang sibuk bagi ofis mate…
Curahan rasa yangbaik @ ..Yangbaik dan cermin mata
Masing-masing mengurus wang bantuan tu ker yangbaik? tak apa, bukan selalu kan
Curahan rasa Steward John @ ..AirAsia ticket for just 10sen
untung la ada ank rmi time nie..
5 org 5ratus dah..huhu
Benar … memang untung … tetapi perbelanjaan setiap anak pun berbeza juga. Kena pastikan sebagai ibu bapa bijak gunakan duit yang telah DIAMANAHKAN itu untuk membeli keperluan sekolah .. dan bukan utk kegunaan lain.
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Facebook – Tempat Bersarang Dosa Tanpa Kita Sedar
Haha.. nak urus seorang anak pun agaknya dah susah, apatah lagi kalau 5 orang anak.. tapi kalau ramai anak, meriah juga hidup kan
Curahan rasa Steward John @ ..AirAsia ticket for just 10sen
untung lah spew yg dpt tuh….
Yang penting digunakan sebaiknya duit tu walaupun nilainya taklah besar sangat
Curahan rasa Steward John @ ..Top 100 twitterer in Malaysia
yes bro u r right. i sokong ngan u…………….
anak saya baru dah masuk 5 tahun dan sorang lagi 2 bulan… takder lebih ker….hehehehhe
Curahan rasa zack @ ..Wordless Wednesday #5
ala, sya tak layak..anak baru tadika…
huwaaaa
Curahan rasa noriz @ ..Sustagen Nutritionland & Siput Sedut
Terima kasih kepada kerajaan atas inisiatif seperti ini..
Curahan rasa Steward John @ ..AirAsia ticket for just 10sen
kpd pelajar dan ibubapa, harap gunakan bantuan ini sebaiknye. bukan senang nak dpt bantuan mcm ni.
Curahan rasa rosezha @ ..Wordless Wednesday 4
ini pertahun atau 3 bulan atau 6 bulan bro 100 RM
Curahan rasa munir ardi @ ..Perolehan Medali Sementara SEA GAMES 2011 Hari ke – 6
Comments are closed.