Assalamualaikum dan salam 1Dunia, lebih 3juta rakyat Malaysia yang isi rumah berpendapatan bulanan RM3,00 dan kebawah layak menerima Bantuan Rakyat RM500. Bantuan “one off” dalam pembentangan budget 2012 ada pertama kali berlaku dalam sejarah pembentangan budget Malaysia. Ramai terutama Pembangkang yang menganggap pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia adalah gula-gula pilihan raya. Bagi aku gula-gula yang memberi manafaat kepada rakyat apa salahnya. Aku sudah jelaskan dalam entri “Budget Malaysia 2012 Yang Menarik” bagaimana Bantuan Rakyat ini dapat membantu meningkatkan aktiviti ekonomi Malaysia.
Setiap orang yang layak untuk menuntut Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 mesti berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Nak mendaftar di LHDN ni yang mengerikan sedikit untuk sesetengah orang tapi apa nak buat kalau nak RM500 kena jugalah daftar. Khabarnya dah ramai yang menyerbu kaunter LHDN untuk tujuan pendaftaran. Duit siapa yang tak nak. Bila dah dapat duit jangan pulak dibelanjakan ditepat yg tidak sepatutnya terutama masuk skim cepat kaya atau beli saham TOTO.
Kenyataan LHDN : “Rakyat Malaysia yang layak mendapat bantuan ini tidak perlu mengunjungi kaunter LHDN pada waktu ini bagi tujuan pendaftaran itu sehinggalah semua urusan pelaksanaan siap dilakukan. Bagi memudahkan urusan pendaftaran pemohon, LHDN akan menyediakan pendaftaran secara online di laman sesawang LHDN serta beberapa agensi kerajaan lain yang akan dikenal pasti bagi melicinkan urusan terbabit. Syarat permohonan akan dimaklumkan setelah mendapat garis panduan daripada Kementerian Kewangan, dan akan diumumkan melalui kenyataan media kepada semua akhbar. Penyaluran wang bantuan ini akan dilakukan melalui kaunter-kaunter Pos Malaysia dan Bank-bank yang dilantik, termasuk Bank Simpanan Nasional. Pemberian bantuan itu seperti yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, akan dilakukan secara berperingkat-peringkat, berkuat kuasa pada Januari 2012 – Bernama”
Ini rezeki dari Allah SWT jangan lupa infaqkan sedikit walaupun RM1 insya Allah akan bertambah berkat rezeki dan tidak mustahil akan berlipat kali ganda rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka. Kepada yang tak layak jangan cuba-cuba melayakan diri haram duit tu dan kepada yang tak setuju dengan Bantuan Rakyat RM500 janganlah tuntut walaupun layak tu baru gentlement. Aku pulak tengah kira-kira ni layak atau tidak.
Kepada yang layak dapat RM500 ini ada formula untuk RM500 jadi RM5000.
Terkini :
1. Borang bantuan rakyat 1Malaysia sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dijangka mula dikeluarkan pada bulan Disember ini. 1/11/2011 – Utusan.com.my
2. KUALA LUMPUR 30 Nov. – Pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai 10 Disember ini untuk tempoh satu bulan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Sehubungan itu, beliau berkata, pembayaran Bantuan RM500 hanya akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari tahun depan. Menurutnya, borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), serta agensi-agensi Kerajaan. ”Borang yang lengkap diisi beserta salinan kad pengenalan, hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDN,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
3. Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia boleh didownload @ BR1M
143 Comments
terbaik dari bajet 2012.. 🙂
eh.. pasal commentuv tk keluar pulak…
duit sapa tak mau weh….
Curahan rasa Syarih @ ..Resipi – Pengat Nangka & Pulut.
Denaihati terlebih layak nih..hehe 🙂
Curahan rasa Lorna @ ..Treat for this week ;p
kalau baucar buku cam ne plak? hehe
Curahan rasa amoi @ ..Wordless Wednesday #21 : Ted-Ted-Bear-Bear
Kene register LHDN ker?..serampang 2 mata..
Curahan rasa Bumilangkawi @ ..Homestay di Langkawi
alhamdulillah dpt wang tmbhn…
tahun depan…tak lama lagi la 🙂
Alhamdulillah……..Manfaatkan segala pemberian yang diterima kepada yang layak.
Jangan pula membazir kepada perkara yang yang tak perlu. Menabung di ASB adalah yang paling terbaik demi masa depan keluarga.Diharap yang layak saja dapt menikmatinya. LHDN harus pantau demi mengelakkan pemberian ini ke pihak yng tak layak. Bila dpt pandai2 lah berterima kasih pula, jgn asyik hentam saja , tilik dan renung segala kebaikan yang diberi.
Aku mau juga dong kalau dapat bantuan,
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Ayah Mengapa Aku Berbeda
Bang Iwan kalau tidak silap SBY juga ada bagi bantuan 100ribu rupiah untuk warga miskin Indonesia.
Curahan rasa Denaihati @ ..SEO Kujie2.com Memang Sedap
Assalam…
Ramai yang berminat nih kalau bab duit…
Curahan rasa iza @ ..Terlebih Khasiat Haruan.
Itu sdh pasti..hehehe
Curahan rasa KDN @ ..Hadiah Perodua Myvi Extreme contest besar Denaihati
wah.. saya leh laa apply ni.. bawah 3k pendapatan.. hehe.. kena register lhdn ni,, hehe..
LHDN menunggu dengan tangan terbuka untuk golongan muda daftar… cepat jangan lambat.
Curahan rasa Denaihati @ ..SEO Kujie2.com Memang Sedap
macam tak percaya je bawah 3k
Curahan rasa ariff @ ..Pemandangan Indah Musim Luruh Di Tsaritsino (20 Gambar)
harap LHDN dapat tapis sapa yang layak dan tidak layak…kalo tak buat begitu takut tak sampai pada yang benar-benar layak
Curahan rasa Adib @ ..Unmistakable
bagi mereka yang benar-benar memerlukan maka inilah peluangnya namun perlu diingat apabila di rekodkan di LHDN maka anda mungkin akan terpaksa mengishtirakan harta pada setiap tahun….mungkinkah begitu???
Curahan rasa Syarih @ ..Ketenangan Senja Di Kuala Kedah.
Itulah tujuan sebenar sebab RM500 hanya bantuan one off tapi data di LHDN selamanya.
Curahan rasa Denaihati @ ..SEO Kujie2.com Memang Sedap
takkan tak nak bayar cukai pulak..
Curahan rasa ariff @ ..Pemandangan Indah Musim Luruh Di Tsaritsino (20 Gambar)
Bro ramai sangat yg tak declare kat LHDN ni … terlalu ramai dengan berbagai alasan.
Curahan rasa denaihati @ ..Tips Untuk Pengguna Baru WordPress
smo ni serampang 2 mata utk LHDN
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Pejabat Google Singapura: Printer Dipanggil Chendol!
jadinya, mmg serampang 2 mata…jadi kalau ade yg selama ni elak dgn pelbagai alasan,mungkin kali ni terpaksa daftar lhdn dan lepas ni, kenalah bayar cukai…
Curahan rasa hafizmd @ ..Dah ke belum…
fitrah manusia – dapat rm500 hari ni, esok dah abis…nak buat camna…bantuan kerajaan perlu dalam bentuk subsidi..just my 2cent…
Curahan rasa arena84 @ ..Menarik! Kehebatan Duit Syiling 1 Sen (Infografik)
Kebanyakannya mcam tu la. Dapat duit one off, belanja duit tu semua one off
Curahan rasa ariff @ ..Pemandangan Indah Musim Luruh Di Tsaritsino (20 Gambar)
Ade jugak keburukkanya kan..hope sume leh guna pada tempat dan waktu yg betul..
Curahan rasa Bumilangkawi @ ..Homestay di Langkawi
Banyak perubahan bajet 2012.. sekurang2nya rakyat yang berpendapatan
rendah mendapat bantuan kerajaan walaupun sedikit… alhamdulillah
Curahan rasa nurmisnan @ ..Pertandingan Foto Sayangi 1Malaysia l Juara 20,000
Nampak sedikit tapi bila dicampurkan memang ber BILLION jumlahnya dan ini lebih baik dan mencapai sasaran daripada buat projek raksasa seperti menara warisan yg dicadangkan pada budget 2011.
Curahan rasa Denaihati @ ..SEO Kujie2.com Memang Sedap
Indeed…. hmmmmm
Curahan rasa nurmisnan @ ..Pertandingan Foto Sayangi 1Malaysia l Juara 20,000
nampak macam lebih baik, tapi ramai jugak yg mempertikai niat baik, dlm masa yg same…kebas jugak…hehehe
Curahan rasa hafizmd @ ..Dah ke belum…
Comments are closed.