Assalamualaikum dan salam 1Dunia, lebih 3juta rakyat Malaysia yang isi rumah berpendapatan bulanan RM3,00 dan kebawah layak menerima Bantuan Rakyat RM500. Bantuan “one off” dalam pembentangan budget 2012 ada pertama kali berlaku dalam sejarah pembentangan budget Malaysia. Ramai terutama Pembangkang yang menganggap pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia adalah gula-gula pilihan raya. Bagi aku gula-gula yang memberi manafaat kepada rakyat apa salahnya. Aku sudah jelaskan dalam entri “Budget Malaysia 2012 Yang Menarik” bagaimana Bantuan Rakyat ini dapat membantu meningkatkan aktiviti ekonomi Malaysia.
Setiap orang yang layak untuk menuntut Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 mesti berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Nak mendaftar di LHDN ni yang mengerikan sedikit untuk sesetengah orang tapi apa nak buat kalau nak RM500 kena jugalah daftar. Khabarnya dah ramai yang menyerbu kaunter LHDN untuk tujuan pendaftaran. Duit siapa yang tak nak. Bila dah dapat duit jangan pulak dibelanjakan ditepat yg tidak sepatutnya terutama masuk skim cepat kaya atau beli saham TOTO.
Kenyataan LHDN : “Rakyat Malaysia yang layak mendapat bantuan ini tidak perlu mengunjungi kaunter LHDN pada waktu ini bagi tujuan pendaftaran itu sehinggalah semua urusan pelaksanaan siap dilakukan. Bagi memudahkan urusan pendaftaran pemohon, LHDN akan menyediakan pendaftaran secara online di laman sesawang LHDN serta beberapa agensi kerajaan lain yang akan dikenal pasti bagi melicinkan urusan terbabit. Syarat permohonan akan dimaklumkan setelah mendapat garis panduan daripada Kementerian Kewangan, dan akan diumumkan melalui kenyataan media kepada semua akhbar. Penyaluran wang bantuan ini akan dilakukan melalui kaunter-kaunter Pos Malaysia dan Bank-bank yang dilantik, termasuk Bank Simpanan Nasional. Pemberian bantuan itu seperti yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, akan dilakukan secara berperingkat-peringkat, berkuat kuasa pada Januari 2012 – Bernama”
Ini rezeki dari Allah SWT jangan lupa infaqkan sedikit walaupun RM1 insya Allah akan bertambah berkat rezeki dan tidak mustahil akan berlipat kali ganda rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka. Kepada yang tak layak jangan cuba-cuba melayakan diri haram duit tu dan kepada yang tak setuju dengan Bantuan Rakyat RM500 janganlah tuntut walaupun layak tu baru gentlement. Aku pulak tengah kira-kira ni layak atau tidak.
Kepada yang layak dapat RM500 ini ada formula untuk RM500 jadi RM5000.
Terkini :
1. Borang bantuan rakyat 1Malaysia sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dijangka mula dikeluarkan pada bulan Disember ini. 1/11/2011 – Utusan.com.my
2. KUALA LUMPUR 30 Nov. – Pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai 10 Disember ini untuk tempoh satu bulan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Sehubungan itu, beliau berkata, pembayaran Bantuan RM500 hanya akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari tahun depan. Menurutnya, borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), serta agensi-agensi Kerajaan. ”Borang yang lengkap diisi beserta salinan kad pengenalan, hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDN,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
3. Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia boleh didownload @ BR1M
143 Comments
Harap bantuan di berkekakalan lah
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Live Streaming LIverpool FC VS Manchester United
bagus ini…mesti mahu mohon
Curahan rasa ysuhaimi @ ..Success Stories – Mat Shah Pagoh
O ya, nak tanya…bagaimanakah pengiraan gaji…adakah berdasarkan gaji kasar atau gaji bersih bagi mendapatkan bantuan RM500 tersebut?
Curahan rasa KDN @ ..Hadiah Perodua Myvi Extreme contest besar Denaihati
mgkin gaji kasar kot…kebiasaannya dikira berdasarkan gaji kasar~
O..begitu pula pengiraannya..terima kasih kerana memberi info ini…
Curahan rasa KDN @ ..Hadiah Perodua Myvi Extreme contest besar Denaihati
Kalau nak kira atas gaji bersih, semua orang layaklah cmtu sebab ramai gak yang hutang lagi banyak dari gaji 😛
Curahan rasa Lagubestbest @ ..Kau Satu-Satunya – Ukays / Uk’s
Info yang berguna…terima kasih DH…
Curahan rasa KDN @ ..Hadiah Perodua Myvi Extreme contest besar Denaihati
setuju dengan apa yang denaihati ckp. Duit rm500 yang dapat dari bantuan rakyat tu sebaik2nya disedekahkan sedikit ke jalan Allah, insyaAllah akan bertambah berkat rezeki… apa syarat2 bantuan rakyat ni ya?
Itulah, kebijaksanaan kerajaan untuk mengutip cukai, siapa yang tak daftar (gaji lebih RM 3000), kena bayar cukai.
Curahan rasa Teratakerapung @ ..Cerita Di Malam Jumaat
oh baru tahu, bolehlah inform jiran2 kg yg berpendapatan <3000. 🙂
Curahan rasa aslann as @ ..30 Hari Raya : Pengembaraan Mencari Batang Buruk
sedih… saya tak layak….
Curahan rasa zack @ ..10 KELEBIHAN COCA COLA
Haha.. gula-gula ke, gula pasir ke.. asalkan membantu hidup kita sudahlah~
Tapi konsepnya memang terbaiklah, sebab org yang dah daftar LHDN jer, so boleh tau la reward camni ngan cukai nanti…
Curahan rasa Omar @ ..Pengalaman selepas 2 tahun bersama P1 Wimax
Dapat duit kena la gunakan kejalan yang baik. Barulah terasa ringan beban yang ditanggung
Curahan rasa Norasikin @ ..Gambar Kek Hantaran Perkahwinan
tp ‘jalan yg baik’ tu dh naik harga..terbeban jugak..
Masyarakat dibawah garis kemiskinAN memang layak mendapat bantuan
Curahan rasa munir ardi @ ..Complete specifications iPhone 4s
Saya setuju…
Rasa diri tak layak tak payah daftar di LHDN, silap hari bulan kena bayar income tax pulak, nahas dibuatnya.
btul2.. 🙂
kalau tolak gaji wife, layak la kot. huhu. mungkin ni serampang 2 mata utk kerajaan dpt kutip cukai dgn lebih efisien dan byk lps ni sbb org dh ramai daftar. huhu
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Pejabat Google Singapura: Printer Dipanggil Chendol!
umur 20 lyak tak??? hihi
eh..
Comments are closed.