Assalamualaikum dan salam 1Dunia, lebih 3juta rakyat Malaysia yang isi rumah berpendapatan bulanan RM3,00 dan kebawah layak menerima Bantuan Rakyat RM500. Bantuan “one off” dalam pembentangan budget 2012 ada pertama kali berlaku dalam sejarah pembentangan budget Malaysia. Ramai terutama Pembangkang yang menganggap pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia adalah gula-gula pilihan raya. Bagi aku gula-gula yang memberi manafaat kepada rakyat apa salahnya. Aku sudah jelaskan dalam entri “Budget Malaysia 2012 Yang Menarik” bagaimana Bantuan Rakyat ini dapat membantu meningkatkan aktiviti ekonomi Malaysia.
Setiap orang yang layak untuk menuntut Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 mesti berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Nak mendaftar di LHDN ni yang mengerikan sedikit untuk sesetengah orang tapi apa nak buat kalau nak RM500 kena jugalah daftar. Khabarnya dah ramai yang menyerbu kaunter LHDN untuk tujuan pendaftaran. Duit siapa yang tak nak. Bila dah dapat duit jangan pulak dibelanjakan ditepat yg tidak sepatutnya terutama masuk skim cepat kaya atau beli saham TOTO.
Kenyataan LHDN : “Rakyat Malaysia yang layak mendapat bantuan ini tidak perlu mengunjungi kaunter LHDN pada waktu ini bagi tujuan pendaftaran itu sehinggalah semua urusan pelaksanaan siap dilakukan. Bagi memudahkan urusan pendaftaran pemohon, LHDN akan menyediakan pendaftaran secara online di laman sesawang LHDN serta beberapa agensi kerajaan lain yang akan dikenal pasti bagi melicinkan urusan terbabit. Syarat permohonan akan dimaklumkan setelah mendapat garis panduan daripada Kementerian Kewangan, dan akan diumumkan melalui kenyataan media kepada semua akhbar. Penyaluran wang bantuan ini akan dilakukan melalui kaunter-kaunter Pos Malaysia dan Bank-bank yang dilantik, termasuk Bank Simpanan Nasional. Pemberian bantuan itu seperti yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, akan dilakukan secara berperingkat-peringkat, berkuat kuasa pada Januari 2012 – Bernama”
Ini rezeki dari Allah SWT jangan lupa infaqkan sedikit walaupun RM1 insya Allah akan bertambah berkat rezeki dan tidak mustahil akan berlipat kali ganda rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka. Kepada yang tak layak jangan cuba-cuba melayakan diri haram duit tu dan kepada yang tak setuju dengan Bantuan Rakyat RM500 janganlah tuntut walaupun layak tu baru gentlement. Aku pulak tengah kira-kira ni layak atau tidak.
Kepada yang layak dapat RM500 ini ada formula untuk RM500 jadi RM5000.
Terkini :
1. Borang bantuan rakyat 1Malaysia sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dijangka mula dikeluarkan pada bulan Disember ini. 1/11/2011 – Utusan.com.my
2. KUALA LUMPUR 30 Nov. – Pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai 10 Disember ini untuk tempoh satu bulan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Sehubungan itu, beliau berkata, pembayaran Bantuan RM500 hanya akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari tahun depan. Menurutnya, borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), serta agensi-agensi Kerajaan. ”Borang yang lengkap diisi beserta salinan kad pengenalan, hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDN,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
3. Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia boleh didownload @ BR1M
143 Comments
rezeki… serampang dua mata juag tu… yang penting agihan untuk semua rakyat Malaysia tetap ada…
Curahan rasa yangbaik @ ..Hidup Bukan Tiada Pilihan | Bukan Salah Pilihan
kalau bujang boleh dapat juga ke?
Sepatutnya boleh la. Asalkan ada alamat sendiri. Kalau tinggal rumah ibu bapa dah kira isi rumah la kan?
Curahan rasa ariff @ ..Pemandangan Indah Musim Luruh Di Tsaritsino (20 Gambar)
kpd yg layak jgn lupa unt daftar dan tuntut…rm500 besar nilainya tu
Curahan rasa neo @ ..Penulisan Blog – Mengapa Anda Perlu Fokus
sapa yg rasa memerlukan dan layak tu mohonlah sebab tu memang hak anda.. aku mungkin tak layak kot.. sebab terlebih Rm1 je.. heheehe
Curahan rasa myvitrd @ ..Kenapa Abg Sarungkan Cincin Kawin Di Jari Manismu Sayang
Macam tak layak je
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..‘Kuliah’ seks empat gadis [Projek Buka Baju]
buat mereka yang layak.. boleh laaa mohon yea.. 🙂
Curahan rasa KiD @ ..Trafik naik sebab SEO lagi
Harap-harap urusan permohonan bantuan ini dipermudahkan.
Curahan rasa shaharil @ ..Permohonan Biasiswa DELL 2011
Boleh daftar cara online dan collect di kaunter terpilih.
Curahan rasa denaihati @ ..SEO Kujie2.com Memang Sedap
harap2 pemberian nya telus dan adil la kan…
sya sebut nama DH di blog, thanks yea 😉
Curahan rasa Noriz @ ..After 9 months berblog Page-Rank naik 3!
Ada syarat2 ke nak terima duit ni?
Curahan rasa Ikhwan @ ..#2 Wordless Wednesday Kebakaran Kolej Jati UiTM Shah Alam
Bagi salah , tidak bagi lagi salah, baik bagi
baguslah…
mmg nie gula2 sebelum pilihanraya, sama seperti janji PR nak bagi RM1000 dlm bajet mereka sbg gula2 pilihanraya…
semua parti politik sama jerlah…
Curahan rasa Pena Biru @ ..PC Tewas Kepada iPad Dan Telefon Pintar
btol3!
Bila sebut pasal duit, tak payah disuruh, terus berkerumun dekat kaunter. Yang golongan berpendapatan rendah kepada pro pembangkang, nak tengok sangat kerajaan memerintah sekarang nih tak adil, jangan lah tuntut insentif tu. Itu baru dikatakan tegas kepada pendirian diri sendiri. Tapi kalau tuntut, umpama seperti Ludah ke langit, terpalit ke muka sendiri la.
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Durian Runtuh untuk warga peneroka Felda
pro atau anti, bantuan tetap bantuan. Hak rakyat. Kerajaan bagi amik je la.
Curahan rasa ariff @ ..Pemandangan Indah Musim Luruh Di Tsaritsino (20 Gambar)
itu pun tujuan Bantuan Rakyat tak perlu di politikan. ambik je.
>>>Bagi aku gula-gula yang memberi manafaat kepada rakyat apa salahnya.<<< So kalau pembangkang yg bagi gula-gula yang memanfaatkan rakyat apa salahnya juga, betul kan?
Curahan rasa Mohd Saiful Bin Seman @ ..KRISTIANISASI MEMANG WUJUD…
Apa juga yang beri manafaat kepada rakyat memang bagus tak kira Kerajaan atau Pembangkang. Yang baik tu juga jangan dicemuh hanya kerana POLITIK.
Curahan rasa denaihati @ ..SEO Kujie2.com Memang Sedap
sebenarnya agama itu syumul atau melengkapi termasuklah siasah/politik. tidak boleh memisahkan kedua2nya. sebab tu bila belajar syariah terbahagilah ia kepada 4 bahagian ;- ibadah, munakahat, jenayah dan muamalat. Politik itu termasuk dalam jenayah… Islam Yang ALLAH turunkan kepada manusia ini telah memenuhi semua keperluan manusia. Manusia sahaja yang mencari jalan lain daripada ISLAM. Adakah ALLAH tidak mengetahui tentang keperluan manusia. Adakah AL-Quran untuk org dahulu kala sahaja. Ingatlah Agama yang Di Redhai ALLAH ialah ISLAM. Agama yang dibawa oleh rasul dan nabi2 terdahulu.
Betul. Gula-gula atau tak, janganlah jadi rakyat yang buta. Otak ada boleh menilai siapa yang layak diundi dan siapa yang tak.
Curahan rasa ariff @ ..Pemandangan Indah Musim Luruh Di Tsaritsino (20 Gambar)
Hu..hu…secara otomatik yang mengelak mendaftar sebagai tax payer kena koreklah yer bro…..
Curahan rasa galut @ ..Nak Tahu Review Program 20Ribu20Hari?
Comments are closed.