Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ramai Rakan Blogger yang tanya macam-macam soalan selepas baca entri di blog Arifshah bertajuk “Ranking Top 110 Blog Personal Berdasarkan Alexa Malaysia“. Pertama syukur pada ALLAH SWT kerana telah memilih blog Denaihati diantara beratus ribu top blog personal Malaysia dan terima kasih kepada semua Rakan Blogger yang terus memberi sokongan dan motivasi untuk aku terus menulis.
Pada 30/5/2011 aku keluarkan entri bertajuk “Alexa Ranking dan Blog Review” dan antara yang aku tulis adalah “Blog ni memang tak letak button Alexa Ranking tetapi menjadi visi blog denaihati untuk jadi top 100 ranking di Malaysia dalam tempoh 1 tahun dari sekarang. Ketika entri ni dikeluarkan ranking di Malaysia #322.” Tak sangka Julai 2011 dah capai target.
Ramai yang tanya bagaimana Ranking blog Denaihati naik mendadak.
1. Fokus utama aku adalah meningkatkan trafik organik iaitu trafik yang datang dari search engine Google, Yahoo, Bing dan lain-lain. Usaha memang berjaya dimana jumlah trafik organik meningkat dari 27% pada awal Januari 2011 kepada 49% pada akhir Julai 2011. Cara untuk meningkatkan trafik organik adalah dengan memastikan blog kita mesra SEO. Dari kajian yang aku buat semua top blog Malaysia dan luar negara yang tinggi trafiknya mempunyai Rank SEO melebihi 60/100 mengikut analisa WooRank. Berapa anda punya?
2. Setiap kali aku menulis entri baru untuk memilih tajuk entri aku akan taip tajuk tersebut di Google Search dan akan membuat perubahan mengikut jumlah keputusan carian yang terbanyak contohnya carian untuk tajuk “Ramadhan bulan Rahmat” menghasilkan keputusan 4.5juta manakala “Ramadhan bulan Pengampunan” menghasilkan keputusan 650ribu jadi aku telah membuat entri bertajuk “Ramadhan bulan Rahmat, Pengampunan dan Pembebasan Dari Api Neraka“. Begitu juga dengan entri bertajuk “Buffet Ramadhan Hotel dan Restoran Malaysia 2011” beberapa ubahsuaian telah dibuat berdasarkan pencarian di Google Search.
3. Setiap kali menulis entri baru aku akan pasti ejaan betul terutama keywords yang menepati kehendak Google Search. Contohnya ejaan “Solat Terawih” ada juga yang menggunakan “Solat Tarawih“. Mengikut carian di Google lebih banyak perkataan “Solat Terawih” digunakan berbanding “Solat Tarawih” maka aku tulis entri bertajuk “Solat Terawih 8 atau 20“.
Bayangkan kalau ada berbelas-belas entri blog anda berada di Top 10 Google Search! Nak tambah terkenal di Search engine ikut cara ini @ Cara nak Popular di search engine.
Sedikit perkongsian ilmu semuga ianya memberi manafaat kepada Rakan Blogger yang ingin go to the next level. Ada banyak cara lagi yang kita boleh berkongsi ilmu untuk manafaat semua Rakan Blogger untuk jadi Top Blog Personal Malaysia.
Jumlah trafik memang meningkat sejak 2-3 bulan ini dan mungkin kaedah di atas antara sebab Alexa Ranking blog Denaihati meningkat mendadak.
123 Comments
Wahh. Satu perkongsian yang sangat bermanfaat 🙂
Ikutlah apa yg denaihati infokan , pasti top suatu hari nanti buat semua blogger.Cuba-cubalah pada yg impikannya, semoga mendapat ilham baru dlm setiap karya yg dihasil dan boleh dimanfaatkan bersama teman2.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..sensasi2020.blogspot.com
thanks infonya..
Nice sharing for all friend 🙂
Anyway Woorank saya baru 44.4 yg pastinya perlu pertingkatkan eksperimen dan perbaiki segala percaturan jemari 😀
Congrats tercapai rank alexa.. 🙂
— All The best —
Curahan rasa shah URL @ ..Genap Sebulan Dah Blog Aku
tips psl ejaan tu mmg 1 ilmu baru, thanks bro atas perkongsian ilmu yg berguna ni 🙂
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Gambar Pilihan Harini #10
tahniah..menarik tips ni 🙂
Curahan rasa Wan Gerrard @ ..Spanish Super CUp 1st Leg Preview: Real Madrid vs Barcelona
awesome!
Curahan rasa PutraRocker @ ..(GAMBAR) Bilik Pelajar Afrika Mati di UIA Gombak 1 Ogos 2011
ejaan juga main peranan dalam seo..
tu la, xsangka lak. pernah terfikir tp xtau ada perbezaan ketara kalau tak ambil perhatian btol2 🙂
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Gambar Pilihan Harini #10
Kalau keluar perkataan yang dieja dengna gaya remaja sekarang, google pun pening nak translate kot? haha
Curahan rasa Steward John @ ..Alamat Rumah Cikmin?
amat bermanfaat perkongsian ini.. sama-sama kita membantu untuk ke next level
Curahan rasa Azman Omar @ ..Puasa Sambil Buat Duit Raya!
blog yang keren abis bos…
46 jer…
nak tukar keywords la pulak… tq
Curahan rasa yangbaik @ ..Tersilap cakap
dapat 53 je. T_T
tahniah.. anda memang top!!!!
Curahan rasa kid @ ..Tension! War Plan Tier 2 Activated!!!!!
Tahniah..tq juga info yang baik untuk dikongsi.
Curahan rasa akakcomey @ ..Kerinci ,Indonesia
terima kasih sahabat …
Curahan rasa Ampuan Awang @ ..Menganyam Doa?
nice info, selamat puasa kawan2 dari malaysia
Comments are closed.