Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ramai Rakan Blogger yang tanya macam-macam soalan selepas baca entri di blog Arifshah bertajuk “Ranking Top 110 Blog Personal Berdasarkan Alexa Malaysia“. Pertama syukur pada ALLAH SWT kerana telah memilih blog Denaihati diantara beratus ribu top blog personal Malaysia dan terima kasih kepada semua Rakan Blogger yang terus memberi sokongan dan motivasi untuk aku terus menulis.
Pada 30/5/2011 aku keluarkan entri bertajuk “Alexa Ranking dan Blog Review” dan antara yang aku tulis adalah “Blog ni memang tak letak button Alexa Ranking tetapi menjadi visi blog denaihati untuk jadi top 100 ranking di Malaysia dalam tempoh 1 tahun dari sekarang. Ketika entri ni dikeluarkan ranking di Malaysia #322.” Tak sangka Julai 2011 dah capai target.
Ramai yang tanya bagaimana Ranking blog Denaihati naik mendadak.
1. Fokus utama aku adalah meningkatkan trafik organik iaitu trafik yang datang dari search engine Google, Yahoo, Bing dan lain-lain. Usaha memang berjaya dimana jumlah trafik organik meningkat dari 27% pada awal Januari 2011 kepada 49% pada akhir Julai 2011. Cara untuk meningkatkan trafik organik adalah dengan memastikan blog kita mesra SEO. Dari kajian yang aku buat semua top blog Malaysia dan luar negara yang tinggi trafiknya mempunyai Rank SEO melebihi 60/100 mengikut analisa WooRank. Berapa anda punya?
2. Setiap kali aku menulis entri baru untuk memilih tajuk entri aku akan taip tajuk tersebut di Google Search dan akan membuat perubahan mengikut jumlah keputusan carian yang terbanyak contohnya carian untuk tajuk “Ramadhan bulan Rahmat” menghasilkan keputusan 4.5juta manakala “Ramadhan bulan Pengampunan” menghasilkan keputusan 650ribu jadi aku telah membuat entri bertajuk “Ramadhan bulan Rahmat, Pengampunan dan Pembebasan Dari Api Neraka“. Begitu juga dengan entri bertajuk “Buffet Ramadhan Hotel dan Restoran Malaysia 2011” beberapa ubahsuaian telah dibuat berdasarkan pencarian di Google Search.
3. Setiap kali menulis entri baru aku akan pasti ejaan betul terutama keywords yang menepati kehendak Google Search. Contohnya ejaan “Solat Terawih” ada juga yang menggunakan “Solat Tarawih“. Mengikut carian di Google lebih banyak perkataan “Solat Terawih” digunakan berbanding “Solat Tarawih” maka aku tulis entri bertajuk “Solat Terawih 8 atau 20“.
Bayangkan kalau ada berbelas-belas entri blog anda berada di Top 10 Google Search! Nak tambah terkenal di Search engine ikut cara ini @ Cara nak Popular di search engine.
Sedikit perkongsian ilmu semuga ianya memberi manafaat kepada Rakan Blogger yang ingin go to the next level. Ada banyak cara lagi yang kita boleh berkongsi ilmu untuk manafaat semua Rakan Blogger untuk jadi Top Blog Personal Malaysia.
Jumlah trafik memang meningkat sejak 2-3 bulan ini dan mungkin kaedah di atas antara sebab Alexa Ranking blog Denaihati meningkat mendadak.
123 Comments
tips terbaik daripada blog terbaik
Curahan rasa azrijohan @ ..Alhamdulillah,aku berjaya hack Admiral Hafiz
t.kasih bagi info yang sungguh berguna.
Curahan rasa rohaya @ ..Tafsir Mimpi
thanks ..
boleh dipraktikan nnt 🙂
Curahan rasa alif haris @ ..Wigan Athletic minat Baddrol Bakhtiar
thanks sebab kongsi tips 🙂
Curahan rasa nizam ijam @ ..Blogger Pilihan Akan Bermula Sekarang
tq bro..perkongsian yang berguna..memang teknik yang diajar tu memberi kesan..saya ada apply jugak cara tu..dapat la traffik organik tu sampai 49%..tapi overall visitor tak ramai lagi..huhu
Curahan rasa blackrosehunter @ ..Ubat Haram, Mempunyai Unsur Babi
Mula memang tak ramai tapi kalau konsisten pasti trafik akan up punya lah.
wah, terima kasih. kini tiba masa untuk ubah trafik organik tu menjadi pembaca setia pulak. lepas tu lg mantap blog denaihati ni
Curahan rasa afiq aiman @ ..Tip Asas Membina Trafik
Next target nak tingkatkan organik trafik ke 80% seperti kebanyakan top blog.
tahniah,
teringin juga merasakan perkara yang sama tapi memerlukan komitmen yang tinggi kan?
Curahan rasa isza @ ..Datang haid di bulan puasa – Jujurnya.. kamu tak mampu
perkongsian yang menarik..kalau ikutkan sebelum menulis memang kena buat research dulu tajuk n keyword tu…tapi jadi leceh la plak.huhuhu
Curahan rasa Amry @ ..Cara Terbaru Aku Berblog
mmg tips yg betul2 berguna… 🙂 ty bro.. woorank sy 55.7/100 jer.. hehe..
Boleh u tu aku pun awalnya bawah 60/100 tapi sekarang dah 68/100.
Berkaitang dgn w0orank 2 bro. Bgaimana nk rem0ve w3c validate error. Ada yg aku edit2 lagi brtmbh bnyk error. Berkaitan dgn frame? Dan jugak text/html ravio. Teringin jgk nak capai w0orank mcm weblog bro wlpn xmampu jdi t0p 1 blog pers0nal. Ehee
menarik tips nih
boleh diamalkan
🙂
Curahan rasa Hans @ ..3 Rancangan Menarik Yang Wajib Anda Tonton
saya pnya woorank 43.8/ 100 je..
Curahan rasa Fakarepain @ ..JADUAL PERLAWANAN AKHIR KEJOHANAN BADMINTON DUNIA 2011 : 14/8/2011
Tips SEO… Menarik
Curahan rasa ProfHariz @ ..Tiket Nak Balik Raya
kena pandai main dengan SEO rupanya..
Curahan rasa Fakarepain @ ..JADUAL PERLAWANAN AKHIR KEJOHANAN BADMINTON DUNIA 2011 : 14/8/2011
tip yg boleh dijadikan panduan unt semua..tahniah DH
Curahan rasa neo @ ..101 Alasan Mengapa Anda Perlu Menulis Blog
ni kira main SEO eh ??
Curahan rasa tia @ Ini kisah Tia @ ..Boleh Tak Tutup Sikit??!
Comments are closed.