Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ramai Rakan Blogger yang tanya macam-macam soalan selepas baca entri di blog Arifshah bertajuk “Ranking Top 110 Blog Personal Berdasarkan Alexa Malaysia“. Pertama syukur pada ALLAH SWT kerana telah memilih blog Denaihati diantara beratus ribu top blog personal Malaysia dan terima kasih kepada semua Rakan Blogger yang terus memberi sokongan dan motivasi untuk aku terus menulis.
Pada 30/5/2011 aku keluarkan entri bertajuk “Alexa Ranking dan Blog Review” dan antara yang aku tulis adalah “Blog ni memang tak letak button Alexa Ranking tetapi menjadi visi blog denaihati untuk jadi top 100 ranking di Malaysia dalam tempoh 1 tahun dari sekarang. Ketika entri ni dikeluarkan ranking di Malaysia #322.” Tak sangka Julai 2011 dah capai target.
Ramai yang tanya bagaimana Ranking blog Denaihati naik mendadak.
1. Fokus utama aku adalah meningkatkan trafik organik iaitu trafik yang datang dari search engine Google, Yahoo, Bing dan lain-lain. Usaha memang berjaya dimana jumlah trafik organik meningkat dari 27% pada awal Januari 2011 kepada 49% pada akhir Julai 2011. Cara untuk meningkatkan trafik organik adalah dengan memastikan blog kita mesra SEO. Dari kajian yang aku buat semua top blog Malaysia dan luar negara yang tinggi trafiknya mempunyai Rank SEO melebihi 60/100 mengikut analisa WooRank. Berapa anda punya?
2. Setiap kali aku menulis entri baru untuk memilih tajuk entri aku akan taip tajuk tersebut di Google Search dan akan membuat perubahan mengikut jumlah keputusan carian yang terbanyak contohnya carian untuk tajuk “Ramadhan bulan Rahmat” menghasilkan keputusan 4.5juta manakala “Ramadhan bulan Pengampunan” menghasilkan keputusan 650ribu jadi aku telah membuat entri bertajuk “Ramadhan bulan Rahmat, Pengampunan dan Pembebasan Dari Api Neraka“. Begitu juga dengan entri bertajuk “Buffet Ramadhan Hotel dan Restoran Malaysia 2011” beberapa ubahsuaian telah dibuat berdasarkan pencarian di Google Search.
3. Setiap kali menulis entri baru aku akan pasti ejaan betul terutama keywords yang menepati kehendak Google Search. Contohnya ejaan “Solat Terawih” ada juga yang menggunakan “Solat Tarawih“. Mengikut carian di Google lebih banyak perkataan “Solat Terawih” digunakan berbanding “Solat Tarawih” maka aku tulis entri bertajuk “Solat Terawih 8 atau 20“.
Bayangkan kalau ada berbelas-belas entri blog anda berada di Top 10 Google Search! Nak tambah terkenal di Search engine ikut cara ini @ Cara nak Popular di search engine.
Sedikit perkongsian ilmu semuga ianya memberi manafaat kepada Rakan Blogger yang ingin go to the next level. Ada banyak cara lagi yang kita boleh berkongsi ilmu untuk manafaat semua Rakan Blogger untuk jadi Top Blog Personal Malaysia.
Jumlah trafik memang meningkat sejak 2-3 bulan ini dan mungkin kaedah di atas antara sebab Alexa Ranking blog Denaihati meningkat mendadak.
123 Comments
Thanks, info yg membantu sdkit sbanyak.
Curahan rasa jyundoo @ ..BerPUASAlah Segala-Galanya
ubahsuai keyword.. menarik ni bro.. idea dan kreativiti pun penting untuk buat entri.. sy pernah cuba cara yg bro bagitau dan memang menjadi juga..tapi tak banyak la entri yg dibuat style camni..
Trafik organik ni berkualiti ka? Ataupun disebabkan dia seiring dengan keinginan Google berlandaskan keyword. ?
Curahan rasa lAl @ ..Kerjasama Siti Nurhaliza dengan Universal Music Malaysia
berkualiti kalau entri yang kita tulis tu berkualiti – ada info berguna atau pendapat kita sebagai blogger.
Curahan rasa ariff @ ..Trafik 1000 Sehari Taklah Susah Pun Sebenarnya
Aku akan buat entri utk jawab soalan ni tungguuu
sangat berguna untuk dapatkan trafik organik ke blog kita. apatah lagi untuk trafik ke blog-blog ber’niche’. terima kasih atas perkongsian yang sangat menarik!
Curahan rasa megat @ ..Stress melampau, kisah benar!
tips yang sangat berguna, terima kasih…..
terima kasih untuk ilmu..kena rajin buat homework untuk berblog
Mantap trafik organik meningkat,… dan peringkat Alexa semakin mengecil.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Kejarlah Jodoh Kau Kutangkap
sekarang sudah peringkat 98.. fantastis.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Kejarlah Jodoh Kau Kutangkap
Saya yakin dalam waktu singkat bisa masuk di Top 50 MY
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Kejarlah Jodoh Kau Kutangkap
thanks atas info nya sukses selalu?
TQ atas perkongsian ilmu ini….saya sentiasa support Denaihati.com… 🙂
Curahan rasa nazzue @ ..ISU BACAAN AL-QURAN TIDAK DIKUATKAN GUNA PEMBESAR SUARA – PANDANGAN DR. ASRI
terima kasih kerana berkongsi…
ranking woorang blog ku cuma sket je
Curahan rasa hazwan dot com @ ..Selamat Hari Kidal Sedunia
WooRank ada pencadangkan apa nak buat untuk tingkatkan SEO hanya perlu klik tanda + di awal setiap tajuk.
Curahan rasa denaihati @ ..Kisah Sebenar Ketika Pemeriksaan JAIS Berserta Bukti
Kajian yang sering kita lupa dalam mencari tajuk entry. Lepas ni kena banyakkan membuat kajian.
Curahan rasa Cikgu Hairul @ ..Bermesra Dalam Hujan
woah..camtu rupanya
Curahan rasa hazwan @ ..Untitled II
thanx untuk tips ini!sedang guna kedua-duanya:)
Curahan rasa nik @ ..happy lefthanders day untuk semua yang kidal!
menarik dengan tips yg no 2..kena buat research dulu sebelum nak buat apa2 entry..tq..
Curahan rasa paihujey @ ..hidup biar ada matlamat
terima kasih, boleh dimanfaatkan.
Comments are closed.