Cara dapat Geran Get Malaysian Business Online

Spread the love

Assalamualaikum dan 1Dunia, mungkin ramai Rakan Blogger tak sedar ada Geran Get Malaysia Business Online daripada SKMM yang diumumkan ketika pembentangan bajet 2013 tahun lepas. Geran khas untuk mengiktiraf usahawan online Malaysia dan secara tidak lansung meningkatkan martabat usahawan online yang majoritinya ialah Blogger. Geran ini secara tak lansung dapat mengurangkan fenomena 73% usahawan IKS Malaysia yang buta ICT. Jom kita baca cara mendapat Geran Get Malaysian Business Online dari SKMM untuk Blogger berdasarkan pengalaman Ariff Shah. Khabarnya Blogger Eizil pun dah dapat geran ni. Siapa lagi Blogger yg dah dapat??

Duit geran sebanyak RM1,000 baru dimasukkan ke dalam akaun saya petang tadi. RM1,000 tu walaupun nampak sikit, boleh tampung 3 tahun kos operasi blog.ariff. Bila kos operasi dah ditanggung, income yang masuk daripada blog adalah 100% keuntungan.

ariff-shah-gmbo

So apa dia geran daripada SKMM ni? Basically geran ni adalah untuk usahawan ‘mengonlinekan’ perniagaan mereka. Syarat-syaratnya:

  1. Warganegara Malaysia dengan keutamaan kepada wanita yang berumur di antara 18-65 tahun;
  2. Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;
  3. Pendaftaran nama domain (.my) atau (.com.my) atau (edu.my) atau (net.my) atau (org.my) dan laman sesawang yang aktif;
  4. Langganan kepada perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau ahli berdaftar dengan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)
  5. Mempunyai akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan
  6. Keutamaan kepada usahawan mikro-jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 10 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.

Untuk memudahkan geran diluluskan, korang kena faham maksud perkataan usahawan ni. Pada fahaman saya, usahawan adalah individu yang mendapat bayaran hasil daripada jualan produk dan/atau servis mereka. Untuk blogger, sebenarnya mereka dah 50% usahawan, cuma perlu add-on beberapa ciri lagi.

Servis ni boleh datang dalam pelbagai bentuk, paling common adalah seminar dan private coaching. Pengiklanan di blog dan penulisan advertorial pun boleh dikategorikan sebagai servis, tapi yang ni agak susah untuk dibuktikan.

Jadi paling mudah, jual produk. eBook, makanan, handbag, produk kecantikan, apa sahaja. So perkara pertama yang korang kena buat adalah identify produk yang korang nak jual.

Bila dah ada produk, pegi ke SSM dan daftarkan perniagaan. Ni paling penting. Kalau takde pendaftaran SSM, geran tak boleh approve. Kos pendaftaran adalah RM30 setahun kalau nama perniagaan adalah nama sendiri dan RM60 kalau nak pilih nama canggih sikit macam Ariff Shah Dot Com.

Dah ada pendaftaran perniagaan, register domain dengan salah satu daripada berikut:

  • .my
  • .com.my
  • .net.my
  • .edu.my
  • .org.my

In my case, saya ambil ariffshah.com.my.

Next step adalah buat satu website untuk promosikan barang yang dijual tadi. Ciri-ciri website adalah seperti berikut:

  • Main page mestilah ada gambar dan description tentang produk yang korang jual. Pastikan ada harga dan cara nak buat tempahan
  • Borang tempahan
  • About page. Cerita sikit background korang. Ni just value added

Saya rasa untuk blogger memang takde masalah bab buat website ni. Lebih-lebih lagi kalau guna WordPress. Website saya siap dalam masa sejam.

Next step, isi borang di laman Get Malaysian Business Online. Rasanya borang tu straight forward. Kat bahagian akaun bank tu, boleh guna akaun personal. Tak perlu akaun semasa. Itu keistimewaan program ni sebab nak apply akaun semasa pun leceh gak.

Then dalam masa sebulan pihak SKMM akan call korang untuk interview sikit dan pengesahan maklumat. Basically dia akan tanya balik business korang macam mana, berapa lama dan sebagainya.

Kalau produk yang dijual dah ada sales, guna ayat power ni, “Saya boleh kasi statement account kalau tuan/puan nak semak”. Lepas tu boleh kata 90% dia akan approve on-the-spot dengan syarat website korang menepati spesifikasi yang saya dah terangkan atas tadi.

Kalau diluluskan on-the-spot, dia akan bagitau permohonan diluluskan dan geran akan dimasukkan ke dalam akaun dalam masa 30 hari bekerja. Kemudian dia akan buat semakan no. akaun sekali lagi dengan korang.

And that’s all. Kalau boleh, minta no. telefon pegawai yang sahkan pendaftaran korang tu. Just in case ada kelewatan, boleh check direct dengan dia. Lepas tu, tunggu geran korang masuk.

Saya recap balik langkah-langkah yang perlu diambil untuk mendapatkan geran Get Malaysian Business Online daripada SKMM, edisi blogger:

  1. Pilih produk untuk dijual
  2. Daftarkan perniagaan di SSM
  3. Beli satu domain .my
  4. Bina satu website jualan lengkap dengan maklumat tentang produk dan cara untuk melakukan pembelian
  5. Isi borang di laman GMBO
  6. Tunggu panggilan pengesahan daripada pihak SKMM

Program ni akan tamat 31 Disember 2013. Sempat lagi kalau korang bertindak sekarang. Not sure tahun depan mereka nak continue ataupun tidak.

Lastly, sorang hanya boleh dapat geran ni sekali sahaja. Masa isi borang permohonan kena masukkan no. kad pengenalan. Jadi tak payahlah berangan nak manipulate dan mohon 10 kali.

Semua benda naik harga sekarang, memang sampai masanya untuk korang ambil tindakan dan mulakan bisnes. Pastikan bisnes diiklankan online untuk dapat lebih ramai pelanggan.

Harap perkongsian saya dapat membantu korang memulakan bisnes sendiri.


Spread the love

107 Comments

  1. tahun ni dah tak ada geran ni ke….sesuai untuk peniaga yang baru nak naik…dapat duit tu gunakan untuk kembangkan perniagaan..buat modal ke..tak pun gunakan untuk tujuan promosi…

  2. saya sudah try, tapi tiada rezeki nampaknya.
    saya sanggup daftar SSM & beli website semua, tapi nampaknya bukan rezeki saya

  3. Setiap hari baru memberi kita kesempatan untuk membuka lembaran baru kehidupan kita,kesempatan untuk memperbaiki semua yang masih kurang..begitu juga hari ini aku berharap ada info ataupun ilmu yg baru dari website ini.
    Curahan rasa Obat Kencing Manis @ ..Pengobatan Kencing ManisMy Profile

  4. memang membantu perkongsian ni..rm1000 tu boleh wat duit backup tu..igt nk buat gk, tp blm berdftr dgn SSM aiehh

  5. Masih sempat lagi jika ada yang berminat, modalnya pun tak banyak…

    1. RM 40.00 – Daftar dengan SSM guna nama sendiri.
    2. RM 45.00-RM 120.00 – Untuk domain name .my, .com.my (boleh park domain jika sudah ada hosting)
    3. RM 54.00 – Pakej hosting termasuk dengan domain name .com

    Secara kasar perlu modal RM 139.00. 🙂

    ** Jika sudah ada hosting sendiri hanya perlu keluar modal RM 85.00.
    Curahan rasa Arissaos @ ..Beg Sekolah McQueen 95 BackpackMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!