Assalamualaikum dan 1Dunia, mungkin ramai Rakan Blogger tak sedar ada Geran Get Malaysia Business Online daripada SKMM yang diumumkan ketika pembentangan bajet 2013 tahun lepas. Geran khas untuk mengiktiraf usahawan online Malaysia dan secara tidak lansung meningkatkan martabat usahawan online yang majoritinya ialah Blogger. Geran ini secara tak lansung dapat mengurangkan fenomena 73% usahawan IKS Malaysia yang buta ICT. Jom kita baca cara mendapat Geran Get Malaysian Business Online dari SKMM untuk Blogger berdasarkan pengalaman Ariff Shah. Khabarnya Blogger Eizil pun dah dapat geran ni. Siapa lagi Blogger yg dah dapat??
Duit geran sebanyak RM1,000 baru dimasukkan ke dalam akaun saya petang tadi. RM1,000 tu walaupun nampak sikit, boleh tampung 3 tahun kos operasi blog.ariff. Bila kos operasi dah ditanggung, income yang masuk daripada blog adalah 100% keuntungan.
So apa dia geran daripada SKMM ni? Basically geran ni adalah untuk usahawan ‘mengonlinekan’ perniagaan mereka. Syarat-syaratnya:
- Warganegara Malaysia dengan keutamaan kepada wanita yang berumur di antara 18-65 tahun;
- Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;
- Pendaftaran nama domain (.my) atau (.com.my) atau (edu.my) atau (net.my) atau (org.my) dan laman sesawang yang aktif;
- Langganan kepada perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau ahli berdaftar dengan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)
- Mempunyai akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan
- Keutamaan kepada usahawan mikro-jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 10 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.
Untuk memudahkan geran diluluskan, korang kena faham maksud perkataan usahawan ni. Pada fahaman saya, usahawan adalah individu yang mendapat bayaran hasil daripada jualan produk dan/atau servis mereka. Untuk blogger, sebenarnya mereka dah 50% usahawan, cuma perlu add-on beberapa ciri lagi.
Servis ni boleh datang dalam pelbagai bentuk, paling common adalah seminar dan private coaching. Pengiklanan di blog dan penulisan advertorial pun boleh dikategorikan sebagai servis, tapi yang ni agak susah untuk dibuktikan.
Jadi paling mudah, jual produk. eBook, makanan, handbag, produk kecantikan, apa sahaja. So perkara pertama yang korang kena buat adalah identify produk yang korang nak jual.
Bila dah ada produk, pegi ke SSM dan daftarkan perniagaan. Ni paling penting. Kalau takde pendaftaran SSM, geran tak boleh approve. Kos pendaftaran adalah RM30 setahun kalau nama perniagaan adalah nama sendiri dan RM60 kalau nak pilih nama canggih sikit macam Ariff Shah Dot Com.
Dah ada pendaftaran perniagaan, register domain dengan salah satu daripada berikut:
- .my
- .com.my
- .net.my
- .edu.my
- .org.my
In my case, saya ambil ariffshah.com.my.
Next step adalah buat satu website untuk promosikan barang yang dijual tadi. Ciri-ciri website adalah seperti berikut:
- Main page mestilah ada gambar dan description tentang produk yang korang jual. Pastikan ada harga dan cara nak buat tempahan
- Borang tempahan
- About page. Cerita sikit background korang. Ni just value added
Saya rasa untuk blogger memang takde masalah bab buat website ni. Lebih-lebih lagi kalau guna WordPress. Website saya siap dalam masa sejam.
Next step, isi borang di laman Get Malaysian Business Online. Rasanya borang tu straight forward. Kat bahagian akaun bank tu, boleh guna akaun personal. Tak perlu akaun semasa. Itu keistimewaan program ni sebab nak apply akaun semasa pun leceh gak.
Then dalam masa sebulan pihak SKMM akan call korang untuk interview sikit dan pengesahan maklumat. Basically dia akan tanya balik business korang macam mana, berapa lama dan sebagainya.
Kalau produk yang dijual dah ada sales, guna ayat power ni, “Saya boleh kasi statement account kalau tuan/puan nak semak”. Lepas tu boleh kata 90% dia akan approve on-the-spot dengan syarat website korang menepati spesifikasi yang saya dah terangkan atas tadi.
Kalau diluluskan on-the-spot, dia akan bagitau permohonan diluluskan dan geran akan dimasukkan ke dalam akaun dalam masa 30 hari bekerja. Kemudian dia akan buat semakan no. akaun sekali lagi dengan korang.
And that’s all. Kalau boleh, minta no. telefon pegawai yang sahkan pendaftaran korang tu. Just in case ada kelewatan, boleh check direct dengan dia. Lepas tu, tunggu geran korang masuk.
Saya recap balik langkah-langkah yang perlu diambil untuk mendapatkan geran Get Malaysian Business Online daripada SKMM, edisi blogger:
- Pilih produk untuk dijual
- Daftarkan perniagaan di SSM
- Beli satu domain .my
- Bina satu website jualan lengkap dengan maklumat tentang produk dan cara untuk melakukan pembelian
- Isi borang di laman GMBO
- Tunggu panggilan pengesahan daripada pihak SKMM
Program ni akan tamat 31 Disember 2013. Sempat lagi kalau korang bertindak sekarang. Not sure tahun depan mereka nak continue ataupun tidak.
Lastly, sorang hanya boleh dapat geran ni sekali sahaja. Masa isi borang permohonan kena masukkan no. kad pengenalan. Jadi tak payahlah berangan nak manipulate dan mohon 10 kali.
Semua benda naik harga sekarang, memang sampai masanya untuk korang ambil tindakan dan mulakan bisnes. Pastikan bisnes diiklankan online untuk dapat lebih ramai pelanggan.
Harap perkongsian saya dapat membantu korang memulakan bisnes sendiri.
107 Comments
Baru daftarkan untuk isteri hari ini, berharap agar diluluskan. InsyaAllah, rezeki Allah yang beri. 🙂
Curahan rasa Arissaos @ ..Beg Sekolah EVA 3D Backpack
Tahniah kerana berjaya daftar. Semoga berjaya dalam bisnes.
Curahan rasa Faizal @ ..Guna Peluang Waktu Mustajab Doa
Nak apply geran tu tapi tak buat2 lagi hihi.
peluang yang bagus ini gan tapi pendaftaran harus DotMy gan 🙂
Curahan rasa Resep Masakan Praktis @ ..Tips Memilih dan Menyimpan Tempe dan Tahu
saya tengah siapkan website photography dengan domain artsflava.my
sikit lagi nak siap. business photography jangka masa panjang.
beli domain dotmy pn sebab nak mohon GMBO ni. sape2 beli domain [dot]my memang automatically register under MYNIC, satu2 nya registrar domain .my kat malaysia.
Curahan rasa Izwan @ ..Selesai Outstation Di Kuala Selangor
Pendaftaran mesti dot my. Tak boleh dot com merugikan siapa yang dah lama ada website. Nak kena start baru. Leceh betul. Berdaftar dengan Pusat Internet 1 Malaysia, kat mana nak daftar? Nanti perlu cuba juga. Terima kasih atas info.
Kak Ros
Tiada masalah kalau ada domain name dot com, hanya perlu park domain sahaja… 🙂
yg lelain dah ada, camner nak daftar dgn Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)
domain dah ada cuma tak de pendaftaran perniagaan hehe boleh fikirkan segera nie
Curahan rasa Khairul Zamri @ ..Cara Delete Account Facebook Yang Sudah Lupa Password dan Emel
Wah,ini satu peluang yang bagus,.nak kena cuba ni,manalah tau kot2 dapat.
Curahan rasa rich @ ..Discover Homes In Top Notch Kelowna Neighborhoods At A Good Price
hari tu dah baca. hari ini baca balik, kasi faham dan bookmark.
Takde aral..gua setup elok-elok. Hoho..
Curahan rasa titan @ ..Jobdirumah Payment – Kali ke 69
Saya apply masa awal tahun… Sampai sekarang masih belum dengar khabar berita. Tak sure la apa jadi 🙁
Curahan rasa Firdaus Azizi @ ..Kosmetik Dah Tak Berkesan. Collagen Shaklee Berkesan Ke?
baguslah geran ini. semoga dapat membantu sesiapa yang berminat dan berusaha keras untuk berjaya.
Curahan rasa faizal @ ..Bayi 10 Bulan Meninggal Dunia Digilis Kereta Ibu Sendiri
semoga makin ramai yang mendapat geran ini yea,
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..JobDiRumah – Penipu ker?
@Ariff,
Info langkah demi langkah yang menarik. Terima kasih.
Nak juga mencuba.. 🙂
Ikhlas,
AMIN JOHAR
Webmaster
PAKAR NIAGA
Curahan rasa PakarNiaga.com (AMIN) @ ..PAKEJ UMRAH & ZIARAH 2014 (1435H)
Cuba-cuba, insyaallah jika memenuhi syaratnya dapat.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..JobDiRumah – Penipu ker?
boleh juga buat tambahan bisnis online saya, siapa tahu dapat rezekinya dari sana juga.
Curahan rasa cara cantik alami @ ..Cara Atasi Rambut Rontok
Comments are closed.