Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dah lama tak tulis kisah Arsenal walaupun sudah merasai menyarong jersi terbaru yang memang best kerana sangat berbeza berbanding jersi terdahulu. BPL musim 2014/15 bermula dengan menarik kerana tiada pasukan yang benar-benar kuat kerana mana-mana pasukan boleh menang dan kalah tanpa diduga. Selepas lima perlawanan Arsenal dan Chelsea masih belum kalah untuk BPL tetapi Arsenal tewas 0 – 2 kepada Borussia Dortmund untuk Champions League.
Kali terakhir Arsenal menjulang English League Cup adalah pada tahun 1993 dan kali terakhir masuk final pada musim 2010/1i apabila tewas kepada Birmingham City 1 – 2. Arsenal biasanya akan menurunkan pemain-pemain muda untuk peringkat awal English League Cup untuk memberi pendedahan kepada barisan pelapis.
Musim ini Arsenal membuka tirai English League Cup 2014 dengan menentang Southampton pada pusingan ke tiga. Semuga barisan muda Arsenal dapat menewaskan kepantasan serangan balas Southampton. Semua pasukan besar iaitu Chelsea, Manchester City, Liverpool, Everton dan Tottenham masih bersaing kecuali Manchester United yang sudah terkeluar awal.
[box type=”shadow”]Klik untuk melihat persaingan Piala untuk musim 2014/15
2. Keputusan Terkini BPL Musim 2014/15
3. English League Cup 2014/15[/box]
English League Cup 2014 Pusingan Ketiga
Arsenal terkeluar dari persaingan Capital One League Cup 2014 setelah tewas kepada Southampton dengan jaringan kemenangan pada masa kecederaan. Peluang terbuka besar kepada Chelsea, Manchester United, Liverpool dan Tottenham melainkan pasukan division bawah boleh membuat upset.
Jadual dan Keputusan English League Cup 2014
Widget powered by WhatstheScore.com
Biasa sangat berlaku keputusan yang tidak dijangka untuk English League Cup kerana pasukan besar tidak menurunkan pasukan pertama untuk merehatkan pemain bagi persediaan perlawanan yang lebih penting iaitu BPL dan Champions League. Agaknya pasukan mana bakal menjulang piala?
552 Comments
Angel di Maria begitu cepat dapat menyesuaikan diri beliau dalam pasukan Manchester United. Dia meledak gol ketiga peribadi ketika menewaskan Everton 2-1 pada Ahad lepas.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
Pembelian Angel di Maria daripada Real Madrid berbaloi buat Manchester United dengan bayaran perpindahan sebanyak RM313.02 juta.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
Bintang Manchester United yang baru, Angel di Maria mengakui perpindahannya menyertai “The Red Devil” daripada Real madrid telah meningkatkan kualiti kariernya ke tahap lebih baik.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
Jelas sekali Arsene Wenger tiada jawapan utk menamatkan badi Arsenal apabila bertemu pasukan gergasi! Ternanti2 ulasan Dh tentang Arsenal…atau tuan dah kecewa nih…
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Menjejaki Kuala Kubu Bharu Melalui Instant Google Street View
Hasil percaturan yang baik oleh Mauricio Pochettino menyebabkan pasukannya menang ke atas Southamton 1-0 yang dijaringkan oleh Christian Eriksen.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
Dalam aksi perlawanan antara Tottenham Hotspur dengan Southamton berkesudahan Tottenham Hotspur menang tipis 1-0.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
Sekarang ini pasukan Southamton tidak boleh lagi dipandang sebelah mata. Antara pencabar terkuat!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Menjejaki Kuala Kubu Bharu Melalui Instant Google Street View
Setakat ini, Chelsea berada di tangga teratas dengan mengumpul sebanyak 19 mata, menang enam kali dan seri sekali.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
Hanya Chelsea pasukan tunggal yang belum lagi tewas dalam saingan EPL musim ini. Paling konsisten dan kini menjadi calon terkuat utk Piala Liga musim ini.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Menjejaki Kuala Kubu Bharu Melalui Instant Google Street View
Dalam carta terkini, Chelsea di tangga teratas diikuti Manchester City, Southamton ketiga dan manakala Manchester United di tempat keempat.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
Manchester United nampaknya mula mendaki carta. Pelaburan besar Van Gal semakin membuahkan hasil… Mampukah MU terus mendaki! Situasi yg menarik di EPL musim ini
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Menjejaki Kuala Kubu Bharu Melalui Instant Google Street View
Dalam aksi tujuh perlawanan yang telah lalu, menyaksikan Chelsea menang enam kali, seri sekali, tidak pernah kalah dan Arsenal pula menang dua kali, seri empat kali dan kalah sekali.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
Dengan keputusan Arsenal vs Chelsea semalam menyebabkan rekod tanpa kalah Arsenal lebur. Ini bermakna hanya Chelsea saja lagi pasukan yang belum kalah setakat ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
Chelsea sememangnya layak menang dengan menguasai bahagian tengah dan serangan dengan berkesan berbanding Arsenal yang tiada jawapan utk menembusi benteng pertahanan Chelsea.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Menjejaki Kuala Kubu Bharu Melalui Instant Google Street View
Pada aksi antara Chelsea dan Arsenal, trio “The Gunners” Laurent Koscielny, Calum Chamber dan Danny Welbeck bernasib baik tidak dilayangkan kad merah atau diarah keluar padang oleh pengadil perlawanan iaitu Martin Atkinson.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
Terjahan Gary Cahill ke atas Alexis Sanches tidak dilayangkan sebarang kad kuning, itulah menyebabkan berlaku sedikit perkelahian antara Wanger dan Mourinho.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
Chelsea mendapat dua gol melalui hasil jaringan Eden Hazard dan Diego Costa ketika mereka bertemu Arsenal.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
Diego Costa benar-benar menyerlah dalam pasukan Chelsea dan EPL musim ini! Pembelian paling berbaloi!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Menjejaki Kuala Kubu Bharu Melalui Instant Google Street View
Pengurus pasukan Arsenal, Arsene Wenger bertindak agresif apabila beliau telah menolak sedikit pengendali Chelsea iaitu Jose Mourinho. Ada sedikit pertengkaran namun dapat dileraikan oleh pembantu pengadil perlawanan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
Lebih mengecewakan Arsenal (team group Denaihati) terpaksa menerima hakikat apabila dimalukan oleh Chelsea dengan keputusan 2-0.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
Comments are closed.