Rezeki ini perlu dijemput baik-baik masuk ke dalam rumah. Kalau tak, ia memang takkan masuk…

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Teringat pesan ustaz sebelum kawin dulu, nak rezeki banyak cepat-cepat kahwin sebab isteri adalah salah satu kunci rezeki. Ustaz baca makna ayat 32 Surah An-Nur yang maksudnya:

“Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya.”

Malangnya ramai suami yang tidak perasan mereka menutup pintu rezeki yang dijanji ALLAH.

Kasih suami isteri hingga ke syurga

Kita balik dari kerja (mencari rezeki) dan kita nak bawa balik ke rumah rezeki tersebut.

Bayangkan dah elok sampai depan pintu rumah, isteri menyambut kita dengan kecoh sana kecoh sini. Mereka seronok tengok kita, biasalah isteri setelah seharian tidak berhenti mengurus rumah. Namun kita pergi marah isteri kata jangan kecoh-kecoh sebab kita penat seharian kerja.

Sungguhnya, cara itu salah. Boleh sahaja kita duduk mendengar apa yang isteri nak cakap 2-3 minit, selepas itu pasti dia sibuk menyambung kerja yang tidak pernah akan habis.

Kita suami, kena ubah fikiran. Penat dan lelah kerja takkan habis selagi kita hidup. Penat lelah isteri lebih hebat tak percaya cuma suami buat kerja rumah seharian.

Bayangkan rezeki dah nak ikut kita masuk, kita pergi halang dengan perbuatan marah dan menunjukkan rasa penat kepada isteri yang sudah berkorban untuk keluarga sepanjang perkahwinan.

Rezeki pun lari. Sebab itu kita buat bisnis, tak menjadi. Nak buat pelaburan tak menjadi. Nak buat itu nak buat ini ada sahaja yang tak kena. Tapi kita sibuk salahkan orang lain, tak pernah salahkan diri sendiri.

Alhamdulillah sejak berkahwin pada 20.11.1993 sehingga sekarang banyak sungguh rezeki yang ALLAH beri pada kami. Dengan rezeki ini setiap kali ulang tahun perkahwinan buatlah sedikit suprise pada isteri untuk mengucapkan tanda terima kasih di atas segala pengorbanan dia.

Suprise itu biar berbeza-beza setiap tahun, tidak mesti yang mahal-mahal pasti isteri sangat menghargai apa yang suami usahakan.

Pasti doanya tidak akan putus kita.

Ustaz kata doa isteri 60 kali lebih makbul dari doa kita sendiri. Inilah yang suami inginkan.

Amir Hassan
Cerita Murah Rezeki


Spread the love

4 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!