Cabaran Duit Raya Aidilfitri 2014

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kepada pembaca yang juga follower Facebook Denaihati pasti masih ingat sebelum ini aku ada buat status “Duit Raya Aidilfitri 2014” yang mendapat maklumbalas yang baik daripada semua. Tahun lepas blog ini ada juga aktiviti untuk duit raya tetapi tahun ini agak berbeza kerana ada penaja hebat iaitu Asamboi.my yang merupakan portal berita lagi masam lagi mengancam.

Duit Raya Aidilfitri tahun ini di bahagi kepada dua bahagian iaitu Cabaran Penulis Komen Mingguan Terbanyak dan Bonus Duit Raya. Sebelum kita cerita syarat dan cara cabaran bagus kalau dimaklumkan hadiah untuk menyuntik semangat yang lebih membara.

Cabaran Penulis Komen Mingguan Terbanyak

Hadiah : RM100 untuk setiap top 7 penulis komen terbanyak mingguan.

Peraturan Cabaran Duit Raya Aidilfitri 2014

  1. Terbuka kepada semua pembaca blog Denaihati tak kira dimana anda berada
  2. Wajib memasang salah satu banner (Klik SINI) di blog anda (seandainya tiada banner maka pemenang seterusnya akan dipilih).
  3. Pemenang untuk cabaran penulis komen terbanyak dipilih setiap minggu berdasarkan jumlah komen terbanyak yang ditulis dalam waktu yang ditetapkan.
  4. Ranking terkini komen terbanyak boleh dilihat di sidebar blog ini.
  5. Minima komen adalah 7 patah perkataan dan komen mesti berkenaan dengan entri tersebut yang tak ikut syarat akan di delete oleh admin.
  6. Hanya satu penyertaan di terima jadi sila perhatian penggunaan domain dan username anda. Jika terdapat dua atau lebih username yang tersenarai maka username yang teratas akan dipilih manakala yang lain akan diganti dengan pemenang yang seterusnya.
  7. Senarai 7 pemenang akan di ambil pada jam 10 am pada 18/7/2014, 25/7/2014, 1/8/2014 dan 8/8/2014
Contoh ranking penulis komen yang akan sentiasa berubah setiap hari
Contoh ranking penulis komen terbanyak

Bonus Duit Raya Aidilfitri 2014

Memberi Trafik Terbanyak kepada blog Denaihati

  1. Cabaran trafik terbanyak dikira menggunakan Clicky.com dengan mengambil kira jumlah trafik yang diberikan oleh blog anda kepada blog Denaihati. Kepada blog yang dapat memberi trafik sebanyak jumlah 10k dan lebih pada 11/7/2014 – 11.59 pm, 8/8/2014 akan mendapat bonus berjumlah RM500.
  2. Syarat mudah iaitu tampal salah satu banner (Klik SINI) di blog anda dan paling penting jangan sesekali guna cara HITAM automatik penyertaan anda tidak diterima.
Contoh trafik blog dari rakan-rakan blog utk blog Denaihati.
Contoh trafik blog dari rakan-rakan blog utk blog Denaihati.

Menulis review entri Denaihati terbaik

  1. Terbuka kepada semua pembaca blog Denaihati tak kira dimana anda berada
  2. Wajib memasang salah satu banner (Klik SINI) di blog anda.
  3. Review mesti melebihi 400 ratus perkataan, mempunyai sekurang-kurang tiga gambar, backlinks kepada entri yang dipilih denaihati dan satu backlinks kepada penaja Asamboi.my.
  4. Setiap review terbaik dan mengikut syarat akan mendapat bonus duit raya sebanyak RM100.
  5. Sila PM url entri penyertaan anda di SINI.

Semuga Cabaran Duit Raya Aidilfitri 2014 boleh membuatkan anda lebih berjaya dan bergaya di hari raya kali ini. Kepada yang belum muat turun aplikasi iOS dan Android Denaihati sila cepat cepat klik “Aplikasi Denaihati“.

Selamat berpuasa semua jangan lupa lipat gandakan amalan dan azam untuk beramal di malam Lailatul Qadar.


Spread the love

3,877 Comments

        1. Betul tu sis syuhada, Walaupun tidak berjaya dalam cabaran duit raya aidilfitri 2014, tidak bermakna kita kalah. Cuma rezeki belum berpihak pada kita. InshaAllah, mana tahu, di lain cabaran anjuran denaihati, mungkin ada rezeki berpihak pada kita pula nantikan. hehe.
          Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap BloggerMy Profile

      1. Tak nampak pulak kelibat afiqah dalam cabaran komen iphone 5s..kalau ada mesti dapat beri saingan yang sengit macam cabaran duit raya tempoh hari..

    1. Amboi. Da boleh mengalahkan bang kamil salleh pantun empat kerat Muhammad Faridzuan Majid ni tau. Cabaran duti raya aidilfitri 2014 tamatlah sudah, kini muncullah jua cabaran tugasan kedua top 70. Mari sama kita berusaha, agar impian memiliki iPhone 5s terlaksana jua 😀
      Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap BloggerMy Profile

  1. dari segi masa saya agak kerugian..selepas ini saya bekerja lak pula..mesti fokus kerja dan cabaran duit raya saya serahkan kepada mereka yang lain pula..

        1. betul. kontest ni lebih kepada effort masing-masing. kalau berusaha, insyaAllah dapat. kaau kontest lain biasana asyik mengunakan random.org. bukan berdasarkan effort tapi lebih kepada luck
          Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Ada Apa Dengan Nama?My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!