Cabaran Duit Raya Aidilfitri 2014

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kepada pembaca yang juga follower Facebook Denaihati pasti masih ingat sebelum ini aku ada buat status “Duit Raya Aidilfitri 2014” yang mendapat maklumbalas yang baik daripada semua. Tahun lepas blog ini ada juga aktiviti untuk duit raya tetapi tahun ini agak berbeza kerana ada penaja hebat iaitu Asamboi.my yang merupakan portal berita lagi masam lagi mengancam.

Duit Raya Aidilfitri tahun ini di bahagi kepada dua bahagian iaitu Cabaran Penulis Komen Mingguan Terbanyak dan Bonus Duit Raya. Sebelum kita cerita syarat dan cara cabaran bagus kalau dimaklumkan hadiah untuk menyuntik semangat yang lebih membara.

Cabaran Penulis Komen Mingguan Terbanyak

Hadiah : RM100 untuk setiap top 7 penulis komen terbanyak mingguan.

Peraturan Cabaran Duit Raya Aidilfitri 2014

  1. Terbuka kepada semua pembaca blog Denaihati tak kira dimana anda berada
  2. Wajib memasang salah satu banner (Klik SINI) di blog anda (seandainya tiada banner maka pemenang seterusnya akan dipilih).
  3. Pemenang untuk cabaran penulis komen terbanyak dipilih setiap minggu berdasarkan jumlah komen terbanyak yang ditulis dalam waktu yang ditetapkan.
  4. Ranking terkini komen terbanyak boleh dilihat di sidebar blog ini.
  5. Minima komen adalah 7 patah perkataan dan komen mesti berkenaan dengan entri tersebut yang tak ikut syarat akan di delete oleh admin.
  6. Hanya satu penyertaan di terima jadi sila perhatian penggunaan domain dan username anda. Jika terdapat dua atau lebih username yang tersenarai maka username yang teratas akan dipilih manakala yang lain akan diganti dengan pemenang yang seterusnya.
  7. Senarai 7 pemenang akan di ambil pada jam 10 am pada 18/7/2014, 25/7/2014, 1/8/2014 dan 8/8/2014
Contoh ranking penulis komen yang akan sentiasa berubah setiap hari
Contoh ranking penulis komen terbanyak

Bonus Duit Raya Aidilfitri 2014

Memberi Trafik Terbanyak kepada blog Denaihati

  1. Cabaran trafik terbanyak dikira menggunakan Clicky.com dengan mengambil kira jumlah trafik yang diberikan oleh blog anda kepada blog Denaihati. Kepada blog yang dapat memberi trafik sebanyak jumlah 10k dan lebih pada 11/7/2014 – 11.59 pm, 8/8/2014 akan mendapat bonus berjumlah RM500.
  2. Syarat mudah iaitu tampal salah satu banner (Klik SINI) di blog anda dan paling penting jangan sesekali guna cara HITAM automatik penyertaan anda tidak diterima.
Contoh trafik blog dari rakan-rakan blog utk blog Denaihati.
Contoh trafik blog dari rakan-rakan blog utk blog Denaihati.

Menulis review entri Denaihati terbaik

  1. Terbuka kepada semua pembaca blog Denaihati tak kira dimana anda berada
  2. Wajib memasang salah satu banner (Klik SINI) di blog anda.
  3. Review mesti melebihi 400 ratus perkataan, mempunyai sekurang-kurang tiga gambar, backlinks kepada entri yang dipilih denaihati dan satu backlinks kepada penaja Asamboi.my.
  4. Setiap review terbaik dan mengikut syarat akan mendapat bonus duit raya sebanyak RM100.
  5. Sila PM url entri penyertaan anda di SINI.

Semuga Cabaran Duit Raya Aidilfitri 2014 boleh membuatkan anda lebih berjaya dan bergaya di hari raya kali ini. Kepada yang belum muat turun aplikasi iOS dan Android Denaihati sila cepat cepat klik “Aplikasi Denaihati“.

Selamat berpuasa semua jangan lupa lipat gandakan amalan dan azam untuk beramal di malam Lailatul Qadar.


Spread the love

3,877 Comments

  1. Sedih juga sebab terlepas pandang tentang ini. Jika tidak, PG juga mungkin akan berada disalah satu senarai peserta. Apa pun, cabaran yang tersenarai diatas, agak mencabar juga. Untuk mendapatkan trafik 10k, bagi PG bukan mudah! Tapi, bagi mereka yang tidak kenal erti jemu dan dahagakan kejayaan seperti kata denaihati sendiri, pasti segalanya menjadi mudah! Tahniah buat para pemenang!
    Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap BloggerMy Profile

    1. Rugi terlepas pandang cabaran ini kan iuzira. Bukan setakat cabaran sahaja, malah kita boleh tengok kekuatan blog kita. Sejauh mana blog kita mampu berdiri. Kena sentiasa baca blog denaihati lepas ni. Harap-harap boleh sertai lagi cabaran akan datang. InshaAllah 🙂
      Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap BloggerMy Profile

    1. Wa, apakah kita sedang memikirkan perkara yang sama Majalah Jualan? hehe. Gerun. Nak habiskan cabaran tugasan kedua top 70 cepat-cepat. Tak sabar nak tahu pusingan akhir punya cabaran. Tapi, jika ianya sama seperti cabaran disini, alamak! PG pasti jatuh terjunam ke laut dahulu. hehe
      Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap BloggerMy Profile

    1. Alhamdulillah Nik 🙂 Semoga dipermurahkan lagi rezeki. Tak tahu pun ada cabaran duit raya aidilfitri 2014 ni, kalau tahu, memang da sertai sama. Syaratnya memang mencabar kan. Tapi, sekurang-kurangnya kita tahu kelemahan blog kita dan cuba perbaikinya. Tahniah nik!
      Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap BloggerMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!