Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, berdasar jumlah trafik blog 2014 yang masuk ke blog Denaihati hampir 60% datang dari sumber mobile. Begitulah kuasa dihujung jari yang 10 tahun dahulu hanya teori yang dilaungkan di atas pentas kini semua sudah menjadi keyataan. Hari ini pembaca blog Denaihati boleh membaca entri blog ini dimana sahaja dan bila-bila masa sahaja dengan smartphone yang mempunyai capaian broadband.
Majoriti rakyat Malaysia sudah mempunyai smartphone tanpa mengira usia dan latar belakang ekonomi. Berbagai aplikasi digunakan untuk berhubung dan berkongsi kisah sehingga menjadi satu viral yang tidak pernah diimpikan. WhatsApp salah satu aplikasi komunikasi yang telah mengubah budaya hidup manusia bukan sekadar komunikasi antara dua insan malah kumpulan yang ramai.
Atas kesedaran pentingnya trafik blog secara viral melalui wassap maka blog Denaihati telah memasang button WhatsApp. Manalah tahu dengan button wassap ini maka pembaca akan berkongsi entri yang ditulis dengan kumpulan wassap mereka dan rakan-rakan mereka akan menyebarkan kepada kumpulan-kumpulan mereka yang lain sehingga menjadi sumber trafik blog yang penting.
Tidak susah mana nak guna button wassap di blog denaihati, yang penting anda adalah pengguna smartphone tapi jangan terkejut aplikasi WhatsApp juga sudah boleh dilayari di laptop dan desktop.
Cara Menggunakan Button WhatsApp
1. Layari mana-mana entri menarik di blog Denaihati yang anda fikir anda nak kongsikan dengan rakan-rakan wassap anda contohnya entri “Kisah Malang di Kaunter“. Setelah klik entri tersebut maka keluarlah berbagai button sosial media dibahagian atas entri dan salah satunya adalah button WhatsApp.
2. Cara untuk menggunakan button Wassap dientri tersebut hanya perlu klik sahaja button tersebut dan anda akan dibawa kepada senarai rakan-rakan wassap anda. Pilih salah satu nama rakan atau kumpulan yang anda fikir anda ingin berkongsikan kisah entri tersebut contohnya aku memilih kumpuln “Team eQurban Support”.
3. Setelah klik rakan atau kumpulan wassap maka anda akan dibawa ke kotak wassap yang dipilih. Anda boleh mengubah ayat untuk menjadi lebih menarik sebelum menekan button “Send”.
Tidak susah mana sangat menggunakan button WhatsApp di blog Denaihati tetapi kalau ada masalah sila maklumkan Admin. Almaklum benda baru pasti ada sahaja ujiannya untuk menjadi lebih baik. Semuga khidmat baru, button WhatsApp di blog Denaihati ini dapat membantu pembaca setia berkongsi kisah untuk dijadikan pengajaran kepada semua. Ilmu yang baik memang bagus disebarkan kepada ramai semuga menjadi bekalan kita di hari akhirat.
Tapi teringat pesanan Mufti Ismail Menk WhatsApp dan semua aplikasi sosial media lebih hebat dari pisau yang tajam kalau disalah guna menyebarkan berita tidak benar. Sosial media juga boleh menjadi agen fitnah yang dahsyat yang bakal membawa kita ke neraka jadi berhati-hati apabila menyebarkan berita.
Kepada pembaca jangan lupa juga untuk download Aplikasi Android Denaihati atau Aplikasi iOS Denaihati.
125 Comments
saya dah update butang sahre baru dekat blog saya..try gi usha melalui mobile view sahaja
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Malaysia Top 10 Best Blog 2015
wah… lagi cepat jadi viral kalau guna WhatsApp ni kan, dunia di hujung jari.
Curahan rasa puteraduyong @ ..Masjid Muhammadiah Masjid Yang Unik
Sebab tu Mark Zukerberg sanggup beli 16B, dia dah nampak future mobile messaging ni.
Kebanyakan news pun memang viral disebabkan WhatsApp.
Lepas ni trafik ke DenaiHati bakal meningkat dengan butang WhatsApp ni 🙂
Curahan rasa lankapo @ ..Cara Backup Online Mudah dengan MEGA 50GB Free
bijak betul mark ni kan..
Allah berikan beliau ketajaman fikiran,
Semoga kita juga boleh gunakan fungsi ini untuk sebarkan perkara2 yang baik…
Curahan rasa maria @ ..Cara Hilangkan Parut Chicken Pox Yang Hodoh Dalam Tempoh Sebulan. Anda Wajib Cuba!
TERBAIK..memudahkan kerja-kerja share mengshare nih, kompem bersepah-sepah sana sini sharing mengsharing….
Curahan rasa nadiah @ ..JAMU RAHSIA BIDAN KAMPUNG: JAMU RAHSIA NO1 RESEPI TURUN TEMURUN
mobile dan android telah menjelma menjadi penyumbang trafik bagi website yang responsive dan bersahabat dengan platform mobile
Curahan rasa Buka Hati @ ..Kutemukan Islam Berawal dari Liburan
Rasanya kalau view guna desktop version tak perlu butang whatsapp ni 🙂
Power DH. blog saya pun ratanya user online melalui mobile. Tu saya pun dah mula letak button perkongsian WhatsApp
Curahan rasa Syahril Hafiz @ ..Malaysia Best Blog 2015
wah..pantas. Masih dalam cubaan untuk masukkan button whatsapp ke dalam blog.
harap2 berjaya
Curahan rasa maria @ ..Cara Atasi Masalah Rambut Gugur Kronik Elak Dicop Isteri Botak
Tak berapa faham lagi macam mana whatsapp ni berfungsi dengan blog.. Mungkin kena cuba dulu. 😀
Curahan rasa Rara Zack @ ..Terima kasih Denaihati.
sila cuba dulu, pasti lepas ni dah tak teragak-agak nak guna WhatsApp ni dalam blog 😉
Curahan rasa puteraduyong @ ..Ustaz Hanif Mohd Ali Dihukum Gantung Sampai Mati
semakin mantap blog denaihati ni nampaknya.. =)
semoga dengan adanya button whatsapp ni, lagi mudahlah untuk share entri2 dari blog ni..
Curahan rasa MamaBard @ ..Derita Senggugut Selama 10 Tahun Kini Hilang, Apa Rahsianya?
Iyup.. memudahkan kerja-kerja share mengshare nih, kompem bersepah-sepah sana sini sharing mengsharing….
Curahan rasa SuperNifz @ ..Kekal Bertenaga Walaupun Sibuk Seharian
Wah mcm best je kan? Apa beza kalau kita copy n paste urll kat wsp? Ygni cepat sikkit kot kan??
Wah bestnya. Blog Mek ila masih belum ada button whatsapp ni. Bolehlah cuba nanti!
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Hadiah Bayi Yang Sangat Praktikal, Murah dan Disukai
wahh hebat la.. boleh cuba nie, satu peningkatan yang baik
Curahan rasa kedaibaru @ ..Jom Aktifkan Mykad
Memang sangat mengujakan bila post un boleh dikongsikan ke whatsapp..semakin bercambah la info yang kita nak orang tahu
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Manfaat GLA daripada Minyak Biji Borage
Sekarang ni ramai pembaca guna smartphone je utk dptkan informasi. Bila ade kemudahan ni senang sikit nak share dengan member.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Malaysia Best Blog 2015
Betul tu, sangat setuju, klik klik jer sana sini, berdesup sampai info yang nak di share kan
Curahan rasa myliferia @ ..Perbezaan Shaklee Sehingga Menjadi Satu Produk Luar Biasa; Ye Tak Ni?
Lagi senang nak sharing entri kalau macam ni. At least boleh share dekat group kawan-kawan atau kaum keluarga yang kita dah kenal 🙂
Curahan rasa myliferia @ ..Wanita Hamil 7 Bulan Mampu Tawan Candi Borobudur
Comments are closed.