Button WhatsApp di blog

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, berdasar jumlah trafik blog 2014 yang masuk ke blog Denaihati hampir 60% datang dari sumber mobile. Begitulah kuasa dihujung jari yang 10 tahun dahulu hanya teori yang dilaungkan di atas pentas kini semua sudah menjadi keyataan. Hari ini pembaca blog Denaihati boleh membaca entri blog ini dimana sahaja dan bila-bila masa sahaja dengan smartphone yang mempunyai capaian broadband.

Majoriti rakyat Malaysia sudah mempunyai smartphone tanpa mengira usia dan latar belakang ekonomi. Berbagai aplikasi digunakan untuk berhubung dan berkongsi kisah sehingga menjadi satu viral yang tidak pernah diimpikan. WhatsApp salah satu aplikasi komunikasi yang telah mengubah budaya hidup manusia bukan sekadar komunikasi antara dua insan malah kumpulan yang ramai.

aplikasi whatsapp di laptop

Atas kesedaran pentingnya trafik blog secara viral melalui wassap maka blog Denaihati telah memasang button WhatsApp. Manalah tahu dengan button wassap ini maka pembaca akan berkongsi entri yang ditulis dengan kumpulan wassap mereka dan rakan-rakan mereka akan menyebarkan kepada kumpulan-kumpulan mereka yang lain sehingga menjadi sumber trafik blog yang penting.

Tidak susah mana nak guna button wassap di blog denaihati, yang penting anda adalah pengguna smartphone tapi jangan terkejut aplikasi WhatsApp juga sudah boleh dilayari di laptop dan desktop.

Cara Menggunakan Button WhatsApp

1. Layari mana-mana entri menarik di blog Denaihati yang anda fikir anda nak kongsikan dengan rakan-rakan wassap anda contohnya entri “Kisah Malang di Kaunter“.  Setelah klik entri tersebut maka keluarlah berbagai button sosial media dibahagian atas entri dan salah satunya adalah button WhatsApp.

button wassap di blog

2. Cara untuk menggunakan button Wassap dientri tersebut hanya perlu klik sahaja button tersebut dan anda akan dibawa kepada senarai rakan-rakan wassap anda. Pilih salah satu nama rakan atau kumpulan yang anda fikir anda ingin berkongsikan kisah entri tersebut contohnya aku memilih kumpuln “Team eQurban Support”.

cara guna button wassap di blog

3. Setelah klik rakan atau kumpulan wassap maka anda akan dibawa ke kotak wassap yang dipilih. Anda boleh mengubah ayat untuk menjadi lebih menarik sebelum menekan button “Send”.

cara wassap entri blog

Tidak susah mana sangat menggunakan button WhatsApp di blog Denaihati tetapi kalau ada masalah sila maklumkan Admin. Almaklum benda baru pasti ada sahaja ujiannya untuk menjadi lebih baik. Semuga khidmat baru, button WhatsApp di blog Denaihati ini dapat membantu pembaca setia berkongsi kisah untuk dijadikan pengajaran kepada semua. Ilmu yang baik memang bagus disebarkan kepada ramai semuga menjadi bekalan kita di hari akhirat.

Tapi teringat pesanan Mufti Ismail Menk WhatsApp dan semua aplikasi sosial media lebih hebat dari pisau yang tajam kalau disalah guna menyebarkan berita tidak benar. Sosial media juga boleh menjadi agen fitnah yang dahsyat yang bakal membawa kita ke neraka jadi berhati-hati apabila menyebarkan berita.

Kepada pembaca jangan lupa juga untuk download Aplikasi Android Denaihati atau Aplikasi iOS Denaihati.


Spread the love

125 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!