Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, berdasar jumlah trafik blog 2014 yang masuk ke blog Denaihati hampir 60% datang dari sumber mobile. Begitulah kuasa dihujung jari yang 10 tahun dahulu hanya teori yang dilaungkan di atas pentas kini semua sudah menjadi keyataan. Hari ini pembaca blog Denaihati boleh membaca entri blog ini dimana sahaja dan bila-bila masa sahaja dengan smartphone yang mempunyai capaian broadband.
Majoriti rakyat Malaysia sudah mempunyai smartphone tanpa mengira usia dan latar belakang ekonomi. Berbagai aplikasi digunakan untuk berhubung dan berkongsi kisah sehingga menjadi satu viral yang tidak pernah diimpikan. WhatsApp salah satu aplikasi komunikasi yang telah mengubah budaya hidup manusia bukan sekadar komunikasi antara dua insan malah kumpulan yang ramai.
Atas kesedaran pentingnya trafik blog secara viral melalui wassap maka blog Denaihati telah memasang button WhatsApp. Manalah tahu dengan button wassap ini maka pembaca akan berkongsi entri yang ditulis dengan kumpulan wassap mereka dan rakan-rakan mereka akan menyebarkan kepada kumpulan-kumpulan mereka yang lain sehingga menjadi sumber trafik blog yang penting.
Tidak susah mana nak guna button wassap di blog denaihati, yang penting anda adalah pengguna smartphone tapi jangan terkejut aplikasi WhatsApp juga sudah boleh dilayari di laptop dan desktop.
Cara Menggunakan Button WhatsApp
1. Layari mana-mana entri menarik di blog Denaihati yang anda fikir anda nak kongsikan dengan rakan-rakan wassap anda contohnya entri “Kisah Malang di Kaunter“. Setelah klik entri tersebut maka keluarlah berbagai button sosial media dibahagian atas entri dan salah satunya adalah button WhatsApp.
2. Cara untuk menggunakan button Wassap dientri tersebut hanya perlu klik sahaja button tersebut dan anda akan dibawa kepada senarai rakan-rakan wassap anda. Pilih salah satu nama rakan atau kumpulan yang anda fikir anda ingin berkongsikan kisah entri tersebut contohnya aku memilih kumpuln “Team eQurban Support”.
3. Setelah klik rakan atau kumpulan wassap maka anda akan dibawa ke kotak wassap yang dipilih. Anda boleh mengubah ayat untuk menjadi lebih menarik sebelum menekan button “Send”.
Tidak susah mana sangat menggunakan button WhatsApp di blog Denaihati tetapi kalau ada masalah sila maklumkan Admin. Almaklum benda baru pasti ada sahaja ujiannya untuk menjadi lebih baik. Semuga khidmat baru, button WhatsApp di blog Denaihati ini dapat membantu pembaca setia berkongsi kisah untuk dijadikan pengajaran kepada semua. Ilmu yang baik memang bagus disebarkan kepada ramai semuga menjadi bekalan kita di hari akhirat.
Tapi teringat pesanan Mufti Ismail Menk WhatsApp dan semua aplikasi sosial media lebih hebat dari pisau yang tajam kalau disalah guna menyebarkan berita tidak benar. Sosial media juga boleh menjadi agen fitnah yang dahsyat yang bakal membawa kita ke neraka jadi berhati-hati apabila menyebarkan berita.
Kepada pembaca jangan lupa juga untuk download Aplikasi Android Denaihati atau Aplikasi iOS Denaihati.
125 Comments
2015 ada butang whatsapp di blog
5 tahun lagi entah teknologi apa pulak yang menyusul ye…. mudah-mudahan teknologi digunakan untuk tujuan yang baik-baik saja…
Curahan rasa linchalo @ ..Anda Pasti Akan Makan Multivitamin Setelah Tahu Hubungan Sebenar Antara Vitamin dan Garam Galian
Penggunaan button WhatsApp menurut saya hanya untuk kebutuhan dan sedang trend saat ini dan banyak pengunannya
wahh…. baru tahu…
Advance
Mula-mula pelik jugak tengok button whatsapp dalam blog DH dan terfikir Kalau guna PC macam mana nak send whatsapp…
InsyaAllah, semoga DH terus maju dalam menjadi contoh blogger terbaik bagi kami.
Curahan rasa saljuhumairah @ ..Kenapa Susah Nak Dapat Kerja Walaupun dan Hantar 37 Salinan Resume?
Kalau tak de penerangan dari dH, kompem dok pelik jerk bila bukak blog org dok ada button WA kan…
http://supernifzvitamin.com/category/video-testimoni-menarik/
saya Mmg dok online blog DH guna apps… Tapi sejak semalam kerap plak crash di ios… Mohon tlg recheck… 😉
Curahan rasa Lal @ ..Roti Canai teloq meleleh
Terbaik artikel ni. Berkongsi memang baik. Tapi ramai yang suka baca artikel penuh copy paste dari tekan link.
Terima kasih Denaihati atas perkongsian.
Curahan rasa NFH @ ..TABIAT BURUK PENYEBAB DAGU BERLAPIS
Sangat menariklah aplikasi whatsapp ini kalau dipasang di blog. Dah cari cara pasang di blogspot tetapi tidak menjadi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Sertai Coaching SOM Tone Excel
Tak perlu dah nak sesusah copy link then paste… klik2 ajerk…
http://supernifzvitamin.com/ubat-tahan-mengantuk-tanpa-kafein-dan-dadah/
Curahan rasa SuperNifz @ ..Ubat Tahan Mengantuk Tanpa Kafein dan Dadah
yalahkan..lebih mudah untuk share info yang menarik pada komuniti whatsApp
Curahan rasa mrhanafi @ ..Nak Buat Duit Dari Fiverr
Kan, tak payah banyak-banyak kerja dah lepas ni. Entri DH pun banyak yang best
Curahan rasa myliferia @ ..Kelas WOL iReach Yang Super Awesome
Lepasni senang sikit nak share informasi dlm blog DH kat whatsapp. Tekan je butang tu
Curahan rasa nikkhazami @ ..REVEW BUKU: Fangirl
Ha’ah betul tuh.. setuju2… Zaman la nih semua orang nak senang jer kan….
Curahan rasa SuperNifz @ ..Apakah vitamin Shaklee yang sesuai untuk pesakit MIGRAINE?
silakan-silakan….heee. gunakan segala kemudahan yg ada sekarang. banyak kelebihannnya.
Curahan rasa Denaihati @ ..Jadual dan Keputusan Liga Super Malaysia 2015
Terima kasih Denaihati sebab sentiasa datang dengan perkara-perkara baru serta memudahkan semua pengunjung ke sini 🙂
Curahan rasa myliferia @ ..Wanita Hamil 7 Bulan Mampu Tawan Candi Borobudur
Nak kena tunggu blogspot menyokong kemudahan ni. Pastu nak pasang kat blog. Hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..REVEW BUKU: Fangirl
blogspot xde lagi ek..hehehe…teringan jugak nak buat ada button whatsapp…
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs Samsung Galaxy J1 4G
wah, hebatnya sekarnag ni. nanti ajarlah pulak cemana nak install dlm blog kita pulak ya.
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Cara Hadapi Musim Panas Melampau di Malaysia
Cuba plugin addtoany di wordpress. Install dan activate. Kemudian cari button watsapp di setting. Saya dah cuba.
Curahan rasa NFH @ ..TABIAT BURUK PENYEBAB DAGU BERLAPIS
terbaik. Nak kena letak juga button whatsapp kat blog. Ada plugin sesuai ke untuk whatsapp ni?
Curahan rasa Zul @ ..ONEXOX – Cuma RM10
Makin hebat dan canggih blog DH. Jadi inspirasi dan idola buat ramai blogger. No wonder ramai yang senaraikan DH sebagai Malaysia Best Blog. Saya pula jarang gunakan Whatsapp kecuali untuk urusan komunikasi peribadi sahaja. WA ini bahaya juga sebab boleh buat addiction. Saya lihat ramai yang guna WA hari2 forward news/image dsb. Kalau join group, mahu beratus atau ribu forwarded msg boleh masuk hari-hari. Kena yg smartphone memory kecik, terkedu juga delete gambar dan video setiap hari.
Apa-apa pun selamat maju jaya DH. Terima kasih atas perkongsiaan ini.
Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..25 Beautiful THESIS Skins for 2015
Ada baik & ada buruknya WA nih,,, kita kena pandai2 aa menilainya…
http://supernifzvitamin.com/category/video-testimoni/darah-tinggi-kolesterol/
Curahan rasa SuperNifz @ ..Kekal Bertenaga Walaupun Sibuk Seharian
Emang sangat penting raasanya untuk memperhatikan buton sosial media di blog gua untuk memperbanyak visitor tnks info nya sangat menarik….
Curahan rasa ihsan @ ..Daftar Situs Directory Terbaru Untuk SEO Link Building 2015
Menarik.. Penggunaan button WhatsApp sebenarnya banyak membantu meningkatkan trafik blog. Perkongsian di smartphone melalui aplikasi WhatsApp lebih mudah dan cepat berbanding aplikasi lain. Ditambah lagi dengan keupayaan WhatsApp dari segi penggunaan group, ianya sangat berkesan dan pengunjung ‘rajin tangan’ menyebarkan manfaat.
Curahan rasa Inspirasi Huda @ ..Penjagaan Semasa Mengandung (Pranatal)
terbaek trafik dari mobile dan smartphone lebih banyak dari pengguna komputer atau PC ramai pembaca dari bandar saja
Curahan rasa Jom Ke malaysia @ ..Malaysia Best Blog 2015
Comments are closed.