Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang tidak menyesal memenuhi jemputan Jutawan Hartanah, Saudara Faizul Ridzuan hadir ke Konvensyen Hartanah 2014 atau lebih dikenali sebagai Havoc Hartanah 2. Ini kali kedua beliau menjemput aku tetapi kali pertama tak dapat nak sertai kerana jadual sudah penuh dengan program lain. Tertunggu-tunggu juga jemputan dari Blogger Hartanah No 1 Malaysia, Abang Ensem tapi senyap je mungkin kerana gemuruh nak jadi penceramah. Terima kasihlah Faizul Ridzuan yang sentiasa ingat aku walaupun hanya jumpa sekali di Seminar Hartanah di PKNS Biz Points pada tahun 2013.
Tersentuh hati apabila mendengar perkongsian Saudara Wijay yang sudah bersara awal dengan bersunyi-sunyian menetap di Langkawi menikmati kehijauan alam sambil memantau pelaburan hartanahnya. Aku juga ingin menjadi seperti beliau suatu hari nanti bersara awal, fokus kepada kehidupan yang memberi manafaat kepada dunia.
Minat aku kepada pelaburan bermula apabila aku membaca buku berjudul “Jutawan dari Planet Jupiter” kira-kira 22 tahun lepas. Ketika itu aku tak pernah menyangka bahawa suatu hari aku akan bertemu dengan penulis buku tersebut yang aku gambarkan seorang Jutawan yang berjaya. Alhamdulillah kali pertama aku berjumpa dengan Azizi Ali ketika meraikan majlis rumah terbuka Aidilfitri Abang Ensem. Rupanya beliau bukan sahaja Jutawan Pelaburan tetapi juga seorang Juruterbang MAS pesawat Boeing A380. Jadi jangan jadikan pekerjaan sebagai alasan untuk kita tidak berjaya.
Havoc Hartanah 2 telah menemukan aku dengan Azizi Ali kali kedua. Betul kata beliau buku “Jutawan dari Planet Jupiter” dan “Jutawan Hartanah” adalah buku klasik yang telah mengubah minda ramai insan Melayu seperti aku. Teringat kalau 10 tahun dulu setiap kali seminar hartanah boleh dikira dengan jari peserta Melayu tetapi sekarang sudah berubah. Perjuangan Azizi Ali telah melahirkan ramai Jutawan Hartanah Melayu yang telah berdiri bersama-sama menyedarkan anak bangsa.
Untuk berjaya memang kita memerlukan guru untuk kita contohi seperti semua usahawan dan ulama terulung yang mempunyai mentor tersendiri. Kalau nak buat jalan sendiri pun boleh tapi rintangan lebih beronak berduri. Jadi kenapa nak menyusahkan diri contohi sahaja mereka yang sudah berjaya tapi syaratnya kita kena taat pada mentor, tidak boleh ikut rasa hati sendiri.
Terima kasih kepada buku Azizi Ali dan mentor-mentor yang tidak pernah lokek mengajar aku dan anak bangsa untuk menjadi insan yang lebih berjaya. Semuga aku dipilih ALLAH untuk jadi seperti mereka membantu seramai mungkin manusia lain menjadi manusia yang memberi manafaat kepada dunia. Siapa sangka dengan hanya membaca Buku dan Mentor dengan izin ALLAH telah mengubah hati aku untuk menceburi dunia berbagai pelaburan? Anda bila lagi nak berubah … jom sertai seminar begini menimba ilmu untuk melahirkan minat. Mungkin anda tidak minat kerana tidak cukup ilmu kerana apa yang anda minat belum tentu boleh ditukar menjadi duit.
948 Comments
Insya Allah.. Saya doakan tuan DenaiHati berjala selalu di dunia dan akhirat.. 🙂
Curahan rasa Rara Zack @ ..Faham Soalan
amin, semoga apa yang dihajadi DH dipermudahkan dan menjadi kenyataan 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
orang Melayu kini dah berubah semakin cemerlang apa jua bidang pun dah banyak dikuasai anak Melayu… bangga dengan bangsa Melayu… semoga terus cemerlang dan terbilang di mata dunia…
Curahan rasa Putributterfly Punyablog @ ..Balik Kampung: Kenduri Kesyukuran Penerbit Novel Karya Seni
Kita bangsa melayu memang mengharapkan lebih ramai mereka yang menceburi bidang ni supaya dapat membantu anak anak melayu yang lain.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Salam Benua
sapa lagi nak bantu bangsa kita kalau bukan kita sendiri. kita mampu mengubahnya 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
ya, sangat bangga, kita bukan lagi bangsa yang dipandang lemah dan mundur 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Pertama kali lihat konvensyen dalam suasana begini. Apa pun Abang Ensem memang hensem. Tapi gua hensem lagi.
Curahan rasa Paeh @ ..Blogger Yang Selalu Buat Liputan Secara Langsung Perlu Ada Plugin 24liveblog Ini
haha, klu ko lebih ensem dari AE, means ko adlah Abang Super Ensem la? hehehe
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Perlu banyak pengorbanan dan usaha untuk berjaya seperti mereka ini. Semoga Tuan Denaihati berjaya mencapai impian tersebut. ;D
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Roommate Korean Reality Show
suatu pengorbanan untuk suatu kejayaan. umpama ibadah qurban. qurban kan sesuatu untuk ganjaran daripadaNYA 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Siapa yang tak nak kehidupan senang macam saudara Wijay tu..kalau saya pun nak..Tapi tu lah… Bukan senang nak senang.. Semoga tuan DH berjaya mencapai impian sebegini..InsyaAllah..
Curahan rasa Pondok Kecil @ ..Hutanglah Kamu Dengan Berhemah
Hihi.. ye kan. Semua orang kalau boleh nak kan kesenangan. Tapi nak mencapai tu bukannya senang. Perlukan usaha yang berganda.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 22 : Destinasi Percutian Impian Nik
saya pernah dapat ebook abang ensem sewaktu join satu cabaran oleh seorang blogger beberapa tahun lepas. memang satu ilmu baru yang diperlukan oleh saya untuk membeli rumah. bagus ebook nya
Curahan rasa ainun @ ..Pengalaman Guna Altel
Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Tapi kalau kita betul-betul mahu berjaya macam mereka yang berjaya, kena tingkatkan usaha dari segenap segi.
saya setuju dengan kata-kata saudari. Tapi susah sebenanrnya nak jadi susah sebab jika kita ada matlamat dan impian.. memang kita akan bekerja untuk mencapai matalamat tersebut
Curahan rasa ainun @ ..Pengalaman Guna Altel
Setuju! Nak berjaya seperti mereka, kita kenalah berusaha dengan gigih terlebih dahulu. 😉
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Roommate Korean Reality Show
apa yang kita minat belum tentu boleh ditukar menjadi duit.. betul tu.. sekarang ni kalau nak berjaya memang kena cuba pelbagai benda walaupun kita tak minat.. minat tu akan datang sendiri bila kita dah tahu selok belok dan akan rasa seronok buat benda tu..
Curahan rasa Cetusan Suara @ ..Bisnes Jual Simkad Tone Excel
Betul tu. Lama-lama kita akan rasa seronok buat sesuatu yang pada mulanya kita tak minat. ;D
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Roommate Korean Reality Show
Ingin berjaya kena ada mujahadah dan pengorbanan.bukan senang nak senang..perlu ada ilmu dan mentor
bukan senang nak berjaya mcm azizi ali. perlu banyak pengorbanan dan usaha
Dengan adanya pengorbanan dan usaha yang bersungguh-sungguh pasti boleh berjaya. Insyaallah. 😉
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Roommate Korean Reality Show
eh,eh itu dia si lelaki yg selalu berpakaian pink gitu ^^ terbukti lelaki yg memakai baju kaler pink lebih ensem dri mreka yg memakai kaler hitam ^^ ok saya semangat nak belajar pasal hartanah trus….
Bab hartanah ni saya masih banyak tak tahu. Nak melabur tu jauh lagi since belajar pon tak habis lagi. Tapi one day memang ada impian dah menceburkan diri dalam bidang hartanah. InsyaAllah… Kena banyak timba ilmu dari sifu2 hartanah
Curahan rasa MK Hakimi @ ..One Light Photography
Same goes to me. Mmg minat gila bab2 hartanah…tapi ilmu kurang di dada…masih belajar…masih jauh perjalanan.. 🙂
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..Perginya Tak Akan Kembali
Membaca buku-buku karangan jutawan ni memang banyak memberi inspirasi. Selepas membaca memang terasa bersemangat ingin membina atau mengumpul kekayaan dalam hartanah. Jadi kalau ada jemputan2 seem nar hartanah tu. Rajin2kan lah pergi ye.
Curahan rasa adi azli @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
Kalau ada di kawasan saya, teringin juga nak pergi seminar hartanah mcm ni. Boleh timba ilmu sedikit sebanyak.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 22 : Destinasi Percutian Impian Nik
mentor saya org yg sentiasa beri tunjuk ajar saya dalam bisnes… minda saya sering berfikir untuk menjadi usahawan berjaya nanti..walapun tak tahu langsung dalam bidang hartanah ni..tapi saya pun suka membaca mengenainya..sebab boleh jadi semngat nak berjaya… ^__^
Curahan rasa zaza zehra @ ..Filem The Maze Runner Yang Mesti Ditonton
Kadang kadang semangat seorang mentor tu boleh buat anak buah yang di ajarnya melangkah lebih jauh.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 22 : Destinasi Percutian Impian Nik
Kalau kat Malaysia ni, rasanya memang dah pergi dah seminar havoc hartanah ni… jeles tengok nama-nama besar bagi talk..
Balik nanti akan jadikan DH mentor juga ye 🙂
Curahan rasa Nadot @ ..Rezeki Affiliate, Income dari Blog
Owh sis nadot berada di luar malaysia ker? betullah tuh..kalau kat malaysia dan berhampiran dengan kita pulak tuh pasti peluang sebegini tak dilepaskan..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
Comments are closed.