Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang tidak menyesal memenuhi jemputan Jutawan Hartanah, Saudara Faizul Ridzuan hadir ke Konvensyen Hartanah 2014 atau lebih dikenali sebagai Havoc Hartanah 2. Ini kali kedua beliau menjemput aku tetapi kali pertama tak dapat nak sertai kerana jadual sudah penuh dengan program lain. Tertunggu-tunggu juga jemputan dari Blogger Hartanah No 1 Malaysia, Abang Ensem tapi senyap je mungkin kerana gemuruh nak jadi penceramah. Terima kasihlah Faizul Ridzuan yang sentiasa ingat aku walaupun hanya jumpa sekali di Seminar Hartanah di PKNS Biz Points pada tahun 2013.
Tersentuh hati apabila mendengar perkongsian Saudara Wijay yang sudah bersara awal dengan bersunyi-sunyian menetap di Langkawi menikmati kehijauan alam sambil memantau pelaburan hartanahnya. Aku juga ingin menjadi seperti beliau suatu hari nanti bersara awal, fokus kepada kehidupan yang memberi manafaat kepada dunia.
Minat aku kepada pelaburan bermula apabila aku membaca buku berjudul “Jutawan dari Planet Jupiter” kira-kira 22 tahun lepas. Ketika itu aku tak pernah menyangka bahawa suatu hari aku akan bertemu dengan penulis buku tersebut yang aku gambarkan seorang Jutawan yang berjaya. Alhamdulillah kali pertama aku berjumpa dengan Azizi Ali ketika meraikan majlis rumah terbuka Aidilfitri Abang Ensem. Rupanya beliau bukan sahaja Jutawan Pelaburan tetapi juga seorang Juruterbang MAS pesawat Boeing A380. Jadi jangan jadikan pekerjaan sebagai alasan untuk kita tidak berjaya.
Havoc Hartanah 2 telah menemukan aku dengan Azizi Ali kali kedua. Betul kata beliau buku “Jutawan dari Planet Jupiter” dan “Jutawan Hartanah” adalah buku klasik yang telah mengubah minda ramai insan Melayu seperti aku. Teringat kalau 10 tahun dulu setiap kali seminar hartanah boleh dikira dengan jari peserta Melayu tetapi sekarang sudah berubah. Perjuangan Azizi Ali telah melahirkan ramai Jutawan Hartanah Melayu yang telah berdiri bersama-sama menyedarkan anak bangsa.
Untuk berjaya memang kita memerlukan guru untuk kita contohi seperti semua usahawan dan ulama terulung yang mempunyai mentor tersendiri. Kalau nak buat jalan sendiri pun boleh tapi rintangan lebih beronak berduri. Jadi kenapa nak menyusahkan diri contohi sahaja mereka yang sudah berjaya tapi syaratnya kita kena taat pada mentor, tidak boleh ikut rasa hati sendiri.
Terima kasih kepada buku Azizi Ali dan mentor-mentor yang tidak pernah lokek mengajar aku dan anak bangsa untuk menjadi insan yang lebih berjaya. Semuga aku dipilih ALLAH untuk jadi seperti mereka membantu seramai mungkin manusia lain menjadi manusia yang memberi manafaat kepada dunia. Siapa sangka dengan hanya membaca Buku dan Mentor dengan izin ALLAH telah mengubah hati aku untuk menceburi dunia berbagai pelaburan? Anda bila lagi nak berubah … jom sertai seminar begini menimba ilmu untuk melahirkan minat. Mungkin anda tidak minat kerana tidak cukup ilmu kerana apa yang anda minat belum tentu boleh ditukar menjadi duit.
948 Comments
banyak membaca buku lama lama boleh mengubah diri kita untuk berjaya. buat masa ini wawa belum lagi memiliki mana mana buku perihal bisness. kebanyakkan wawa membaca buku motivasi tntang diri sendiri. Teringin juga nak cari buku yang menulis tips untuk menjadi blogger berjya.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
klu nak try, cuba buku jutawan dari planet jupiter atau buku rich dad poor dad 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
antara buku-buku yang banyak memberi inspirasi kepada saya untuk menceburi bidang bisnes adalah buku-buku karangan robert kiyosaki
Curahan rasa sohoque @ ..7 Sebab Kenapa Seminar Facebook Marketing Firdauz Azizi Mantap
saya pun suka buku Robert. K tapi saya banyak kumpul ebook. Saya lebih selesa baca ebook berbanding baca buku. Mungkin sebab dah terbiasa depan laptop
Curahan rasa ainun @ ..Dapat Surat Dari Jepun
Wahh bagus betul tu ada koleksi ebook yang banyak, memang sesuai baca buku online ebook ni ….
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Pekan Buku Parit Buntar
wawa lebih gemar baca buku berbanding ebook sebb wawa memang tidak boleh menghadap laptop terlalu lama.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
lagi pun lagi feeling bila bca real buku dari ebook. feeling flip page by page tu 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
berbeza pulak dgn saya, saya lebih suka buku sebab suka bau buku. ebook tak pernah beli lagi
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
ok, bau buku tu pun antara sebab den suka baca buku. lagi lagi bau buku lama 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
ow, klu den, den selesa baca ebook kat tablet. rasa bosan bila baca ebook kat laptop 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Membaca jambatan ilmu, di parit buntar ada komuniti yang gerakkan amalan ini .. byk program dibuat untuk galakkan penduduk di parit buntar rajin membaca.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Pekan Buku Parit Buntar
serius? menarik sungguh. ada komuniti begini, means rakyat malaysia smakin hebat 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
sama la, karya kiyosaki pu memberi impak kepada den. idea dia menarik sekali 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
buku juga memainkan peranan utk kejayaan kita. masih teringat saya berhenti kerja makan gaji duu kerana nak lari drp situasi “rat race”.
Curahan rasa sohoque @ ..7 Sebab Kenapa Seminar Facebook Marketing Firdauz Azizi Mantap
Dulu kerja apa ehh? Teringin juga nak tahu, hari tu tak sempat nak tanya walaupun duduk semeja .. sambil pegang buku denaihati.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Pekan Buku Parit Buntar
haah kan, tertanya tanya juga dlu kerja apa ya? ke nak keep secret dan reveal dalam buku biography nanti 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
wow, bagus la bro ni. mesti dah pro bab cash flow quadrant. looking forward tengok developement bro 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
dalam bisnes unit trust saya pun mentor memainkan peranan utama. UTC kena pilih mentor yg bagus utk copy apa yang diorg buat
Curahan rasa sohoque @ ..7 Sebab Kenapa Seminar Facebook Marketing Firdauz Azizi Mantap
betul tu. macam MLM la juga. den tengok ramai buat MLM tak jadi, kenapa? sebab takde mentor 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
jenama abang hensem sudah sinonim dengan bidang hartanah..mungkin nama sebenar susah orang nak ingat berbanding abang hensem..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Cerita Terbaik Lee Chong Wei
betul-betul saya pun baru je tahu nama sebenar dia. Tapi kalau sebut AE confirm ramai yang kenal.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..KakiPing.com: Laman Agregator Untuk Blogger Malaysia
itu sebab dia dah buat jenama kat situ..lagi mudah untuk menarik perhatian ramai..terutama si gadis
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Cerita Terbaik Lee Chong Wei
ya betul, branding nama tu menarik ramai termasuk gadis gadis. kagum sangat, macam mana la beliau terfikir nama tu ya 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Orang perak memang suka sorok nama sebenar .. macam Broframestone, macam Shakiddo … hoho .. orang perak pemalu gamaknya …
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..5 Rahsia Blog Terlampau Top Rank Alexa 113
Orang perak ke mereka semua tu. Patutlah. Tapi dorang tunjuk muka sebenar, kira okay la tu sifu.. hahaha
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..KakiPing.com: Laman Agregator Untuk Blogger Malaysia
eh, ,baru den perasan, ada betul gak tu. orang n9 macam mana pula ye?
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
nama dah kukuh lepas tu seminar yg dibawakan memang menarik dan berilmiah . terbaik abang ensem
Curahan rasa faizuddin fuad @ ..Tukar Template Lebih Mesra SEO
belia ambil masa 5 tahun untuk bina nama tu se solid namanya harini. the best AE 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Hatanah memang pelaburan jangka panjang yg bagus…
kalau ade sumber duit melaburlah dlm sektor hartanah.
kerja sektor perbankan berbelas tahun …seram tenguk harga tanah/rumah yg mencanakk..
Salah satu cara nak melabur hartanah mudah ialah menerusi AHB … saya sendiri melabur dalam AHB .. memang terbaik.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..5 Rahsia Blog Terlampau Top Rank Alexa 113
den belum lagi invest dalam AHB, boleh rekomen yang terbaik? 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
dan jangan lupa juga, UT pun salah satu bentuk pelaburan yang tinggi pulangannya juga 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Hartanah merupakan salah satu medium terbaik buat masa sekarang jika hendak melabur.. So, banyak-banyakkan membaca dan mengkaji sebelum mencuba sesuatu bisnes. Kena ini, tiada kejayaan tanpa kegagalan. peace..
Curahan rasa Aisyah @ ..Makanan Yang Boleh Mengurangkan Lemak Dalam Badan
yang penting kene study dulu , jangan main beli or melabur takut diri sendiri yang kerugian nanti
Curahan rasa faizuddin fuad @ ..Program Diploma Muzik UPSI
harni kos kegagalan bleh di reduce. macam mana? dapatkan mentor dan solidkan ilmu 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Iqra wahyu pertama yang diterima Rasulullah.
Kita umatnya dah dapat petunjuk membaca salah satu cara untuk menjadikan diri lebih baik.
Curahan rasa Norazizah @ ..Cash Out Yuna 8Share
Betul tu, sebagai salah satu dari umat Muhammad, kena selalu rajin membaca dan mencari ilmu .. ia satu fardhu yang wajib dibuat.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Apa Guna Ada Fanpage Jika Tak Update!
betul tu. rajin membaca dan mencari ilmu itu merupakan satu ibadah yang wajib dibuat. tanpa ilmu, siapalah kita didunia ini.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
ada ilmu yang betul maka tidak mustahil dapat kaya dan raya dalam bidang hartanah ini..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kenapa Tulis Blog Tanpa Fakta?
teringin nak memiliki ilmu macam abang ensem .. huhuu
bercakap dan kongsi tips jer dah boleh buat income
Curahan rasa faizuddin fuad @ ..Program Diploma Muzik UPSI
jadi..
rajin-rajinlah membaca.
Jangan malas.
Kesian cikgu-cikgu kat sekolah dulu. Jenuh ajar mengeja..
Curahan rasa titan @ ..Patut ramai yang dok datang MENYERANG.
betul juga tu..kemahiran untuk membaca kan dah ada..apa lagi..perbanyakkan membacalah
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kenapa Tulis Blog Tanpa Fakta?
masalahnya.orang kita memang MALAS membaca.
Dan cukup malas nak ambil tindakan.
Buat benda sama hari-hari pun malas..haha
Curahan rasa titan @ ..Patut ramai yang dok datang MENYERANG.
jadi cikgu, apa cara untuk atasi MASALAH mereka ni cikgu?
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
tak perlu baca banyak banyak pun takpe. mulakan dengan membaca satu muka surat setiap hari. lama lama mesti makin banyak page akan di baca dalam satu hari 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Bacalah ebook SEO Merah Jambu .. hoho … baca boleh dapat duit .. perghh … tiap2 hari komisen masyuk .. ye tak Encik Titan?
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Income Blog RM3000 Sebulan Menerusi Advertorial.MY
hehe..
hari-hari dah selalu dapat.
la ni..nak try adjust setiap 12 jam dapat sales. hehe..
mudah-mudahan tercapai.
Curahan rasa titan @ ..Dah BACA? Tulis. Tulis. Tulislah wehh!
pergh. klu setiap 12 jam masuk duit, memang power la. lepasni takyah tunggu payslip lagi
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
hehe tiap tiap ari masyuk. ala bro pun sama gak, masyuk hari hari dengan komisyen 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
entahnye,penat cikgu ajar membaca, korang ni jadi malas membaca pulak kan 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Buku usahawan dari planet jupiter memang superb. pada yang nak cari peluang untuk laburkan duit ke tempat yang betul, boleh dapatkan di kedai buku ternama seperti MPH. Saya baca buku ni dari tahun 2006 lagi. banyak ilmu yang dikongsikan. waktu itulah baru saya tahu apa itu Unit Amanah, perancangan kewangan dan sebagainya.
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Belajar Al-Quran Kaedah Al-Jabari ABAHATA
Buku pertama yang bina semangat untuk buat duit online adalah buku dari Irfan Khairi … hoho ..
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Income Blog RM3000 Sebulan Menerusi Advertorial.MY
Irfan Khairi… hmmm.. kira macam idola saya dalam bidang it kat Malaysia ni. Ter’semangat’ buat bisnes online sebab dia and my lecturer dulu. Mereka bagi ceramah kaw2 dulu kat u.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..KakiPing.com: Laman Agregator Untuk Blogger Malaysia
bekas lect fatihah ya? beliau mengajar subjek apa ya? muda lagi dah dapat financial freedom 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
banyak kali selak selak buku beliau. tapi tak beli beli pun lagi buku beliau. adoi.. mungkin biz internet bukan dalam minat den 🙁
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
idea dalam buku tu senang di praktikkan semua orang. financial education to all 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
hartanah memang tempat yang paling sesuai untuk melabur buat masa sekarang. Kalau ada duit, jangan membazir beli liabiliti yang belum tentu ada untung dikemudian hari. baik melabur dibidang hartanah bagi duit tu beranak pinak
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..BPL Perlawanan ke-5 Aston Villa vs Arsenal
Ye..mmg betol..hartanah adalah pelaburan paling menguntungkan..tapi nk taw untung mcm mana kena rajin2 la study/research dulu…jikalau beli asset seperti kenderaan agak merugikan sbb makin lama harga makin jatuh…so, pakai apa yg mampu sudah la….
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..Perginya Tak Akan Kembali
kereta tu baik beli yang murah je, tak perlu komitment tinggi sangat tuk kereta. 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
betul sangat tu. anak muda harini lebih cenderung untuk liabiliti atau berbelanja demi mendapatkan perhatian orang lain 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
betul tu..byk membaca lebih byk ilmu di dada..mmg pelaburan hartanah terutamanya boleh jadik pasif income juga
Curahan rasa Isma @ ..Obesiti Punca Sukar Hamil | Cara Kurus dan Hamil Secara Semulajadi
banyak medium untuk passive income. kalau anda banyak duit, melaburlah dalam hartanah dan dapatkan positive cashflow 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Insya Allah suatu hari nanti Denaihati pun akan mencapai apa jua impian…setiap kejayaan memerlukan pengorbanan dan usaha yang tidak pernah putus asa…
Ya. Kita harap lebih ramai bangsa melayu mengorak langkah dan memulakan pelaburan.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Salam Benua
Ya, semoga lebih ramai usahawan melayu dalam bidang hartanah ini dihasilkan .. itu yang saya nampak macam abangensem buat seminar murah berbaloi
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..5 Rahsia Blog Terlampau Top Rank Alexa 113
Kena alert kalau ada seminar AE ni. Rugi tak pergi kalau mereka yang berminat tu.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..KakiPing.com: Laman Agregator Untuk Blogger Malaysia
AE selalu buat semiar. follow la blog dan fb dia. den sekarang tunggu seminar seorang financial expert untuk DIY Financial 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
sangat murah kan bro. untuk ilmu yang dikongsikan, harga tu tak seberapa 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
ya betul tu, harap makin hari makin ramai yang masuk invest. tips, jangan beli kereta dulu. tinggi komitment tu 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
tengok dari usaha berterusan DH, inshaAllah beliau akan sampai ke tahap yang di ingini
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
“Mungkin anda tidak minat kerana tidak cukup ilmu kerana apa yang anda minat belum tentu boleh ditukar menjadi duit.”
suatu ayat yang nik rasa memang betul. Apa yang kita minat belum tentu dapat di tukar dengan wang ringgit tanpa ilmu .
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 23: Kerjaya Lain Yang Nik Impikan
Sebenarnya ada caranya jika kita bijak mengolah minat kita menjadi mesin duit..tapi memang kena ada ilmu juga..
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
Comments are closed.