Amar Iman Development peneraju projek hartanah di Utara
Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, jutaan terima kasih kepada Amar Iman Sdn Bhd kerana sudi menjadi salah satu penaja utama Cabaran iPhone 5s yang menjadi idaman semua peserta contest. Kepada semua peserta cabaran jangan lupa tambahkan url Amariman.com di dalam senarai penaja sebagai tanda terima kasih kita. Kepada rakan-rakan yang sedang mencari lot tanah di kawasan utara, Amar Iman Development ada jawapannya. Berikut ada serba sedikit review untuk lebih lengkap sila ke website yang disediakan.
Amar Iman Sdn Bhd yang telah ditubuhkan pada 22 Mei 2012 telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965,sebagai sebuah syarikat persendirian.
Pada 15 April 2014, Amar Iman Sdn Bhd telah menukar namanya kepada Amar Iman Development Sdn Bhd, dan bahawa syarikat ini adalah sebuah syarikat persendirian dan sebuah syarikat berhad menurut syer.
Syarikat ini beroperasi di alamat No.34,Tingkat 1,Jalan Todak 2,Seberang Jaya, 13700 Prai,Pulau Pinang.
Amar Iman Development Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang membeli tanah dan menjualnya kembali dalam bentuk pecahan tanah lot. Tanah yang dibeli oleh syarikat akan dinaik taraf dengan pembersihan tapak kawasan tanah, tambun tanah, pembinaan sistem saliran dan perparitan, dan memastikan kemudahan infrastruktur utama termasuk bekalan air, pengedaran dan bekalan kuasa elektrik sampai ke tapak kawasan tanah.
Sebagai satu jenama yang baru dalam industri hartanah, kami hanya beroperasi di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Untuk kemudahan pelanggan, pihak Syarikat menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti:
- Pecah Bahagian Tanah
- Pembinaan Rumah & Bangunan
- Pengurusan Pelukis Pelan Rumah & Bangunan
- Pengurusan Ukur Tanah
- Tambun Tanah
- Pembinaan Sistem Saliran & Perparitan
Kekuatan Amar Iman Development Sdn Bhd
Amar Iman Development Sdn Bhd telah membangunkan satu budaya dalam organisasi, kecekapan, kerja berpasukan, inovasi, tumpuan pelanggan dan kualiti untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan semasa dan masa depan dan akan terus melakukan penambahbaikan dalam kerja yang kami lakukan.
Projek Terkini Amar Iman Development
Antara projek terkini yang sedang dibangunkan oleh pihak Amar Iman Development adalah Projek Lahar Yooi. Anda boleh ke halaman projek di Projek Terkini – Lahar Yooi untuk maklumat lanjut. Berikut adalah lakaran plan tapak projek.
Selain itu terdapat juga projek lain seperti projek Padang Manora. Butiran lanjut di halaman Projek Terkini – Padang Menora..
Sekiranya rakan-rakan yang berminat untuk membuat tempahan atau memerlukan perkhidmatan daripada Amar Iman Development Sdn Bhd, boleh hubungi mereka menggunakan maklumat di bawah:
[box type=”shadow”]
AMAR IMAN DEVELOPMENT SDN BHD(1002873-P)
No. 34, Tingkat 1
Jalan Todak 2, Seberang Jaya
13700 Perai
Pulau Pinang.
T +604 – 397 8828
F +604 – 397 9828
W www.amariman.com
[email protected]
[/box]


