Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang tidak menyesal memenuhi jemputan Jutawan Hartanah, Saudara Faizul Ridzuan hadir ke Konvensyen Hartanah 2014 atau lebih dikenali sebagai Havoc Hartanah 2. Ini kali kedua beliau menjemput aku tetapi kali pertama tak dapat nak sertai kerana jadual sudah penuh dengan program lain. Tertunggu-tunggu juga jemputan dari Blogger Hartanah No 1 Malaysia, Abang Ensem tapi senyap je mungkin kerana gemuruh nak jadi penceramah. Terima kasihlah Faizul Ridzuan yang sentiasa ingat aku walaupun hanya jumpa sekali di Seminar Hartanah di PKNS Biz Points pada tahun 2013.
Tersentuh hati apabila mendengar perkongsian Saudara Wijay yang sudah bersara awal dengan bersunyi-sunyian menetap di Langkawi menikmati kehijauan alam sambil memantau pelaburan hartanahnya. Aku juga ingin menjadi seperti beliau suatu hari nanti bersara awal, fokus kepada kehidupan yang memberi manafaat kepada dunia.
Minat aku kepada pelaburan bermula apabila aku membaca buku berjudul “Jutawan dari Planet Jupiter” kira-kira 22 tahun lepas. Ketika itu aku tak pernah menyangka bahawa suatu hari aku akan bertemu dengan penulis buku tersebut yang aku gambarkan seorang Jutawan yang berjaya. Alhamdulillah kali pertama aku berjumpa dengan Azizi Ali ketika meraikan majlis rumah terbuka Aidilfitri Abang Ensem. Rupanya beliau bukan sahaja Jutawan Pelaburan tetapi juga seorang Juruterbang MAS pesawat Boeing A380. Jadi jangan jadikan pekerjaan sebagai alasan untuk kita tidak berjaya.
Havoc Hartanah 2 telah menemukan aku dengan Azizi Ali kali kedua. Betul kata beliau buku “Jutawan dari Planet Jupiter” dan “Jutawan Hartanah” adalah buku klasik yang telah mengubah minda ramai insan Melayu seperti aku. Teringat kalau 10 tahun dulu setiap kali seminar hartanah boleh dikira dengan jari peserta Melayu tetapi sekarang sudah berubah. Perjuangan Azizi Ali telah melahirkan ramai Jutawan Hartanah Melayu yang telah berdiri bersama-sama menyedarkan anak bangsa.
Untuk berjaya memang kita memerlukan guru untuk kita contohi seperti semua usahawan dan ulama terulung yang mempunyai mentor tersendiri. Kalau nak buat jalan sendiri pun boleh tapi rintangan lebih beronak berduri. Jadi kenapa nak menyusahkan diri contohi sahaja mereka yang sudah berjaya tapi syaratnya kita kena taat pada mentor, tidak boleh ikut rasa hati sendiri.
Terima kasih kepada buku Azizi Ali dan mentor-mentor yang tidak pernah lokek mengajar aku dan anak bangsa untuk menjadi insan yang lebih berjaya. Semuga aku dipilih ALLAH untuk jadi seperti mereka membantu seramai mungkin manusia lain menjadi manusia yang memberi manafaat kepada dunia. Siapa sangka dengan hanya membaca Buku dan Mentor dengan izin ALLAH telah mengubah hati aku untuk menceburi dunia berbagai pelaburan? Anda bila lagi nak berubah … jom sertai seminar begini menimba ilmu untuk melahirkan minat. Mungkin anda tidak minat kerana tidak cukup ilmu kerana apa yang anda minat belum tentu boleh ditukar menjadi duit.
948 Comments
bidang hartanah merupakan lubuk dan potensi untuk menjadi kaya..namun perlukan strategi yang berkesan dan mantap
Saya doakan agar cita-cita Denaihati menjadi kenyataan, apa yang ada sekarang pun dah bantu ramai orang …
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Blog Terlampau Atasi Beautifulnara
DH dah banyak bantu blogger malaysia. semoga apa yg diimpikan menjadi kenyataan
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Perkongsian ringkas tapi mampu membuka minda. Saya pun nak menikmati kehidupan dengan lebih bermakna. Hartanah ni bidang yang mungkin kita tak terfikir nak ceburi, tapi mana tahu akan bertukar kerjaya pula nanti kan? 🙂
Curahan rasa myliferia @ ..Kenapa Detoksifikasi Penting Untuk Kurus?
Saya pun ada juga berjinak dengan ilmu hartanah ni … dah beli buku AbangEnsem tulis, memang baik untuk newbie nak tahu pasal hartanah di Malaysia.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Blog Terlampau Atasi Beautifulnara
zaza pun ada juga buku AE tu…pemberian hadiah rakan fb…hehehe
Curahan rasa zaza zehra @ ..Filem The Maze Runner Yang Mesti Ditonton
buku yang mana satu ye? yang jangan baca buku ini tu ke? dengar dengar akan dikeluar sequel untuk buku itu 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
lepasni baca buku tulisan faizul ridzuan dan ahyat ishak pula 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
tak salah tukar kerjaya. den dari civil tukar ke it, dan harini dalam bidang sales 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
setuju dengan statement psl mentor tu. setiap bisnes yg kita ceburi kena ada mentor
Curahan rasa sohoque @ ..7 Sebab Kenapa Seminar Facebook Marketing Firdauz Azizi Mantap
Itu lah yang sebaiknya..setiap ilmu yang kita peroleh lebih bagus dengan cara berguru..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
Mentor ni bantu kita untuk lebih shortcut nak berjaya. Dia dah guide siap-siap jalan mana perlu ikut, lorong mana perlu hindar, lubang mana perlu dielakkan.
Curahan rasa myliferia @ ..Nasi Lemak Simple Yang Enak
buku dan mentor adalah guru terbaik selain dari pengalaman masa lalu
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Dalam dunia blog Malaysia pun nak berjaya kena ada mentor gak. Mentor yang bagus akan tunjuk jalan sehingga berjaya.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..3 Teknik SEO Asas Ramai Kurang Faham
utk jadi blogger berjaya jugak perlu mentor dan DH memang layak dijadikan guru
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
mana nak dapat buku2 tu yea? dalam lingkungan berapakah harganya? macam tertarik je ni.. heeee
Curahan rasa Tengkubutang @ ..T.SHIRT MOTOR SILK SCREEN
dekat kedai2 buku banyak buku-buku tu. buku-buku tu best selling tu
Curahan rasa sohoque @ ..7 Sebab Kenapa Seminar Facebook Marketing Firdauz Azizi Mantap
Kedai buku ada banyak, jika ada ruangan BEST SELLER, leh cari di situ, in Sha Allah akan jumpa buku-buku hebat untuk dibaca.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..3 Teknik SEO Asas Ramai Kurang Faham
Kalau dah jadi best seller tuh biasanya memang sebab kandungan buku tuh bagus..terlajak laris!
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
Rasanya buku2 tuh dah banyak terdapat di pasaran..cuba jengah kedai2 buku berhampiran pasti ada terjual..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
cuba tengok di MPH atau Popular. buku aziz ali menang antara local best selling
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
saya pun 1st time jumpa azizi ali kat rumah terbuka abang ensem. nak duduk semeja dgn beliau terasa segan. nasib baik sebelum dia balik tu sy sempat selfie ngan dia. sempat jugak tanyakan psl bisnes tone excel
Curahan rasa sohoque @ ..7 Sebab Kenapa Seminar Facebook Marketing Firdauz Azizi Mantap
Perghh untung la dapat duduk semeja dengan orang hebat, kaya dan berjaya …. tu mesti dah tak nak ngaku penah duduk semeja ngan aku tu .. hahahaa
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..3 Teknik SEO Asas Ramai Kurang Faham
hahaha mungkin juga la smapai lepasni taknak dok semeja dengan bro dah 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Dalam pada segan2 pun sempat berselfie juga yer bro Sohoque..untung la kalau dapat duduk semeja dengan orang hebat..lebih untung kalau dapat cedok ilmu dia..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
hehe kan, pada den klu dah sampai selfie, tak segan namanya tu.. hehe 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
untung laa dapat selfie dengan azizi ali.. memang betul akan jadi segan bila duduk semeja dengan orang yang berjaya.. tapi kalau buat rilek je mesti banyak dapat belajar bila sembang dengan orang2 yang berjaya ni.. kebanyakannya tak kedekut ilmu..
Curahan rasa Cetusan Suara @ ..Bisnes Jual Simkad Tone Excel
pernah sekali duduk semeja dengan faizul ridzuan dan saufi karim. bergelak ketawa tengok harith iskander buat lawak 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
pergh, untung sunggh dapat duduk smeja dengan beliau. klu den, macam macam den nak tanya. jeles sungguh 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Menarik untuk di baca artikel buku dan mentor ini . . . ingin baca-baca artikel yang lainya
Buku2 motivasi dan keusahawanan seperti ini memang dah digemari masyarakat malaysia kini..tak hairan lah boleh jadi best seller..
Curahan rasa UpProfits @ ..Fernando Torres dalam radar JDT?
klu pi MPH, banyak yang display buku best sell adalah buku bergenre business dan self help 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Saya yakin mereka yang pakar dan jutawan ni pernah jatuh dulu. Tapi dengan semangat yang kental, mereka berjaya bangun. Kalau ada usaha, sesuatu tu tak akan ada yang mustahil.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 22 : Destinasi Percutian Impian Nik
Cubalah join seminar seminar yang ada kat tempat anda dulu sebagai permulaan. Tak pun beli buku-buku yang Tuan DH sebut tu.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 22 : Destinasi Percutian Impian Nik
Saya tak pernah lagi join seminar2..biasanya akan cuba dapatkan buku motivasi dan keusahawanan dari kedai2 buku berhampiran jer..
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
Ohh tu sudah semestinya. Tuan Denaihati pun pernah jatuh dulu … hoho .. namun, benda yang lepas usah dikenang sngat, tapi boleh dijadikan iktibar utk terus bangkit dan berjaya lebih lagi.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..3 Teknik SEO Asas Ramai Kurang Faham
Nak berjaya kena ikut jejak kejayaan mereka yang dah berjaya..kita patut bersyukur sebab dah semakin ramai mereka yang dah berjaya nih tak lokek berkongsi ilmu dan pengalaman mereka..
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
Jatuh tak semestinya mereka gagal..cuma belum menemui jalan menuju kejayaan..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
hidup umpama roda, tak selamanya di bawah. klu kita cekal, dengan cepat boleh naik atas balik 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
sebab kental la mereka boleh bangun balik. teringat lagu altimet feat dj fuzz dan salam bertajut bangkit. 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Ilmu dari pakar hartanah tu.. kalau ikut cara mereka tak mustahil boleh berjaya juga tu
Curahan rasa zool @ ..Kenapa skuad Harimau Muda masih gagal di Sukan Asia ?
Ye, hanya copy-paste apa yang mereka lakukan, diri mereka ibarat modul …. ikuti langkah yang telah disediakan. Tak mustahil.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..3 Teknik SEO Asas Ramai Kurang Faham
betul, exp dah di kongsi, kita copy paste ke. kerja mudah. dan yang penting takkan kena saman klu copy ;hehe 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Mereka dah membantu mudahkan jalan kita..dah tak perlu lagi kita nak try & error..ikut jer jejak langkah orang yang dah terbukti berjaya..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
yups, melainkan kita nak explore bidang baru, harus la ada try & error. 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Kalau ikut penulis buku Rich Dad Poor Dad, investment dalam bidang hartanah tergolong dalam kuadrant passive income…bermakna money works for us. Inilah idaman setiap yang berjiwa besar dalam perniagaan. Dan untuk berjiwa besar mmg kita perlukan sifu yang baik.
Curahan rasa Hilmi Hasan @ ..Joging di Pagi Ahad… Tips Kuruskan Badan Saya
Kalau dah berjaya dapat pendapatan pasif memang best la..wang bekerja untuk kita..
Curahan rasa UpProfits @ ..Fernando Torres dalam radar JDT?
betul tu, klu mula dengan sikit sikit macam letak duit dalam UT pun dah ok, kira duit bekerja untuk kita sepanjang tahun. 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
ya betul, ini bermakna anda betul betul memahami apa yang robert kiyosaki cuba sampaikan. buku tu antara buku best pernah den baca 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
bidang hartanah merupakan lubuk dan potensi untuk menjadi kaya..namun perlukan strategi yang berkesan dan mantap
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kenapa Tulis Blog Tanpa Fakta?
Memang dah semakin ramai yang mampu jana pendapatan pasif melalui pelaburan hartanah nih tapi kena ada ilmu terlebih dahulu..
ilmu di hujung jari harini bro. surf je internet. nak lebih deep, baca buku 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
setuju. klu tak de strategi umpama bawa satu pasukan tentera serang white house 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Teringin nak belajar juga tentang hartanah ni…
tapi, bila la agaknya berpeluang..
ehehehehe
Curahan rasa mie @ ..Tokyo Tower: The Best City Landmark (Part 1)
Buat permulaan .. belilah buku-buku AbangEnsem .. in Sha Allah, pengisian bagus untuk newbie
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Blog Terlampau Atasi Beautifulnara
ya..beli la dulu buku AE tu…saya pun dh memilikinya ^__^
Curahan rasa zaza zehra @ ..Filem The Maze Runner Yang Mesti Ditonton
Nak berjaya dalam bidang hartanah nih kena berguru dengan mereka yang dah berjaya..kalau rakan2 blogger memang nama AbangEnsem dan Shafie Bustan lah yang direkomenkan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
sorang sifu rumah lelong sorang lagi sifu rumah rumah 2nd hand. masing masing ada latar belakang yang solid
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
peluang sentiasa ada. invest in yourself first. kasi solid minda dengan info. dah ready baru masuk invest in real time 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Belajar bergurucara paling pantas dan selamat untuk belajar sesuatu
Dapat elakkan buat kesilapan dan terbakar tangan
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Tips Memakai Tudung Pengantin Yang Cantik
Belajar melalui buku nih kadang2 tak sama dengan belajar face to face dengan guru..sukar nak tanya soalan jika belajar dengan buku nih..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
takpe la, kena ingat juga. masa face to face to limited, masa dengan buku tu unlimited. jadi kena manage betul betul dua perkara tu 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
betul, tengok macam dalam cerita naruto. ada guru untuk ajar mereka teknik teknik baru 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Hati mesti berani, jiwa kena cekal, perasaan harus tenang agar usaha yang dilakuan untuk mendapatkan status sebagai seorang hartanah yang jutawan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook
kalau nak capai status jutawan dalam apa jua bidang memang kena kerja keras.. kena berani berdepan dengan risiko, kena cekal dan tabah dengan halangan2 yang ada, dan macam2 lagi rintangan yang perlu dilalui.. berjaya hadapi semua tu insyaAllah status jutawan berada dalam tangan..
Curahan rasa Cetusan Suara @ ..Bisnes Jual Simkad Tone Excel
Kalau kita bercita2 nak jadi jutawan..kena lah ikut jejak langkah jutawan..barulah kena mentornya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Kelantan vs JDT Piala Malaysia 2 Sept 2014
yups, ikut jejak jutawan. the path master took you must also took 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Ini akan menarik minat lagi bakal usahawan hartanah untuk aktif menceburi dalam bisnes ini, walaupun ada segelintir daripada mereka tidak berminat. Tak kenal maka tak cinta.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook
Menjadi usahawan hartanah memang menjadi pilihan orang sekarang untuk menjana pendapatan pasif..tapi apa pun kena ada ilmu terlebih dahulu..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
Comments are closed.