Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang tidak menyesal memenuhi jemputan Jutawan Hartanah, Saudara Faizul Ridzuan hadir ke Konvensyen Hartanah 2014 atau lebih dikenali sebagai Havoc Hartanah 2. Ini kali kedua beliau menjemput aku tetapi kali pertama tak dapat nak sertai kerana jadual sudah penuh dengan program lain. Tertunggu-tunggu juga jemputan dari Blogger Hartanah No 1 Malaysia, Abang Ensem tapi senyap je mungkin kerana gemuruh nak jadi penceramah. Terima kasihlah Faizul Ridzuan yang sentiasa ingat aku walaupun hanya jumpa sekali di Seminar Hartanah di PKNS Biz Points pada tahun 2013.
Tersentuh hati apabila mendengar perkongsian Saudara Wijay yang sudah bersara awal dengan bersunyi-sunyian menetap di Langkawi menikmati kehijauan alam sambil memantau pelaburan hartanahnya. Aku juga ingin menjadi seperti beliau suatu hari nanti bersara awal, fokus kepada kehidupan yang memberi manafaat kepada dunia.
Minat aku kepada pelaburan bermula apabila aku membaca buku berjudul “Jutawan dari Planet Jupiter” kira-kira 22 tahun lepas. Ketika itu aku tak pernah menyangka bahawa suatu hari aku akan bertemu dengan penulis buku tersebut yang aku gambarkan seorang Jutawan yang berjaya. Alhamdulillah kali pertama aku berjumpa dengan Azizi Ali ketika meraikan majlis rumah terbuka Aidilfitri Abang Ensem. Rupanya beliau bukan sahaja Jutawan Pelaburan tetapi juga seorang Juruterbang MAS pesawat Boeing A380. Jadi jangan jadikan pekerjaan sebagai alasan untuk kita tidak berjaya.
Havoc Hartanah 2 telah menemukan aku dengan Azizi Ali kali kedua. Betul kata beliau buku “Jutawan dari Planet Jupiter” dan “Jutawan Hartanah” adalah buku klasik yang telah mengubah minda ramai insan Melayu seperti aku. Teringat kalau 10 tahun dulu setiap kali seminar hartanah boleh dikira dengan jari peserta Melayu tetapi sekarang sudah berubah. Perjuangan Azizi Ali telah melahirkan ramai Jutawan Hartanah Melayu yang telah berdiri bersama-sama menyedarkan anak bangsa.
Untuk berjaya memang kita memerlukan guru untuk kita contohi seperti semua usahawan dan ulama terulung yang mempunyai mentor tersendiri. Kalau nak buat jalan sendiri pun boleh tapi rintangan lebih beronak berduri. Jadi kenapa nak menyusahkan diri contohi sahaja mereka yang sudah berjaya tapi syaratnya kita kena taat pada mentor, tidak boleh ikut rasa hati sendiri.
Terima kasih kepada buku Azizi Ali dan mentor-mentor yang tidak pernah lokek mengajar aku dan anak bangsa untuk menjadi insan yang lebih berjaya. Semuga aku dipilih ALLAH untuk jadi seperti mereka membantu seramai mungkin manusia lain menjadi manusia yang memberi manafaat kepada dunia. Siapa sangka dengan hanya membaca Buku dan Mentor dengan izin ALLAH telah mengubah hati aku untuk menceburi dunia berbagai pelaburan? Anda bila lagi nak berubah … jom sertai seminar begini menimba ilmu untuk melahirkan minat. Mungkin anda tidak minat kerana tidak cukup ilmu kerana apa yang anda minat belum tentu boleh ditukar menjadi duit.
948 Comments
Bagusnya ada pihak sudi memberikan ilmu mereka dan berkongsi tips yang berguna dalam pelaburan hartanah. Semoga semua peserta mendapat manfaat.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Semoga seminar ini memberi banyak manfaat kepada peserta yang hadir. Program ilmu begini amat bermakna dan boleh meningkatkan semangat unutk terus berusaha akar suatu hari nanti boleh jadi jutawan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook
bidang yang punya masa depan , dimana ada kemahuan disitu ada jalan
Curahan rasa kizmyself @ ..Lima Tiga
Bidang hartanah masih ramai orang Melayu yang tidak ceburinya. Mungkin mereka ingat kena ada modal yang besar baru boleh jadi usahawan hartanah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook
bidang hartanah ni memang punyai masa depan cerah.. tapi tak ramai yang tahu teknik khas dalam pelaburan hartanah.. bila dengar hartanah je orang akan fikir perlu ada modal yang besar..
Curahan rasa Cetusan Suara @ ..Bisnes Jual Simkad Tone Excel
alangkah bertuah dan beruntung menjadi lelaki yang hensem dan hebat pula memberi ceramah..semoga AE semakin sukses dalam mendepani kehidupannya seharian!
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kisah Hero Yang Tak Dilagukan
takde sape boleh lawan kehenseman abang ensem.. tambah menarik bila AE bercakap tentang hartanah yang memang kepakaran dia..
Curahan rasa Cetusan Suara @ ..Bisnes Jual Simkad Tone Excel
Pengalaman bertahun tahun mematang seseorang. Siapa pu kita hari ini berkat hasil ibu bapa dan guru mendidik kita
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Jubah Menyusu Muslimah Untuk Breastfeeding Dan Nursing
Jika disebut tentang Jutawan Azizi Ali ..saya cukup terkesan dengan bulku tulisan beliau yang berjudul ”Lahirnya Seorang Jutawan” ………. Buku yang cukup memotivasikan hidup saya …
Curahan rasa Akif Imtiyaz @ ..❤ Maksud Rezeki Yang Berkat ❤
saya juga turut meminati hasil tulisan Azizi Ali..memang terbaik dengan curahan ilham dan idea yang bernas dalam pengurusan wang
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kisah Hero Yang Tak Dilagukan
Walaupun saya tidak pernah membaca buku karya Azizi Ali tapi jika diperhati kepada kesungguhan beliau patut dibanggakan. Setidak-tidaknya kita boleh buat beliau seorang model atau contoh agar ,mengikut jejak langkah dia.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook
Semoga impian Tuan DN untuk membantu seramai mungkin anak bangsa agar dapat memberi manfaat kpd dunia akan terlaksana satu masa nanti ..All The Best tuan DN..
Curahan rasa Akif Imtiyaz @ ..❤ Giveaway 2014 Mialiana.com ❤
saya juga turut mendoakan kejayaan beliau…memberi manfaat kepada dunia.Saya menjangkakan beliau akan menjadi penulis buku sebagai mana menjadi penulis blog..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kisah Hero Yang Tak Dilagukan
Murni hasrat Tuan DH,apalagi yang boleh di katakan lagi melainkan doa yang dapat di panjat kan buat insan berhati mulia seperti DH semoga di rahmati,di berkati,Di murahkan rezekinya,di kayakan dengan kesihatan yang baik dan semoga berjaya dunia dan akhirat,Artikel tentang jutawan Azizi ali ini menjadi semangat buat kita untuk gapai kejayaan seperti nya.
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Apa Yang Anda Perlu Tahu Ketika Berada Di Dalam Pesawat
Ilmu hartanah memag wajar dipelajari. Memang satu pelaburan yang menguntungkan dengan ilmu yang betul
Curahan rasa Hasnul Mutawif @ ..Pakej Umrah 2015 Hilton Memang Tak Patut.
Zaman sekarang ramai betul anak melayu yang menceburkan diri dalam bidang hartanah ..Semoga lepas ni lebih ramai lagi anak melayu kita yang akan meningkat naik dalam bidang ini ..
Curahan rasa Akif Imtiyaz @ ..❤ Kami Ke Tasik Kenyir .. ❤
kalau dulu kita tengok ramai bangsa cina je yang ceburi bidang hartanah ni.. sekarang alhamdulillah bangsa melayu kita dah ramai ‘bangun dari tidur’ dan sudah mula menceburi bidang pelaburan hartanah.. bangga jugak dapat tengok bangsa sendiri berjaya..
Curahan rasa Cetusan Suara @ ..Bisnes Jual Simkad Tone Excel
Tahniah kepada kaum melayu yang sudah ramai menceburi bidang hartanah yang menguntungkan ni. Tahniah untuk mentor mentor yang tak lokek ilmu hartanah. Nampaknya Abang ensem yang semakin ensem ni banyak dijemput dalam seminar hartanah ni. Tahniah tahniah
Curahan rasa Azhafizah @ ..Giveaway 2014 Mialiana.com
hehe abang ensem tu dah di kira otai,.hebat2 belaka ya mereka semua,kagum dengan Jutawan Azizi Ali ini dan AE juga,ckp pasal AE ni kan suka lah dgn posting dia di fb,melawak dan bersahaja je hehe
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Buah Kering Membantu Menurunkan Berat Badan
Melabur dalam bidang hartanah memerlukan ilmu hartanah untuk menjadi jutawan seperti contoh yang disebutkan. Ilmu hartanah seperti mengadakan motivasi begini sangat membantu mereka yang berminat atau ingin tahu lebih lagi dalam bidang hartanah ni.
Curahan rasa Azhafizah @ ..Giveaway 2014 Mialiana.com
nak melabur dalam bidang hartanah kena ada guru yang mengajar.. tak boleh buat pandai2 sendiri.. dengan adanya seminar hartanah macam yang banyak dibuat sekarang ni adalah sangat bagus sebab ramai boleh datang belajar macam mana nak melabur dalam hartanah dengan cara yang betul..
Curahan rasa Cetusan Suara @ ..Bisnes Jual Simkad Tone Excel
Bagus bila tengok ramai anak bangsa sudah mula menunjuk minat dalam hartanah… kalau sebelum boleh kira berapa kerat saja yang pergi seminar macam nie..
Curahan rasa fazrol @ ..Apa ada dengan Kelab Blogger Ben Ashaari!
Rasa bangga saya pada yang berjaya menjadi usahawan hartanah. Abang Ensem, Azizi Ali, Faizul Ridzuan dan ramai lagi yang sudah berjaya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook
sekarang dah semakin ramai bangsa melayu kita ceburi bidang hartanah.. terima kasih banyak2 kepada otai2 hartanah yang sudi berkongsi ilmu melalui seminar2 yang dianjurkan..
Curahan rasa Cetusan Suara @ ..Bisnes Jual Simkad Tone Excel
Fuyooo…
Berguru melalui sifu berbeza berguru melalui buku.. Betul tak?
Curahan rasa fazrol @ ..Apa ada dengan Kelab Blogger Ben Ashaari!
betul.. banyak beza dia.. berguru dengan buku biasanya tak berapa bagus.. buku kita boleh baca je dan cuba praktik.. bila tersalah buat, buku tak boleh tegur kesilapan kita.. sebab tu perlukan guru untuk ajar kita, bagi panduan yang betul dan boleh beri teguran bila kita ada tersilap langkah..
Curahan rasa Cetusan Suara @ ..Bisnes Jual Simkad Tone Excel
Hartanah ni sentiasa naik harganya, malah boleh naik 50% daripada harga asal dengan amat senang, dalam tempoh 5 -10 tahun sahaja. Kadangkala lebih cepat daripada itu. Memang untung pelaburan hartanah ni. Mungkin lebih lumayan daripada pelaburan emas
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Ilmu hartanah ni lebih kepada cara memanipulasi pembelian dna jualan hartanah.
Tapi kena pandai uruskan wang, supaya kelak tak adalah sampai kita rasa terbeban kerana terlalu banyak hartanah yang dibeli. Duit kena ada dulu. Hehe
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
proses mengadakan duit mengambil masa ..bila dah ada (cukup banyak) maka lebih mudah untuk merancang dan melaksanakannya
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kisah Hero Yang Tak Dilagukan
Wah, ilmu hartanah ni macam sangat luas. Nanti jika ada masa dan peluang, nak juga pergi menuntut ilmu. Sebabnya kita masih jahil. Huhu
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Allhamdulillah… alangkah beruntungnya dapat menimba ilmu dengan mentor yang sangat berpengalaman…. tak rugi apa kalu pergi kan. lagi-lagi bidang hartanah di negara kita semakin up dan takkan turunnya…
Curahan rasa putributterfly punyablog @ ..Terima kasih : JOM JOIN BLOGLIST SAYA
sangat menguntungkan join dalam seminar hartanah ni kalau kita berminat kalau tak berminat pun boleh dengar sekali mungkin akan datang jika nak melabur kita dah tahu caranya
Curahan rasa Azhafizah @ ..Giveaway 2014 Mialiana.com
sangat hebat sekali
apakah buku’ya telah hadir di indonesia
sangat mengesankan Motopator muda asal malaysia..
salam kenal
Curahan rasa doni @ ..Gejala Reumatik Yang Tidak Disangka-Sangka
Comments are closed.