Budget Malaysia 2012 cadangan Blogger @Najibrazak

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Oktober ada bulan budget. PM DS Najib Razak akan membentangkan Budget Malaysia 2012 di Parlimen pada 7 Oktober 2011 untuk dibahaskan dan disahkan oleh Parlimen sebelum digunakan untuk perbelanjaan negara pada tahun 2012. Sudah menjadi amalan Kerajaan untuk mendapat pandangan daripada Rakyat, NGO, Persatuan-Persatuan, Pemimipin Politik dan Bukan Politik sebelum mengubal budget supaya mencapai matlamat yang ditetapkan.

Ucapan tahniah kepada DS Najib Razak yang berani membawa Malaysia HIJRAH dari budaya kerja lama kepada budaya kerja baru. Pasti Budget Malaysia 2012 akan menyemarakan lagi semangat HIJRAH atau TRANSFORMASI yang telah bermula semenjak DS Najib Razak mengambil alih tampuk kepimpinan Malaysia. Bila HIJRAH ini pasti ramai yang menentang terutama mereka yang susah nak berubah. Transformasi Malaysia ini bukan tugas mudah perlukan mujahadah untuk mengubah sikap dan pemikiran yang lama kepada yang baru.

Aku seorang Blogger juga ingin terlibat dalam Budget Malaysia 2012. Untuk Budget Malaysia 2011 aku telah memberi cadangan “Meningkatkan Gaji Minimum” untuk mengurangkan pergantugan kepada pekerja asing. Untuk Budget 2012 aku ingin mencadangkan kepada DS Najib Razak supaya memberi rebat cukai pendapatan untuk Ibadah Haji dan Umrah yang pertama sebagimana Kerajaan telah memberi rebat untuk pembelian komputer dan kos rawatan ibubapa. Insentif rebat cukai pendapatan untuk Ibadah Haji dan Umrah pasti akan memberi motivasi kepada lebih ramai umat Islam untuk mengerjakan Rukun Islam yang ke lima. Bagus juga kalau Kerajaan dapat memberi rebat cukai pendapatan untuk Ibadah Umrah yang pertama. Insentif rebat Haji dan Umrah juga pasti akan meningkatkan ekonomi bumiputera kerana majoriti agensi travel Haji dan Umrah adalah syarikat Bumiputera.

Kepada Rakan Blogger yang ada cadangan untuk Budget Malaysia 2012 sila kongsikan diruangan komen kerana insyallah entri ini akan dibaca kalau tidak DS Najib Razak pasti pegawai media beliau. Manalah tahun Budget Malaysia 2012 cadangan Blogger akan dipandang dan didengar oleh DS Najib Razak yang sangat terbuka dan menghargai Rakan Blogger. DS Najib Razak juga kan seorang Blogger.

Sila baca ringkasan cadangan budget 2012 oleh Blogger Malaysia @ Budget 2012 Malaysia untuk perhatian DS Najib Razak.

Boleh juga ikuti live Budget Malaysia 2012 @ Twitter dengan hashtag #bajet2012


Spread the love

123 Comments

  1. kopi
    “DS Najib Razak juga kan seorang Blogger.” tau ngga alamat URL nya blog DS Najib Razak ? saya mau comment

    manakutau hehehe…mungkin di blogspot atau wordpress

  2. cadangan mama, rebat untuk anak di bawah tanggungan ditingkatkan daripada satu ribu kepada 3 ribu, selaras dengan dasar kerajaan mahu meningkatkan mutu modal insan memandangkan kos penjagaan, kos rawatan, kos makan pakai, kos persekolahan semakin meningkat. Selain itu, tolonglah naikkan gaji kakitangan awam selaras dengan kenaikan kos hidup dan meningkatkan martabat kakitangan awam Malaysia.
    Curahan rasa aimaniman @ ..Kemeriahan Norman dan Memey yang MendebarkanMy Profile

  3. Terserah pd PM, dia lebih arif tentang bajet utk negara. Dia ada byk org yang pakar
    dlm bidang berkenaan utk diteliti, diperhalusi dan dibincangkan sebelum bajet belanjawan dibentangkan. Tetapi :
    >Disarankan agar turunkan harga minyak (petrol & masak) utk dinikmati drpd hasil negara perut bumi negara kita sendiri Malaysia.
    >Beri bonus dlm bentuk saham amanah (ASB) kepada semua rakyat yg miskin utk dinikmati sebagai tanda peningkatan ekonomi negara.
    >Teruskan bantu pelajar miskin,( KWAPM, BIASISWA, TUISYEN PERCUMA,SKIM MAKANAN TAMBAHAN, YURAN PRASEKOLAH SWASTA DLL )

    1. salam…nak komen skit pasal harga minyak….

      saya yakin harga minyak (terutamanya petroleum) mungkin susah banyak nak turun…naik lagi ada…

      untuk pengetahuan saudara…. minyak petroleum yang keluar dari perut bumi malaysia ini mempunyai kualiti antara yang terbaik di dunia kerana kandungan sulfurnya yang rendah.

      Selalunya dalam perdagangan minyak nih…petronas akan jual minyak negara kepada negara2 lain dengan harga yang tinggi…kemudian kita akan beli semula minyak dari negara2 lain dengan harga yang rendah…

      Pada pendapat saya…klu kita hendak mengharapkan kerajaan memberi subsidi kepada rakyat untuk menyerap kenaikan harga minyak…hmm…saya rasa sampai bila kerajaan akan mampu nak tanggung semua tuh….????..lagipun minyak merupakan sumber tenaga yang lambat laun akan habis juga…..

      bagi saya…selain pendidikan… ada baiknya jika budget 2012 ini memberi penekanan yang amat tinggi kepada PENYELIDIKAN UNTUK MENGHASILKAN TEKNOLOGI YANG MENGGUNAKAN SUMBER TENAGA BARU YANG LEBIH MENJIMATKAN….MESRA ALAM SERTA TIDAK AKAN HABIS UNTUK JANGKA WAKTU YANG LAMA…(100 thn…200 thn…1000 thn…atau mungkin sampai kiamat)

      contohnya kita boleh minta pakar-pakar (profesor-profesor) kita untuk buat penyelidikan menghasilkan teknologi (umpamanya kenderaan dan rumah) yang boleh menggunakan matahari sebagai sumber tenaga (solar energy)…teknologi nuklear…teknologi menghasilkan hidrogren untuk sumber tenaga dan banyak lagi sumber yang kita rasa DIPERLUKAN…MENJIMATKAN DAN SELAMAT DIGUNA….

      dapat tak kita bayangkan industri2 terutamanya pembuatan dan perkilangan di malaysia di masa depan digerakkan dengan menggunakan tenaga mesra alam seperti ini..???…Jimat dan mesra alam…!!!! AWESOME…!!
      Curahan rasa Zainal @ ..The Ethical Issues In E-CommerceMy Profile

  4. mantapkan lagi mekanisma kawalan kenaikan harga barang terutama makanan. dengar khabar gaji akan naik dan kemungkinan itu juga barangan pengguna akan naik juga… seolah-olah tiada makna pula.

    lagi satu mantapkan sistem pengurusan integriti negara…

    itu saja terima kasih.
    Curahan rasa yangbaik @ ..Peraduan kecil untuk semuaMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!