Budget Malaysia 2012 cadangan Blogger @Najibrazak

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Oktober ada bulan budget. PM DS Najib Razak akan membentangkan Budget Malaysia 2012 di Parlimen pada 7 Oktober 2011 untuk dibahaskan dan disahkan oleh Parlimen sebelum digunakan untuk perbelanjaan negara pada tahun 2012. Sudah menjadi amalan Kerajaan untuk mendapat pandangan daripada Rakyat, NGO, Persatuan-Persatuan, Pemimipin Politik dan Bukan Politik sebelum mengubal budget supaya mencapai matlamat yang ditetapkan.

Ucapan tahniah kepada DS Najib Razak yang berani membawa Malaysia HIJRAH dari budaya kerja lama kepada budaya kerja baru. Pasti Budget Malaysia 2012 akan menyemarakan lagi semangat HIJRAH atau TRANSFORMASI yang telah bermula semenjak DS Najib Razak mengambil alih tampuk kepimpinan Malaysia. Bila HIJRAH ini pasti ramai yang menentang terutama mereka yang susah nak berubah. Transformasi Malaysia ini bukan tugas mudah perlukan mujahadah untuk mengubah sikap dan pemikiran yang lama kepada yang baru.

Aku seorang Blogger juga ingin terlibat dalam Budget Malaysia 2012. Untuk Budget Malaysia 2011 aku telah memberi cadangan “Meningkatkan Gaji Minimum” untuk mengurangkan pergantugan kepada pekerja asing. Untuk Budget 2012 aku ingin mencadangkan kepada DS Najib Razak supaya memberi rebat cukai pendapatan untuk Ibadah Haji dan Umrah yang pertama sebagimana Kerajaan telah memberi rebat untuk pembelian komputer dan kos rawatan ibubapa. Insentif rebat cukai pendapatan untuk Ibadah Haji dan Umrah pasti akan memberi motivasi kepada lebih ramai umat Islam untuk mengerjakan Rukun Islam yang ke lima. Bagus juga kalau Kerajaan dapat memberi rebat cukai pendapatan untuk Ibadah Umrah yang pertama. Insentif rebat Haji dan Umrah juga pasti akan meningkatkan ekonomi bumiputera kerana majoriti agensi travel Haji dan Umrah adalah syarikat Bumiputera.

Kepada Rakan Blogger yang ada cadangan untuk Budget Malaysia 2012 sila kongsikan diruangan komen kerana insyallah entri ini akan dibaca kalau tidak DS Najib Razak pasti pegawai media beliau. Manalah tahun Budget Malaysia 2012 cadangan Blogger akan dipandang dan didengar oleh DS Najib Razak yang sangat terbuka dan menghargai Rakan Blogger. DS Najib Razak juga kan seorang Blogger.

Sila baca ringkasan cadangan budget 2012 oleh Blogger Malaysia @ Budget 2012 Malaysia untuk perhatian DS Najib Razak.

Boleh juga ikuti live Budget Malaysia 2012 @ Twitter dengan hashtag #bajet2012


Spread the love

123 Comments

  1. nak suruh pm tolong orang yg susah dan tidak berkemampuan..bukan tolong orang yg dah senang dan berkemampuan..tapi semua bajet negara entah pergi ke mana..tolong orang yang memerlukan..sama dengan motto..rakyat didahulukan pencapaian diutamakan..
    Curahan rasa paihujey @ ..adakah normal lelaki yang jiwangMy Profile

    1. Perniaga pun kena tolong sebab diaorang ni yang akan sediakan peluang pekerjaan kepada orang susah. Kalau tolong orang susah ibarat beri ikan berapa banyak yg boleh ditolong. Yang penting rakyat nak kan pekerjaan untuk terus hidup. Bajet 2012 mesti boleh gerakan ekonomi untuk beri peluang pekerjaan kepada seramai yg boleh.
      Curahan rasa denaihati @ ..Jailbreak iPad 2 dan iPhone 4 versi 4.3.3My Profile

  2. bajet untuk pelajar ipta tempatan.kesian tgk rakan2 terpaksa kerja part time utk tampung duit ptptn… ptptn tu dah la pinjaman…

  3. Saya berharap jika ada kenaikan gaji kepada sektor awam, perkara ini tidak akan menyebabkan kenaikan harga barang. Apa yang saya lihat, jika ada pengumuman bonus atau kenaikan gaji kepada sektor awam, pihak peniaga melihat ini satu faktor untuk menaikkan harga barang.

    Walhal, jika pemberian bonus kepada pihak swasta (hingga 14 bulan) tiada apa yang berlaku pula. Saya bukan menyokong kenaikan harga barang, tapi saya melihat satu trend yang tidak sihat apabila sebarang berita gembira diumumkan kepada sektor awam.

    Impaknya terlalu besar kepada rakyat Malaysia. 🙁
    Curahan rasa Firdaus Latib @ ..Jenama dan Autoriti – Persamaan dan Kelebihannya Dalam Dunia BloggingMy Profile

    1. salam…

      kerajaan perlu buat kawalan dan pemantauan terhadap orang2 tengah yang banyak menyusahkan rakyat dengan memanipulasi harga barang di pasaran…

      selain itu…dalam masa yang sama kerajaan juga harus mencari jalan mewujudkan peluang supaya bumiputera terutamanya orang Islam menjadi masyarakt pengeluar dan mampu menggantikan peranan orang tengah yang sedia ada sekarang nih kat malaysia….bukan sekadar pembeli sahaja….

      lagi satu…bila kerajaan dah bagi peluang…kita sebagai rakyat haruslah mempergunakan peluang tersebut sebaik mungkin untuk membantu kerajaan menggerakkan ekonomi dan seterusnya meninggikan lagi taraf ekonomi orang melayu islam khususnya…

      so..moralnya…bila kerajaan dah tolong dengan bagi bantuan kewangan untuk mulakan perniagaan gunakan duit tuh dengan cara yang betul dan berhemah…

      nih kekadang bila kerajaan bagi duit buat meniaga..ada yang pi tukaq sport rim kreta…dok pi kaler rambut…pi beli iPHONE 4…

      apa ka punya bangang spesis manusia camtuh…
      Curahan rasa Zainal @ ..How To Display Blogger NavbarMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!