Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, beza orang yang berjaya dengan yang tidak berjaya sangat jelas. Orang berjaya sentiasa berfikiran positif dan melihat budget 2013 sebagai peluang manakala orang tidak berjaya akan terus mencari kesalahan. Orang politik pembangkang pastilah akan terus membangkang dan politik menyokong akan terus menyokong. Kita pula mesti pandai mencari peluang.
Banyak insentif budget 2013 yang menarik untuk kita ambil kesempatan. Paling baik kalau kita dapatkan laporan budget 2013 dan baca secara detail bahagian-bahagian yang boleh memberi faedah secara maksima mengikut aliran minat kita. Tapi berapa ramai Orang Melayu yang akan mengambil laporan budget 2013 dan selebihnya akan komplen sana komplen sini melebihi pakar ekonomi hebat.
Ada yang tanya apa yang Blogger dapat daripada budget 2013 .. macam tak de sahaja.
Budget 2013 memang banyak yang menarik untuk Rakan Blogger samada secara direct atau indirect. Antaranya
1. Bonus untuk Penjawat Awam sebanyak satu bulan setengah yang dibayar 3 kali Aidilfitri 2012, Disember 2012 dan Januari 2013.
2. BR1M 2.0 RM500 untuk ketua isirumah yang berpendapatan kurang RM3,000 dan RM250 untuk individu bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan kurang RM2,000. Cara tuntutan BR1M 2.0 masih sama dengan BR1M.
3. Bantuan persekolahan RM100 seorang untuk anak-anak yang bersekolah.
4. Boucar buku RM250 untuk Pelajar Pengajian Tinggi dinaikan RM50 berbanding dengan budget 2012.
5. Rebet hutang PTPTN diskaun sebanyak 20% dan 10% untuk pembayar yang membayar secara konsisten.
6. Diskaun 50% tambang komuter untuk yang berpendapatan kurang RM3,000.
7. Kelayakan pembayar cukai dikurangkan 1 mata dan ini akan mengeluarkan ramai daripada kelayakan pembayar cukai pendapatan. Ini secara tak lansung akan meningkatkan jumlah pendapatan yang diperolehi.
8. Kelayakan Skim Rumah Pertama dinaikan kepada RM5,000 dan syarat simpanan 3 bulan dan bekerja enam bulan dihapuskan.
9. Pembinaan 123,000 rumah mampu milik kepada yang layak.
10. Insentif RM1000 untuk usahawan online wanita.
11. Geran khas untuk usahawan muda ICT dan Yayasan yang membantu melatih usahawan muda ICT.
12. Rebet RM200 smartphone 3G kepada belia berusia 21 – 30 tahun dengan gaji kurang RM3,000. Ini peluang yang baik kepada belia memaksimakan penggunaan smartphone untuk menghasilkan pendapatan sampingan seperti monitor saham BSKL, live blogging, monitor harga emas dan perak, monitor bisnis online dan sebagainya. Rugi sangat akau tak dapat insentif ini.
Banyak lagi insentif daripada budget 2013 cuma ingat semuanya tidak akan datang bergolek depan pintu mesti ada usaha untuk mendapatkannya. Kepada yang mengeloh barang mahal perlu rajin pergi membeli belah di Kedai 1 Malaysia. Kepada yang nak mendapat rawatan yang murah kenalah mendapat rawatan murah di Klinik 1 Malaysia.
Paling aku suka pengurangan subsidi gula sebanyak 20 sen. Aku yang dah bertahun-tahun lebih suka minum black tea dan black coffee memang tak terkesan dengan pengurangan subsidi ini. Lagi pun kadar penyakit Diabetis di Malaysia semakin meningkat pasti Dr. Fatin Liyana menyokong pengurangan subsidi gula untuk kesihatan.
Aku sebagai seorang usahawan kecilan yang minat dalam bidang pelaburan, budget 2013 memang menarik kerana Kerajaan banyak fokus dalam industri sekuriti. Pasti semakin banyak peluang IPO yang berkualiti untuk tahun 2013 seperti penyenaraian IPO Felda, IHH dan Astro untuk tahun 2012. Cuma aku dan Blogger ini dan Blogger ini kena merancang semula bisnis property setelah tax 15% dan 10% dikekalkan untuk pelupusan property sebelum 5 tahun.
Secara keseluruhan sebagai Blogger apa yang diharapkan adalah Malaysia yang aman damai dan ekonomi yang terus meningkat hasilnya pasti Rakan Blogger akan semakin banyak menerima tempahan iklan daripada syarikat.
Seperti entri sebelum ini jangan sangat mengharap insentif yang lebih penting kita mencipta pendapatan sampingan untuk menampung kadar kehidupan yang semakin meningkat. Paling penting JANGAN hidup lebih daripada kemampuan.
144 Comments
RM250 …wah..menarik…^^akan ku tunggu…
Curahan rasa Budak Nakal @ ..Template Hot! Mesra SEO Thesis For Blogger
memang bagus berusaha tapi sementara ini jadi pegawai pemerintah saja dulu
Curahan rasa smp3lembang @ ..Forum Gemscool
Assalam saudara Denai Hati. Mmg betul pendapat saudara yg kita mesti pandai ambil peluang. kalau ikut secara langsung sy cuma dpt faedah no. 3 shj tapi boleh juga no. 10 kalau sy buat online business (skrg ni belum ada).
Next year mesti ada bajet untuk blogger memandangkan dan ramai blogger masuk TV haha
Curahan rasa Bean Moreno @ ..Bajet 2013 Adakah Ramai Yang Kecewa?
makasih tips ,sangat berguna sekali….. jagan lupa mampir dulu kesini….. Dari BLOGGER BAWAH TANAH
BLOGGER DARI KAMPUNG MAU BELAJAR….xixixii
Curahan rasa andri priana @ ..FORTUNER SUV TERBAIK
Pengen juga bisa buat budget seperti bapak sehingga nanti tahun depan bisa lebih teratur
Best nye boleh dapat rebet dengan n RM250 …
Curahan rasa Razlan @ ..Contoh Resume Pegawai Khidmat Pelanggan
budget nya lumayan besar juga ya….
Curahan rasa ade sunandar @ ..Agen Herbalife Tasikmalaya
mantap sekali budgetnya
Curahan rasa cara diet sehat @ ..Bahaya Minuman Soft Drink
saya TAHU…. KL BAHAYA MINUM SOFT DRINK
Curahan rasa andri priana @ ..FORTUNER SUV TERBAIK
Untuk menambah pendapatkan mungkin monetize blog bisa dilakukan dengan kerja keras dan sabar.
Salam hangat dari Surabaya
Curahan rasa Abdul Cholik @ ..Pentingnya Ucapan Terima Kasih
monetize blog memang menjanjikan kalau kita mau tekuni
Curahan rasa smp3lembang @ ..Forum Gemscool
Belanja jangan melebihi uang pendapatan ya agar tidak susah hidupnya.
Salam hangat dari Surabaya
Curahan rasa Pakde Cholik @ ..Marisa
Seperti pepatah berkata : “Besar pasak daripada tiang”, betul PakDhe?
Curahan rasa Dadan @ ..Hujan Bintang Akan Melanda Indonesia
biasa la…lepas saja pembentangan bajet mmg sana sini la org komen itu ini..apa yg patut dan tak patut…dan apa yg bagus dan tak bagus…cuba la klu orang2 tu yg dudk membentang dekat tempat PM tu..ha…apakah kejadiannya?
byk faedahnya kpd yg pandai berfikir …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Svalaya
yaaa..setuju dan sangat bersyukur dengan perkembangan ini ..dan juga saya masih tak layak mendapat insentif 3g tu semua
Curahan rasa syaifuddin alias @ ..Dapur Tanpa Sempadan – Mat Gebu Follow Aku
Comments are closed.