Bounce Rate 64.55%. Blog anda?

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pernahkah teman-teman blogger kisah dengan bounce rate blog anda atau mungkin ini kali pertama mendengar keywords “bounce rate“.  Mengikut Google Analytics maksud bounce rate adalah : Bounce rate is the percentage of single-page visits or visits in which the person left your site from the entrance (landing) page. Use this metric to measure visit quality – a high bounce rate generally indicates that site entrance pages aren’t relevant to your visitors. The more compelling your landing pages, the more visitors will stay on your site and convert. You can minimize bounce rates by tailoring landing pages to each keyword and ad that you run. Landing pages should provide the information and services that were promised in the ad copy. Sengaja aku tidak terjemahkan supaya tidak lari maksud apa itu bounce rate.

Kalau mengikut terjemahan Saudara Steward John melalui komen beliau maksud bounce rate ini adalah : Yang saya pernah terbaca bounce rate ni peratusan pembaca yang datang dekat page kita tanpa menyelak page lain.. stay dekat frontpage jer.. Contoh paling terbaik, aktiviti berblogwalking.. singgah dekat blog orang lain, tinggalkan jejak lepas tu larik pegi tempat lain.

Mengikut pakar Google Analytics, Avinash Kaushik jika bounce rate di bawah 30% adalah yang terbaik tetapi sekiranya melebihi 60% bermakna blog atau website tersebut bermasalah. Ada banyak cara untuk kira mengurangkan bounce rate yang akan dibincangkan dalam entri-entri yang lain. Aku sekarang sedang bereksperimentasi dengan berbagai cara untuk mengurangkan bounce rate blog denaihati.

Masihkah teman-teman ingat entri Plan 100 hari dimana aku berazam untuk mengurangkan bounce rate bawah 50%. Bounce rate yang tertingi pernah direkodkan oleh Google Analytics untuk blog ini adalah 79.31%. Setelah membuat berbagai study dan cuba mempraktikan secara berperingkat hari ini bounce rate blog ini telah menurun ke 64.55%. Banyak kesilapan telah dilakukan dalam usaha mengejar trafik sehingga terlupa untuk menguruskan setiap pelawat yang datang ke blog ini. Alhamdulillah dah nampak ada cahaya cerah tetapi masih jauh dari angka 50%. Mungkin juga contest iPad 2 untuk teman setia akan dapat sedikit sebanyak membantu mengurangkan bounce rate blog ini.

Sumber dari Google Analytic

Kenapa aku kisah dengan bounce rate kerana bounce rate ini akan memberi gambaran sejauh mana berkualitinya blog di sisi masyarakat online. Jika lebih 70% pelawat yang singgah sebentar dan terus berlalu ini bermakna apa yang aku tulis selama ini adalah SAMPAH bukan ILMU. Perubahan yang paling ketara apabila bounce rate blog ini menurun dari 79.31% ke 64.55% adalah bertambahnya pelawat organik daripada 27.44% ke 41.33%. Bayangkan lah kalau blog ini mempunyai 80% trafik organik mesti bestkan macam blog Kakjie. Semuanya perlukan strategi dan kerja kuat … insyallah akan terus berusaha kan bijak pandai ada berkata carilah ilmu hingga ke liang lahat. Maknanya kita tak boleh berpuashati dengan apa yang ada sekarang.

Ada macam-macam cara untuk kurangkan bounce rate .. ada yang nak berkongsi ilmu ke?


Spread the love

156 Comments

  1. Masa install Google Analytics minggu lepas, bouce rate ni la term yang duk menarik perhatian. Beberapa hari sebelum ni lebih 60%, tapi semalam dah berjaya turunkan sikit dengan internal links. Lepas ni, nak cari ilmu lagi untuk maintain bounce rate di tahap yang bagus. Terima kasih atas perkongsian.
    Curahan rasa heliantuse @ ..Belajar Blogging – Meta TagMy Profile

    1. Aku pun sekarang tak gila trafik nak fokus bounce rate insyallah bila bounce rate turun bawah 50% pasti trafik organik akan masuk nanti.

  2. bounce rate aku bawah 60% dah, bukan sekadar di front page sahaja bounce rate ini dikira. link post yang kita promote kat twitter dan facebook nun. sekali org klik tgk tak menarik, mungkin org akan tekan butang pangkah terus. tambah pula kalau post pendek atau gambar sahaja. ada kemampuan nak meningkatkan peratusan bounce rate tu. jangan lupa untuk baca tips mengurangkan bouce rate di:

    Tips SEO Mengurangkan Peratusan Bounce Rate
    Curahan rasa Mohd Isa @ ..Dapatkan Apple iPad 2 Sekarang Juga!My Profile

  3. isshh..apesal mcm blog Kak Jie pula..banyak lagi blog lain yg boleh dicontohkan, cuma mereka tu ‘diam diam ubi’ je.

    Bounce Rate – Feb 1 2011 – Feb 28 2011 ( ketina ini 1:46pm) – 31.98%
    Curahan rasa Kujie @ ..Gambar Pada ProfileMy Profile

      1. sorry2… tersilap pandang td… kekekee… x de negative.. cuma % Change saja yg negative.. adehhh…

        berikut adalah nilai bounce rate 3 blog aku.. 55.56% 78.60% 81.32%

        maybe sbb da lama aku x update… tu yg tinggi… 😛

  4. Assalammualaikum, blog kakyan loading laju so makanya bounce rate memang mencanak kadang, rasa mcm nk slowkan blog plak…ehee

    Bounce Rate bulan nie 64.37% , kena pandai masukkan link yang berkaitan jadi readers lebih banyak masa nak lepak kt blog 🙂

      1. Dari pembacaan bounce rate ni lebih kepada page view makna visitor masuk ke landing page terus keluar balik samada klik iklan, type url lain, klik search engine utk info lain dan sebagainya. Mereka lari ke website lain kerana tak terpikat dgn apa yg dilihat kali pertama dilanding page kita.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!