Bukan mudah untuk bergelar usahawan perniagaan sehingga memiliki empayar sendiri, ada sahaja ‘mata dan hati’ akan berasa dengki dengan kejayaan yang diperolehi.
Itu terjadi kepada ibu usahawan kosmetik dan selebriti, Alif Syukri iaitu Rozita Ibrahim apabila mendedahkan dia telah disihir kerana terdapat enam ekor jin yang dihantar ke dalam badannya.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik, wanita yang lebih mesra dipanggil Bonda itu kelihatan menjerit dan meronta ketika melakukan kaedah perubatan Islam.
Sihir utk bunuh sy secara halus 6 jin dihantar dlm badan sy berusia 175 tahun ( pesakit xleh kontrol diri masa tu wlu zikir dm hati sbb jin tu sakit dn panas akn bersoal jawab dgn mualij)
.
Video full kat you tube sy Rozita ibrahim,
selepas rukyah jin tu akn cakap melalui pesakit dgn mood berbeza2 ..Sy tunjuk diri sy wlu sy boleh ambik ramai testimoni sebenarnya tp xnak buka aib orang
.
Ahad lepas kami Test Mualij , Staf dn sy pun xtahan masa tu staf & sy x bangun sampai hari ni muntah dn kelaur darah.
.
Suami sy merata ubat org sampai dok Australia pun panggil ( suami sy dh x aktif mcm dulu sekadar bantu org saja ..wlupun rukyah dia sangat ramai yg suka)
.
Istilah ganguan frequency negative ialah ganguan makhluk halus menyebabkan
.
Roh sakit > ( sbb kita xjaga amal atau terlebih ketawa, khayal sedih itu x dibolehkan )
.
dan roh disakiti > ( disihir atau dikuasai oleh saka keturunan , makhluk hinggap jin asyik dn sebagainya)
.
2 benda berbeza antara Jasad ( nampak dr segi logik akal ) dn roh ( xnampak logik akal manusia ) ..yg kendali atau drive badan mansia ialah roh sbb tu roh perlukan makanan dn kekuatan..Ada penyakit yg blh dilihat dgn mata kasar dn penyakit yg x blh dilihat dgn mata kasar.. Al Quran menceritakan semua ttg roh dn ubat pd penyakit manusia..Kebesaran Ilmu Allah luas xtercapai dek akal jugak pun..
.
nak cari testimoni utk perubatan islam mmg sy x sampai hati nk tunjuk orng punya, selama ini sgt byk bila suami sy buat rawatan xnak mengaib kan org
.
Ahad lepas sebenarnya adalah menguji mualij dn kebetulan sy dn qistina mmg ada gangguan benda tu kasi kesan pd kami ( bukan lakunan ya)
Jadi, ini adalah salah satu kebesaran Allah bahawa roh kita patut dijaga dgn zikrullah.. bila kita terleka walau sekejap pun.. benda itu akan menghancurkan bdn.. walaupun org itu hafaz Al Quran.. imam besar sekali pun.. tetap diganggu dn disihir..
.
Kalau kita lihat kpd sejarah Rasulullah SAW pun di sihir.. zaman skrg mmg modern.. tapi terlalu ramai org kembali kpd sifat jahiliah.. dengki yg sanggup merosakkan kehidupan org lain.. matikan org pun sanggup sbb x dpt dikesan dek undang2 dn polis ..
Menurut Bonda, dia menegaskan sesi rawatan itu bukan lakonan sebaliknya mahu membuktikan bahawa individu yang menghafal al-Quran juga tetap diganggu dan disihir oleh pihak tertentu.
“Ini adalah salah satu kebesaran Allah bahawa roh kita patut dijaga dengan zikrullah. Bila kita terleka walaupun sekejap, benda itu akan menghancurkan badan,” katanya.
Posting berkenaan membuatkan netizen meremang bulu roma yang rata-rata mencemuh perbuatan terkutuk itu dan mendoakan agar kita semua dilindungi daripada kuasa jahat yang menyeksakan.
Baca juga kisah sihir di :
8 Comments
Semoga kita semua dihindari dari sihir ini insyaallah..org yg hantar tu mmg x fikir pasal dosa ke..
Ini penyakit ain ni. Perkongsian video dan gambar kepada media sosial boleh mengundang hasad dengki dan seterusnya melakukan sihir seperti ini. berhati-hatilah.
Curahan rasa Sani @ ..Wanita Ini Hasilkan RM10,929.00 Dengan Kaedah Percuma Di Facebook!
Tunduk Ifrit kepada Sulaiman,
Kisah tauladan dari Illahi.
Hasad dengki dibibit jangan,
Kelak binasa memakan diri.
Curahan rasa Wan @ ..Buka Akaun SSPN-i online untuk memudahkan permohonan PTPTN?
bila hati penuh dengki inilah jadinya..
sedangkan kekayaan yang Allah bagi tidak pernah tidak cukup kepada mereka yang mahukan kekayaan ..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Sepuluh Petua Pikat Hati Doktor Cinta
Semoga diri kita semua terhindar daripada sihir dan moga yang mengamalkan sihir bertaubat dan kembali kepada jalan yang benar.
Curahan rasa Cendol Durian Syoknya Ummi @ ..Durian murah Muar, KL lagi murah!
semoga keluarga kita dilindungi Allah. Sama-sama kita perbanyakkan amal ibadah menuju ke jalanNya. Inshaallah.
Syaitan akan ada sehingga hari kiamat, maknanya sihir akan juga ada sehingga hari kiamat . Jadi siapa yang tidak percaya sihir akan ada di zaman moden ini… memang tidak habis belajar.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Tanpa Sedar Ramai IbuBapa Telah MemperRAJAkan Anak!
ya allah… jahatnya.. tak baik dengki dengan kejayaan orang. tunggu lah seksaan di akhirat. mohon bertaubat segera.
Curahan rasa Mia Sowi @ ..5 Sebab Perlu Guna Minyak Wangi
Comments are closed.