PM tepi dan tak letak harga, peniaga online bakal didenda sehingga RM50,000

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Istilah PM TEPI amat popular bagi peniaga online. Asal pengguna bertanya PM HARGA, peniaga akan menulis perkataan PM TEPI.

Walau amaran sudah dikeluarkan tidak boleh menulis perkataan pm tepi tetapi nampaknya peniaga mudah terlupa bahawa itu perkataan HARAM bagi mereka di media social.

Mohon kalian follow FB founder blog Denaihati : Amir Denaihati

Mungkin terlupa atau sudah biasa menulis perkataan tersebut, nyata ia membawa padah apabila Kementerian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mula menyerbu peniaga degil.

Buktinya, pada bulan Mac yang lalu, peniaga perabot yang menjalankan perniagaan di media social menjadi syarikat diserbu sekumpulan pegawai dari kementerian.

Syarikat perbadanan boleh didenda RM100,000 dan RM50,000 bagi orang perseoranganjika guna istilah PM tepi

Baca juga: Testimoni pengguna selepas menggunakan produk BlackG

Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Selangor, Azman Adam berkata, siasatan awal pihaknya mendapati syarikat itu beroperasi menerusi laman Facebook (FB) sejak Ogos tahun lalu.

“Kita berjumpa dengan pengarah syarikat itu dan beliau mengakui pihaknya tidak mempamerkan maklumat yang sepatutnya seperti harga serta spesifikasi barangan yang dijual,” katanya pada sidang media di pejabat KPDNHEP Selangor.

Tindakan lelaki berusia 41 tahun itu boleh dikenakan denda tidak lebih RM100,000 (Perbadanan) dan denda RM50,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya (Perseorangan) mengikut Seksyen 145 Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Sepanjang tahun lalu 7,729 aduan diterima oleh KPDNHEP Selangor dan 1,195 membabitkan aduan pengguna yang membeli barangan dalam talian. (sumber Harian Metro).

Baca juga: Kunyit Hitam BlackG Hasil Kajian Mardi Berkualiti Tinggi

Dalam pada itu, REMAJA kongsikan tulisan seorang peguam Nor Zabetha dari Tetuan Nor Zabetha Cinnai & Co yang mungkin dihadamkan oleh peniaga online dan orang ramai yang berhak tahu harga, bukannya masih guna istilam pm tepi.

Peniaga online yang menggunakan strategi perkataan “PM tepi” di sosial media boleh dipenjarakan atau denda!

Syarikat perabot ini menggunakan konsep PM atau mesej peribadi ketika berurusan dan beroperasi menerusi laman Facebook sejak Ogos tahun lalu.

Saya kongsikan maklumat ini supaya rakan-rakan peniaga akan lebih peka dan mencari alternatif yang lebih baik berbanding membalas komen pelanggan yang berminat dengan “PM tepi”.

Berdasarkan kenyataan KPDNHEP, kenapa ‘PM tepi’ ini perlu dielakkan? Ia dirumuskan seperti berikut:-

  1. Tidak mempamerkan harga barangan yang dijual;
  2. Tidak mempamerkan spesifikasi barangan yang dijual;
  3. Penjual atau peniaga perlu meletakkan maklumat yang jelas mengenai produk serta perkhidmatan yang ditawarkan supaya hak pengguna tidak dicabul;
  4. Konsep ‘PM Tepi’ menjadi satu kesalahan mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012. Gambar seperti dibawah.
  5. Juga jika sabit kesalahan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 boleh didenda dibawah Seksyen 145 iaitu maksimum RM50,000.00 (bagi individu)/ RM100,000 (bagi badan korporat) atau penjara atau kedua-duanya sekali.

Jadi konsep PM tepi ini menjadi kesalahan kerana dianggap tidak telus dan boleh berlaku manipulasi harga. Oleh yang demikian adalah kesalahan. Dalam kes ini, serbuan berlaku kerana terdapat aduan.

Sepanjang kita berniaga, ada juga kemungkinan perihal kita ini diadukan. Jadi kita kena lebih peka dengan setiap peraturan atau undang-undang yang ada supaya tidak mengalami hukuman denda atau penjara.

Peniaga online perlu mematuhi Jadual 1, Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 iaitu mendedahkan maklumat seperti berikut bagi mengelakkan hukuman denda atau penjara:-

  1. Nama orang yang menjalankan perniagaan atau nama perniagaan atau nama syarikat.
  2. Nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat, jika terpakai.
  3. Alamat e-mel dan nombor telefon, atau alamat orang yang menjalankan perniagaan.
  4. Perihalan tentang ciri utama barang atau perkhidmatan itu.
  5. Harga penuh barang atau perkhidmatan termasuklah kos pengangkutan, cukai dan apa-apa kos lain.
  6. Kaedah pembayaran.
  7. Terma-terma dan syarat-syarat.
  8. Anggaran masa penghantaran barang atau perkhidmatan kepada pembeli.

Mungkin rakan-rakan peniaga boleh guna strategi yang baru dengan mengambil kira point di atas.

Untuk buat aduan, sila hubungi nombor ini seperti tertera.1-800-88-6800 atau buat aduan ke e-aduan.kpdnhep.gov.my

Share jika manfaat. Dikongsikan oleh Nor Zabetha.

7 Comments

  1. Bukan semua barang boleh letak harga..contih mcm saya bisnes cetak baju..ada pelbagai harga mengikut citarasa design yg pelanggan minta serta kuantiti..kita bagi no tel agar dpt berbincang dengan lebih detail apa kehendak customer dan baru dpt bagi harga yang tepat.

  2. Lagi 1 bila kita order barang duit dah bayar barang pulak x sampai, , kita pulak d tipu, kalau boleh tolong suggest barang sampai br bayar

  3. Lagi 1 bila kita order barang duit dah bayar barang pulak x sampai, , kita pulak d tipu, kalau boleh tolong suggest barang sampai br bayar

  4. Konsep PM tepi sebenarnya lebih kepada perbualan secara peribadi antara pembeli dan penjual seteah harga dipamerkan. Tapi masalahnya ada penjual yang tidak pamerkan harga dengan alasan nanti pesaing nya nampak dan akan komplen jika harga mereka lebih murah dari harga pasaran.

  5. Kalau saya nampak “PM tepi untuk harga” saya akan pangkah terus walaupun berminat dengan barang yang dijual. Perniagaan online dan offline sama saja, harga kena jelas.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!