Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dalam industri blogging tanahair pada masa sekarang, kita dapat lihat perkembangan yang positif. Ramai yang sudah menjadikan blogging sebagai kerjaya mereka sepenuh masa. Namun begitu, tidak dapat dinafikan ramai blogger (separuh atau sepenuh masa) yang terlalu tertumpu dengan optimasi enjin carian sehinggakan mereka mengabaikan ciri utama yang lain iaitu teknik penyampaian maklumat yang baik.
Menulis ini mempunyai seninya yang tersendiri, blogger A belum tentu boleh menulis seperti blogger B dan begitu juga sebaliknya. Ini bukanlah masalah bahkan ia merupakan perkara yang membuatkan industri blogging ini begitu menarik. Blogger Paling Kacak dengan kerenah dan gelagatnya, manakala Blogger Penggemar Affiliate pula dengan pelbagai teknik dan tips nya.
Ini semua mendatangkan manfaat yang berbeza-beza mengikut pilihan topik atau perkara yang ingin diceritakan. Namun begitu, ramai blogger(bukan semua) yang begitu taksub atau terlalu menumpukan perhatian kepada teknik SEO sehinggakan mereka lupa menulis untuk menyampaikan maklumat dengan baik. Pengulangan kata kunci yang tidak relevan menyebabkan pembaca hilang fokus dalam pembacaan artikel tersebut.
Mempelajari atau memperbaiki teknik penulisan kita adalah penting sekiranya kita ingin menjadikan blogging sebagai kerjaya utama kita. Walaupun mungkin kita telah selesa dalam teknik atau cara penulisan yang telah diamalkan sejak berkurun lamanya, ia bukanlah penghalang atau alasan untuk kita tidak boleh memperbaiki atau menaikkan taraf penulisan kita ke peringkat yang lebih baik.
[box type=”info”]
Apabila kita berjaya menyampaikan maklumat dengan baik kepada para pembaca, kemudian di tambah dengan teknik SEO yang betul. Ini pastinya akan memberikan kesan yang lebih baik kepada blog kita, pembaca kita, dan seterusnya memberi tambah nilai dalam komuniti atau masyarakat secara umumnya.[/box]
Dalam penulisan blog ini, ada banyak lagi perkara yang boleh kita ambil berat seperti:
- Bagaimana menjadikan pembaca pertama pembaca setia
- Bagaimana membina jaringan
- Bagaimana menjadikan blog jenama yang hebat
- Teknik menukarkan pembaca kepada pembeli
- Membina perniagaan menerusi blog
- Pemasaran berkesan menggunakan medium blog
- Bagaimana memikat hati pengiklan menerusi paparan muka blog
- dan banyak lagi…
Semua ini adalah sebahagian perkara yang perlu kita titik beratkan sekiranya ingin menjana pendapatan menerusi blog dan menjadikannya kerjaya kita sepenuh masa. Akademi Denaihati sentiasa cuba untuk membantu sesiapa yang ingin meningkatkan kemahiran blogging mereka dengan menyediakan Kelas Master WordPress yang membolehkan anda mempelajari teknik-teknik atau strategi untuk meningkatkan tahap blog ada ke aras yang lebih baik.
102 Comments
sejak berblogging ni, saya sedar satu perkara, x semua nya kita akan belajar didalam satu tempoh yang singkat
Curahan rasa Juan @ ..Download SEOPressor WordPress SEO Plugin
kadang-kadang tajuk entri tak berkaitan dengan kandungan entri..
Curahan rasa Mus @ ..Peluang Minit Akhir Membeli Tiket Balik Raya Bersama AirAsia
seo sebagai bonus.
kalau penulisan baik dan berinfo
pasti pembaca akan berkunjung semula ke blog kita
Curahan rasa Mus @ ..Peluang Minit Akhir Membeli Tiket Balik Raya Bersama AirAsia
Betul juga tu,kalau asyik fokus pada seo je jadi kurang menarik pula nanti blog kita,sesekali boleh buat kelainan
Curahan rasa wazy @ ..Perkembangan Bayi Anda: Trimester Kedua
tapi saya ada bangunkan satu lagi blog yang berhosting untuk tujuan SEO saja..hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..MyKad Smart Shopper
blogging juga berkenaan dengan merapatkan ukhwah sesama kita, seperti iftar tempoh hari..terima kasih atas iftar tempoh hari
Curahan rasa cikgu naman @ ..Bonus Raya 2013 Dah Dapat
Mengeratkan hubungan sesama bogger..
Curahan rasa AUC @ ..Resepi Dodol Kukus
Alhamdulillah.. artikel seperti yang saya nantikan tuan… kerana segelintir blogger terlalu fokus kepada seo semata-mata sehinggakan kurang mengambil tahu bahawa blog bukan sahaja berkaitan dengan seo, tetapi banyak lagi perkara yang kita boleh lakukan dengan blog..
terima kasih atas ilmu ini..
Lebih baik kalau tarik perhatian pembaca untuk kekal setia dengan blog.hubungan 2 hala yang lebih menarik.SEO tu penting jugak, tp hubungan dengan pembaca lebih penting..
Curahan rasa Berita Harian @ ..Lepas Tarif Elektrik Akan Dikaji, Tambang Teksi Pula Bakal Dinaikkan!
Seronok kalau dapat kuasai teknik untuk menjadikan pembaca adalah pembeli..emm saya dulu blogging tak hirau mana pun SEO..tapi sekarang rasa seronok pulak main SEO..walaupun sikit aje ilmu yang baru dapat, namun itu bukanlah halangannya..hehe..terima kasih tuan DH..artikel ni memberikan motivasi pada diri saya..hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..Teknik SEO Yang Betul
apa yg penting adalah, kita ada pembaca setia. SEO tu akan menyusul dgn sendiri.
Curahan rasa Carlos Santiago @ ..BAN Remaja – Gadis 18 Tahun Kena Gangbang Dengan Pakwe Dan Kawan2 !
InsyaAllah jika ada kesempatan, nak join kelas tu nanti 🙂
Sebab dalam perancangan nak bertukar ke wordpress 🙂
Nak guna khidmat dari Eizil
Curahan rasa Myra Jay @ ..Berbuka puasa dengan Spagetthi (Resepi)
bila menulis kita kena bayangkan kita berada di tempat pembaca.
Curahan rasa sepol @ ..DIARI RAMADHAN #3 Hidup Bersyariat
setuju sangat dengan tajuk dan isi cerita….
bila kita terlalu bergantung dengan seo… mungkin cerita akan jadi membosankan dan akan menghadkan penulisan… skema kan ? 😀
Curahan rasa yangbaik @ ..Jangan jadikan Isnin anda menyeramkan
Setuju sgt..asyik seo je hehe..
Curahan rasa Terbelog @ ..Lagi Kes Menghina islam di Bulan Puasa
Comments are closed.