Blogger Trafik Hunter

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Blogger Trafik Hunter atau Blogger Gila Trafik menjadi perkataan panas seminggu dua ni. Rasanya tak elok aku komen isu ini di ruang komen blog yang lain walaupun ramai Rakan Blogger yang membahaskan isu ini. Aku cuba mengupas isu ini dari dua sudut yang berbeza.

1. Dunia online sudah banyak berubah. Ada Blogger dahulu dah sekarang yang hanya menjadi penulis blog sambilan kerana mereka sudah mempunyai pekerjaan tetap atau suri rumah yang mempunyai ekonomi yang stabil. Sekarang semakin ramai Blogger yang menjadi penulis blog sepenuh masa dan mencari pendapatan hasil dari blog mereka kerana sukarnya mencari pekerjaan. Kerajaan sendiri pun mengalakkan rakyat untuk mencari sumber pendapatan melalui internet.

Jadi kita kena faham terdapat dua kumpulan Blogger iaitu Blogger Sepenuh Masa dan Blogger Sambilan. Blogger sepenuh masa sudah pasti akan menjadi Blogger Trafik Hunter kerana itu merupakan antara syarat utama untuk menjana pendapatan. Blogger sepenuh masa mempunyai rangkaiaan network tersendiri manakala Blogger sambilan mempunyai rakaian network yang lain. Persoalannya kenapa ramai Blogger yang ini menuduh Blogger yang satu lagi Trafik Hunter atau Gila Trafik. Kenapa tidak biarkan mereka dalam dunia mereka dan kita dalam dunia kita. Bukan mudah Blogger Sepenuh Masa mencari rezeki dalam dunia yang semakin mencabar. Nampak keperitan di wajah beberapa Blogger sepenuh Masa yang telah aku bersua muka.

2. Ada juga Rakan Blogger yang salah melaporkan berita dikatakan sebagai Blogger Trafik Hunter. Ramai Rakan Blogger yang membuat entri tentang Pendedahan Makcik Hajjah Sitt AlWuzara dan yang terbaru kisah Bulan Mengelilingi Kaabah dan akhirnya didapati berita ini tidak tepat. Adakah benar semua Blogger yang menulis berita ini adalah Trafik Hunter atau ramai yang menulis kerana ingin berkongsi informasi dengan pembaca blog mereka. Apalah perasaan Blogger ini apabila membaca komen diruang komen blog yang lain ada Rakan Blogger menuduh mereka sebagai Trafik Hunter atau Gila Trafik.

Sarang Tabuan jangan dijolok bila dijolok tabuan keluar menyegat. Terdengar pulak Blogger yang terasa membalas komen dengan perkataan yang tidak enak dibaca. Akhirnya ini menimbulkan situasi yang tidak harmoni di kalangan Blogger khasnya Blogger Melayu yang tak berapa kerat yang berjaya. Tak perlulah kita cuba menjadikan orang lain seperti kita maksudnya kalau kita memang Blogger Trafik Hunter tak perlulah cuba menjadikan Blogger sambilan seperti kita atau kalaulah kita Blogger sambilan jangan pulak marah dan cuba mengubah Blogger trafik hunter menjadi seperti kita.

Setiap daripada kita mempunyai peranan dan visi tersendiri menjadi Blogger yang penting bagaimana kita boleh bersama dalam dunia yang berbeza. Tak salah Rakan Blogger menegur antara satu sama lain tetapi jangan Rakan Blogger yang lain menambah rempah ratus dalam komen-komen yang diberi sehingga menyinggung perasaan yang lain.

Ini pandangan peribadi yang tidak mesti disetujui. Mungkin Rakan Blogger ada pandangan tersendiri, kongsikan.

Ilmu blog terlalu luas mungkin boleh baca Tips Jadi Penulis Blog Yang Baik nukilan Blogger Liza Razak sebagai panduan.


Spread the love

95 Comments

  1. Perihal mengenai Blogger Trafik hunter mungkin ada benarnya … seperti yang TT tuliskan .. utk menjana pendapatan online .. tapi ada juga blogger yang serius berblog .. membahaskan isu yang panas dan berat …. ada juga yang membahaskan isu yang santai dan ringan.a Pa pon tujuan si blogger … menjana pendapatan adalah bonus bagi mereka 😀 ….

  2. Walaupun sy masih bru dlm dunia blogging ni.
    Tpi secara peribadi trafik hunter ni wujud disebabkan
    atas kejayaan blogger-blogger lain juagk. Jadi mereka akan sedaya upaya menetap
    target untuk berjaya seperti mereka. Yg silapnya mereka kurang prihating dgn content
    Curahan rasa nizamghazi @ ..Kenapa Saya Suka Sangat Hyde?My Profile

  3. semua dah ada komen dan pendapat masing2 , saya baca je semua .. saya mcm nak cadangkan denaihati buat artikle “bila entri copy paste kita di copy paste , nak marah siapa ?”

    1. Redha je mesti dapat pahala. bayangkan kalau yg di copy paste ada ilmu dan dipanjang2 kan pada ramai pembaca pasti ada ganjaran tapi kalau marah2 tak dapat apa.

  4. Berani kerana benar, takut kerana salah.

    Berani buat, berani tanggung.

    Siapa makan cili, dia rasa manisnya.

    Buat baik berpada-pada, buat jahat..jangan dua kali..

    Itu aje yang aku amalkan.

  5. blogger ada macam-macam jenis dan perangainya..takkan la pakat nak sound semua orang..biar mereka dengan dunia mereka..tak salah pun kan? kekadang ada blogger ikut jalan lain, tapi matlamat tetap sama..cuma kekadang jalan dipilih tu ada yang tak sedap dilalui dan ada yang lancar je..:D

    semuanya bergantung kepada learning curve memasing dalam berblogging,cara kita belajar..:D

  6. Gua agak setuju dengan komen bro piratz tu nak jadi blogger traffic hunter tu takder masalah tapi janganler memperdayakan orang dengan tajuk entri yang tiada kaitan dengan isinya. Kalau nak jadi blogger sepenuh masa kenaler fikir akan pro dgn kontra dulu. Jadi blogger yang terkenal bukan dengan sehari dua jer tapi perlukan semangat yang kental.

    Berblog dari hati adalah yang terbaik dan insyaAllah traffic itu akan datang dengan sendirinya.

  7. setiap blogger, sama ada yang baru atau lama punya matlamat dan kepercayaan yang akan menentukan strategi masing-masing… pada aku jadi blogger traffic hunter ni pun tiada salahnya, yang penting blogger dan pelawat sama-sama dapat manfaat.. blogger dapat banyak trafik dan pengunjung dapat info yang dicari..
    Curahan rasa kulanz @ ..Rezeki Untuk Sampai I-City Shah AlamMy Profile

  8. 2 sudut yg Dh huraikan mmg jelas. Kalau full time, mmg traffik tu teramatlah penting dan juga sebaliknya.

    Tapi, bagi aku, samada kita traffik hunter atau tak, kenalah bertanggungjwb atas entri yg kita keluarkan.

    Maka, samada nak berkongsi@mencari traffik, biarlah beretika. Jangan main tulis sesedap rasa tanpa fikirkan sahih@tak…takut2 menjadi bahan fitnah.

    Hanya pendapat aku saje ni 😀

  9. erk.. ni semua ada matlamat tersendiri. dok kalut cari traffik sampaikan abaikan cerita betul ke tak..

    macam tu la..
    Curahan rasa Luthfi @ ..Sedetik hatiMy Profile

  10. Jadilah diri sendiri dengan cara kita sendiri selagi kita tak menyusahkan orang teruskan dengan apa yg kita lakukan…trafik hunter dan bukan trafik hunter dua-dua ada matlamat mereka sendiri “PEACE”

    *DH kenapa comment luv tak keluar huhuhu?

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!