Blogger Trafik Hunter

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Blogger Trafik Hunter atau Blogger Gila Trafik menjadi perkataan panas seminggu dua ni. Rasanya tak elok aku komen isu ini di ruang komen blog yang lain walaupun ramai Rakan Blogger yang membahaskan isu ini. Aku cuba mengupas isu ini dari dua sudut yang berbeza.

1. Dunia online sudah banyak berubah. Ada Blogger dahulu dah sekarang yang hanya menjadi penulis blog sambilan kerana mereka sudah mempunyai pekerjaan tetap atau suri rumah yang mempunyai ekonomi yang stabil. Sekarang semakin ramai Blogger yang menjadi penulis blog sepenuh masa dan mencari pendapatan hasil dari blog mereka kerana sukarnya mencari pekerjaan. Kerajaan sendiri pun mengalakkan rakyat untuk mencari sumber pendapatan melalui internet.

Jadi kita kena faham terdapat dua kumpulan Blogger iaitu Blogger Sepenuh Masa dan Blogger Sambilan. Blogger sepenuh masa sudah pasti akan menjadi Blogger Trafik Hunter kerana itu merupakan antara syarat utama untuk menjana pendapatan. Blogger sepenuh masa mempunyai rangkaiaan network tersendiri manakala Blogger sambilan mempunyai rakaian network yang lain. Persoalannya kenapa ramai Blogger yang ini menuduh Blogger yang satu lagi Trafik Hunter atau Gila Trafik. Kenapa tidak biarkan mereka dalam dunia mereka dan kita dalam dunia kita. Bukan mudah Blogger Sepenuh Masa mencari rezeki dalam dunia yang semakin mencabar. Nampak keperitan di wajah beberapa Blogger sepenuh Masa yang telah aku bersua muka.

2. Ada juga Rakan Blogger yang salah melaporkan berita dikatakan sebagai Blogger Trafik Hunter. Ramai Rakan Blogger yang membuat entri tentang Pendedahan Makcik Hajjah Sitt AlWuzara dan yang terbaru kisah Bulan Mengelilingi Kaabah dan akhirnya didapati berita ini tidak tepat. Adakah benar semua Blogger yang menulis berita ini adalah Trafik Hunter atau ramai yang menulis kerana ingin berkongsi informasi dengan pembaca blog mereka. Apalah perasaan Blogger ini apabila membaca komen diruang komen blog yang lain ada Rakan Blogger menuduh mereka sebagai Trafik Hunter atau Gila Trafik.

Sarang Tabuan jangan dijolok bila dijolok tabuan keluar menyegat. Terdengar pulak Blogger yang terasa membalas komen dengan perkataan yang tidak enak dibaca. Akhirnya ini menimbulkan situasi yang tidak harmoni di kalangan Blogger khasnya Blogger Melayu yang tak berapa kerat yang berjaya. Tak perlulah kita cuba menjadikan orang lain seperti kita maksudnya kalau kita memang Blogger Trafik Hunter tak perlulah cuba menjadikan Blogger sambilan seperti kita atau kalaulah kita Blogger sambilan jangan pulak marah dan cuba mengubah Blogger trafik hunter menjadi seperti kita.

Setiap daripada kita mempunyai peranan dan visi tersendiri menjadi Blogger yang penting bagaimana kita boleh bersama dalam dunia yang berbeza. Tak salah Rakan Blogger menegur antara satu sama lain tetapi jangan Rakan Blogger yang lain menambah rempah ratus dalam komen-komen yang diberi sehingga menyinggung perasaan yang lain.

Ini pandangan peribadi yang tidak mesti disetujui. Mungkin Rakan Blogger ada pandangan tersendiri, kongsikan.

Ilmu blog terlalu luas mungkin boleh baca Tips Jadi Penulis Blog Yang Baik nukilan Blogger Liza Razak sebagai panduan.


Spread the love

95 Comments

  1. Peranan pertama blogger yg bukan berniche personal adalah untuk memberikan maklumat yang TEPAT dan bukannya sekadar mengikut trend utk mengejar trafik semata-mata.
    Blogger yang bagus adalah yang memberi tanpa mengharapkan sebarang balasan daripada blogger lain.
    Mengejar trafik adalah penting supaya artikel atau ilmu yg dikongsi dpt dibaca dgn seberapa ramai org yg mungkin. Tak guna ada ilmu yg bgs tp xdpt dikongsi dgn meluas.
    Curahan rasa ekspresiruang @ ..IKEA vs AppleMy Profile

  2. rezeki masing-masing. kalau mereka semua berpegang pada fakta tersebut, insya allah tiada tuduh menuduh. tapi apakan daya kita manusia biasa, ada pro dan kontranya.

    sama ada tercabar atau cemburu? mereka yang pilih jalan tersebut.
    Curahan rasa megat @ ..Tentang HatiMy Profile

  3. Mereka mempunyai blog mereka sendiri dan mereka mempunyi hak menulis di blog mereka….

    Jadi kepada bloggger blogger lain , apa salahnya kita menghormati antara satu sama lain, tak payah la nak tuduh blogger nie gila traffic ke tidak.

    Peace.

    1. setuju tp sekarang kalau di perhatikan ada juga blog dengan niche baru , iaitu untuk menghentam orang saja , semua tak kena… tak tahu lah bila nak maju kalau rope tu 🙂

  4. wah… semua yg bagi komen di sini bernas2 dan betul.. takde apa yg aku boleh kata lagi.. hehe.. apa2 pun, biar mereka dgn dunia mereka, dan kita dgn dunia kita..

  5. xsalah kejar trafik asal tak melampau-lampau …klu xde trafik lgsg pun sia2 je menulis,betul tak? 😉 apa pun jgn suka brsangka buruk…

  6. kejar trafik itu satu cabaran sihat…tapi jika untuk tujuan yang salah maka akan terlihat juga kesalahannya…

  7. Menulislah untuk kebaikan, ilmu dan manfaat bersama, insyallah, rahmat akan menyusul. kalau kita menulis dengan niat yang tidak baik dari awal lagi, kita sendiri pun faham, bagaimana sifat org begitu, salam ramadhan

  8. suka statement bro denaihati ni:
    “Kenapa tidak biarkan mereka dalam dunia mereka dan kita dalam dunia kita”

    yang penting jangan keterlaluan dan tidak melampaui batas 😀
    Curahan rasa pacifista @ ..Bonus PacifistaMy Profile

  9. blogger yg kejar trafik dengan provokasi dan isu panas tanpa usul periksa dilihat kurang professional.. ya,kalau dah itu punca rezeki.. advertiser mahu trafik kena buat kerja betul2.. yg no. 1 tu tak de isu sgt pn..ia normal..

  10. meskipun tidak ada suatu perkara yang wajib di lakukan untuk menaikkan trafik pengunjung paling tidak sebagai seorang blogger yang masih baru atau pemula bisa belajar dan mempraktekkan atas pengalaman-pengalaman yang sudah di alami oleh para blogger-blogger master

    Kalaupun ada yang mengatakan bahwa blogwalking atau meninggalkan link dan komentar di blog lain itu bisa menaikkan trafik pengunjung kenapa kita tidak melakukannya toh tidak ada ruginya kan bagi kita berkunjung di blog lain di samping kita bisa mengenalkan blog kita pada si empunya blog yang kita kunjungi kata juga bisa mengambil pengalama-pengalaman baru untuk kita jadikan refrensi sebagai bahan tulisan bagi blog kita

    Terus kalaupun ada yang mengatakan bahwa melakukan tukar link juga bisa menaikkan trafik pengunjung blog kenapa kita tidak melakukanya toh tidak ada ruginya juga kan bagi kita semakin banyak kita saling bertukar link semakin banyak pula sahabat kita dalam dunia blogging “BANYAK SAHABAT BANYAK REJEKI”
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..Penetapan 1 Syawal 1432 HMy Profile

  11. Menulis adalah inti dari pada seorang blogger apalagi yang mempunyai target goal untuk mencari penghasilan dengan blogging akibatnya tak heran bagi seorang blogger terus memburu dan berupaya menaikkan trafik pengunjung entah itu seorang blogger pemula maupun blogger yang sudah master sekalipun
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..Penetapan 1 Syawal 1432 HMy Profile

  12. Banyak cara untuk memeperkenalkan blog yang kita miliki, salah satunya adalah aktif bergabung dengan blog atau web komunitas. Blog atau Web komunitas adalah sebuah ikatan yang terbentuk dari para blogger berdasarkan kesamaan-kesamaan tertentu, seperti kesamaan asal daerah, kesamaan tema, kesamaan pekerjaan dan lain sebagainya. Manfaatnya adalah selain bisa memperkenalkan blog/web yang kita miliki, sharing ilmu sesama blogger juga bisa dilakukan sehingga banyak informasi dan pengalaman baru yang bisa kita peroleh.
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..Penetapan 1 Syawal 1432 HMy Profile

    1. Setuju dgn awak. Berhemah itu lebih bagus. berbahasa itu lebih indah.
      Teguran mmg baik. Tp ada baiknya dengan cara yg Halus dan berbudi bahasa.

      @abg denaihati : setuju la sesangat dengan artikel ni. Masing2 ada cara dan hala tuju. Juga dunia sendiri.

      KADANG-KADANG ada juga yg tidak lebih kepada perasaan hasad yang membuku tu hahahaha
      Curahan rasa shah URL @ ..Anwar Bela DiriMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!