Blogger Trafik Hunter

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Blogger Trafik Hunter atau Blogger Gila Trafik menjadi perkataan panas seminggu dua ni. Rasanya tak elok aku komen isu ini di ruang komen blog yang lain walaupun ramai Rakan Blogger yang membahaskan isu ini. Aku cuba mengupas isu ini dari dua sudut yang berbeza.

1. Dunia online sudah banyak berubah. Ada Blogger dahulu dah sekarang yang hanya menjadi penulis blog sambilan kerana mereka sudah mempunyai pekerjaan tetap atau suri rumah yang mempunyai ekonomi yang stabil. Sekarang semakin ramai Blogger yang menjadi penulis blog sepenuh masa dan mencari pendapatan hasil dari blog mereka kerana sukarnya mencari pekerjaan. Kerajaan sendiri pun mengalakkan rakyat untuk mencari sumber pendapatan melalui internet.

Jadi kita kena faham terdapat dua kumpulan Blogger iaitu Blogger Sepenuh Masa dan Blogger Sambilan. Blogger sepenuh masa sudah pasti akan menjadi Blogger Trafik Hunter kerana itu merupakan antara syarat utama untuk menjana pendapatan. Blogger sepenuh masa mempunyai rangkaiaan network tersendiri manakala Blogger sambilan mempunyai rakaian network yang lain. Persoalannya kenapa ramai Blogger yang ini menuduh Blogger yang satu lagi Trafik Hunter atau Gila Trafik. Kenapa tidak biarkan mereka dalam dunia mereka dan kita dalam dunia kita. Bukan mudah Blogger Sepenuh Masa mencari rezeki dalam dunia yang semakin mencabar. Nampak keperitan di wajah beberapa Blogger sepenuh Masa yang telah aku bersua muka.

2. Ada juga Rakan Blogger yang salah melaporkan berita dikatakan sebagai Blogger Trafik Hunter. Ramai Rakan Blogger yang membuat entri tentang Pendedahan Makcik Hajjah Sitt AlWuzara dan yang terbaru kisah Bulan Mengelilingi Kaabah dan akhirnya didapati berita ini tidak tepat. Adakah benar semua Blogger yang menulis berita ini adalah Trafik Hunter atau ramai yang menulis kerana ingin berkongsi informasi dengan pembaca blog mereka. Apalah perasaan Blogger ini apabila membaca komen diruang komen blog yang lain ada Rakan Blogger menuduh mereka sebagai Trafik Hunter atau Gila Trafik.

Sarang Tabuan jangan dijolok bila dijolok tabuan keluar menyegat. Terdengar pulak Blogger yang terasa membalas komen dengan perkataan yang tidak enak dibaca. Akhirnya ini menimbulkan situasi yang tidak harmoni di kalangan Blogger khasnya Blogger Melayu yang tak berapa kerat yang berjaya. Tak perlulah kita cuba menjadikan orang lain seperti kita maksudnya kalau kita memang Blogger Trafik Hunter tak perlulah cuba menjadikan Blogger sambilan seperti kita atau kalaulah kita Blogger sambilan jangan pulak marah dan cuba mengubah Blogger trafik hunter menjadi seperti kita.

Setiap daripada kita mempunyai peranan dan visi tersendiri menjadi Blogger yang penting bagaimana kita boleh bersama dalam dunia yang berbeza. Tak salah Rakan Blogger menegur antara satu sama lain tetapi jangan Rakan Blogger yang lain menambah rempah ratus dalam komen-komen yang diberi sehingga menyinggung perasaan yang lain.

Ini pandangan peribadi yang tidak mesti disetujui. Mungkin Rakan Blogger ada pandangan tersendiri, kongsikan.

Ilmu blog terlalu luas mungkin boleh baca Tips Jadi Penulis Blog Yang Baik nukilan Blogger Liza Razak sebagai panduan.


Spread the love

95 Comments

  1. kalau menurut saya apapun yang dilakukan sepanjang tak merugikan orang lain tak masalah tak bisa dinafikan kita pasti mencari traffic, mungkin yang lebih parah tuh auto generate content

    1. Sebuah hal yang menyenangkan saat kita memiliki banyak visitor pada blog yang kita buat. Berbagai upaya akan dilakukan untuk menjaring visitor agar mengunjungi blog kita. Dan syarat mutlak yang diperlukan adalah blog kita harus dikenal terlebih dahulu.
      Curahan rasa Bang Iwan @ ..Penetapan 1 Syawal 1432 HMy Profile

  2. aku panggil blog penyebar fitnah. sama ada siar kisah sensasi tanpa sumber, hadis2 palsu atau status halal haram produk.

    ada yang memfitnah Rasulullah, ada yang fitnah nama2 tokoh tertentu, fitnah jabatan2 atau agensi di malaysia dsb. kesannya amat memudaratkan kepada blogger tersebut, atau kpd msyarakat yang percaya fitnah tersebut

    kalau dah blog, dah daftar nuffnang memang tipulah kalau tak buru trafik. hehe
    Curahan rasa ub3y @ ..Blogger Yang Jilat Ludah Sendiri | Tips Menulis BlogMy Profile

  3. susah nak komen pasal trafik ni sebab if salah komen ada yang terasa tapi kita pun ada hak bersuara.heheh. so, nak komen juga.

    kita kena faham, blogger ni ada cara masing2 untuk dapatka trafik. apa yang salahnya kalau kita berusaha nak dapatkan trafik as long as jangan melampau. usaha tu maksudnyer ada efforts yang kita buat. baru2 ni, sy buat entry “tips malam pertama tinggal diasrama” and mmg ada yg kata tu nak main seo lah tu.

    saya mmg jujur je, mmg cara tajuk tu mmg untuk seo. tapi, macam sy tulis dalam entry diruangan penulis jemputan..kita penulis harus kreatif. macam mana sy dpt tajuk tu? ok, ada steps. bukan main carca marba je

    1, saya amik tajuk asrama. tapi, if buat tajuk ni ade ke orang tertarik nak baca? tak ada. camner nak bg cantik? orang sukakan tips. kan? jadi, saya amik tips dan asrama. then, saya nak tarik trafik sikit dr search engine. how? main seo. tips malam pertama tu mmg tajuk panas tapi itu soal seks kan? itu bukan cara saya. jadi, gunakan creativity. twist sana sini. dapatlah tajuk tu.

    jadi blogger kena ada usaha, baru puas hati sebab tu bila org kata “nak trafik lah tu” saya boleh buat bodoh sebab saya tahu apa yg saya buat tu btol. ngeh!!

    alamak, sorry bro terpanjang!!!!
    Curahan rasa Lizz @ ..MyNewsHub Portal Berita Terbaik – STICKY POSTMy Profile

  4. Sejujurnya aku antara blogger yang menyifatkan sesetengah blogger itu traffic hunter. Bagi aku kenyataan diatas ada kebenarannya. Tetapi apa yang aku nak cakapkan blogger yang denaihati terangkan diatas sebagai blogger sepenuh masa tue kurang tepat. tak banyak blogger di malaysia yang berkerja sebagai blogger.. kebanyakkannya semua masih lagi belajar yang mempunyai banyak masa terluang….

    blogger trafik hunter yang dimaksudkan adalah seperti dibawah.

    1. menghantar kemaskini entri keatas semua page, group, dan profile blogger/kumpulan/personal yang popular. kerana, orang tersebut mempunyai ramai kawan dan pengikut. yang menerima akubatnya adalah mereka yang ‘like’, ‘join’, dan juga rakan2 personal tersebut.
    2. menghantar entri yang sama berulang-ulang kali setiap hari.. boleh dikatakan, entri yang sama dihantar sebanyak 3-4 kali ke page, group, dan profile di facebook. keburukkannya, group, page, dan profile tersebut akan kehilangan kawan/ahli.
    3. melakukan tajuk entri yang berunsur lucah tetapi kandungan didalam entri tiada kena mengena dengan tajuk. Tajuk lucah digunakan bagi menarik minat orang untuk baca. Setiap orang tak kira jantina pasti ada perasaan ingin tahu. Apa yang aku nak tegur mengenai point ini, bagaimana earning yang diterima jika mereka melakukan pernipuan. memang dosa pahala, halal haram itu kerja Allah. Tapi kita boleh tahu mana yang baik dan yang buruk..
    4. menyertai perbagai tribe di triberr… jadi kesan buruknya timeline twitter akan dipenuhi entri yang sama setiap masa.. dan kadang-kadang berhari2. mungkin itu strategi bagus. tapi bagaimana pula dengan blogger yang hanya mengemas kini 4-5 entri seminggu jika dibandingkan blogger yang 4-5 entri sehari? tidak adil mungkin…
    Curahan rasa Piratz @ ..Mengawal Ruang Udara Di Flight Control HD [PC]My Profile

    1. Bagus sangat komen ini supaya menjadi pengajaran kepada yang terlibat. Nak mengejar trafik pun mesti ada berbagai strategi yang tidak menganggu Blogger lain. Cari ILMU dan gunakan ILMU tersebut.

      Untuk Blogger yg terganggu dengan strategi yg tak betul tu jangan marah-marah, keluar je dari grop Facebook atau Twitter atau pa juga group yg menganggu tu.
      Curahan rasa denaihati @ ..Trafik Organik dan kelebihannyaMy Profile

    2. bagus. aku suka baca komen kau. jujur and semua tepat. itulah yang dikatakan trafik hunter. gunakan orang lain yg lebih popular n ramai followers tu sllu blogger buat. itu mmg cara pintas. if nak, aku pun boleh buat. aku ade je kwn2 yg ada nama tapi untuk apa? kepuasan menulis tu tak ada dekat situ.
      Curahan rasa Lizz @ ..MyNewsHub Portal Berita Terbaik – STICKY POSTMy Profile

  5. Memang terseksa menjadi blogger sepenuh masa…

    Kadangkala orang lain tak faham…

    Tetapi dengan benda ini la bro cari makan yang tak seberapa.. bukan xnak kerje makan gaji.. cuma tak terasa berbaloi…

    kerje bagai nak gila… dapat gaji hujung bulan.. tetapi berbaloi x pengorbanan kita sedangkan kita hanya habuk dimata mereka…

    baik kita bertapak sendiri… dunia makin mencabar… kita bukan sesiapa… tetapi kita mampu menentukan siapa diri kita…

    tue la yang bro tengah buat… alhamdulillah… trafik x banyak, tetapi mampu menyara hidup bro dan keluarga sedikit…

    dalam masa yang sama mengurangkan tekanan dalam hidup bro dengan sesuatu yang berbaloi bro miliki

  6. Blog saya tidak ada siarkan 2 cerita diatas mungkin kurang minat kerana sumber pun belum tentu sahih. Apa yang penting kalau mahu jadi blog sebagai sumber pendapatan dengan melakukan secara berhemah jangan sampai memakan diri.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!