Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, berapa ramai di kalangan Rakan Blogger yang yakin Blogger boleh menjadi sebagai kerjaya profesional yang bukan sahaja boleh menjana pendapatan secara online malah boleh membina peluang bisnis yang boleh memberi manafaat kepada ramai orang. Mungkin tak ramai yang yakin kerana ramai yang telah gagal menjadi Blogger yang berjaya.
“saya dah kecewa dengan blog… tak ada impak pada diri saya walaupun dah mcm2 dah buat… maybe i quit – SilenceBlogz“
Dalam ribuan Blogger Malaysia semakin ramai yang telah berjaya menjadikan Blogger sebagai kerjaya antaranya Abang Nara dan Paul Tan. Ramai juga yang ada niat nak jadikan Blogger sebagai kerjaya tetapi kurang keyakinan dan tidak mendapat sokongan daripada keluarga. Kepada Rakan Blogger yang sedang bekerja tapi ada niat nak jadikan Blogger sebagai kerjaya sepenuh masa mungkin tips berikut boleh dijadikan panduan.
1. Laburkan duit mengikut kemampuan untuk upgrade blog. Blog ini ibarat rumah. Pasti kita suka kalau rumah kita kemas, selesa dan bila balik isteri yang menyambut senyum dengan pakaian yang cantik. Itu baru dinamakan rumahku syurgaku (Aku rasa En. Titan mesti suka analogi aku ni). Begitu juga blog yang mesra kepada pembaca dan disukai oleh pengiklan merupakan permulaan yang sangat penting untuk menjadikan Blogger sebagai kerjaya. Jangan buat blog ikut selera kita dengan warna, banner dan lagu segalanya tapi buatlah blog mengikut trend terkini.
2. JANGAN lokek duit pergi kelas belajar ilmu blog teknikal dan non teknikal untuk memudahkan kita menguruskan blog yang akan menjadi sumber pendapatan utama kepada kerjaya kita. Jangan sesekali ada perasaan kita sudah tahu segalanya kerana itu tanda bermulanya kegagalan sebagai seorang Blogger.
3. Rancang strategi penjenamaan dan pemasaran untuk jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Perancangan mesti selalu berubah mengikut perubahan teknologi dan sosial media yang sentiasa dinamik.
4. Paling penting tukar cara fikir yang lebih positif dengan minda bisnis untuk persiapan menjadi Blogger profesional. Cara terbaik adalah mengikuti seminar motivasi yang dianjurkan oleh pakar yang sudah berjaya. Teringat nasihat Ustaz Rahim Nasir katanya kalau kita kawan dengan penjual minyak wangi pasti terpalit juga wangi minyak kat badan kita. Nak jadi Blogger yang berjaya kena bercampur dan belajar dari mereka yang sudah berjaya tanpa melupakan Blogger yang lain.
Video Blogger sebagai kerjaya rakaman dari Astro Awani.
Blogger yang sedang berkerjaya perlu korban masa usaha lebih untuk membina blog yang baik sehingga apabila sudah betul-betul bersedia yakinkan diri buat keputusan untuk menjadikan Blogger sebagai kerjaya seperti Abangensem dan Shakiddo. Percayalah dengan persiapan yang sempurna Blogger bukan sahaja menjadi kerjaya tetapi boleh mengubah kehidupan kita menjadi manusia yang lebih berjaya. Blogger pun boleh jadi kaya seperti angan-angan Blogger Nuraini Huda … kalau aku kaya ..
Tiada siapa yang boleh meningkatkan martabat Blogger Malaysia melainkan komuniti Blogger itu sendiri. Jangan mengharap orang ketiga seperti wartawan atau PR syarikat untuk menaikan nama Blogger kerana mereka hanya menjalankan tugas mereka sahaja. Lihat sahaja profesion lain seperti doktor, jurutera dan sebagainya yang sentiasa perjuang untuk meningkatkan martabat kerjaya mereka di mata ramai. Blogger Malaysia mesti berjuang untuk menjadikan Blogger sebagai kerjaya yang dihormati kalau bukan untuk warga Malaysia setidak-tidaknya untuk isteri dan keluarga sendiri.
Untuk menjadi Blog yang dihormati dan Blogger yang dihormati memerlukan pengorbanan dan tiada jalan singkat.
No related posts.
105 Comments
Penuh inspirasi. Saya suka!
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..Salam Lebaran 1434H – Maaf Zahir & Batin
nak atau tak nak aje benda ni sebenarnya..
Curahan rasa titan @ ..Kita mesti goda orang perempuan.
kerjaya blogger ni sepatutnya banyak company besar dah boleh hire dah..Malaysia je macam kurang perhatian kepada blogger ni..padahal lama dah blogger ni dijadikan sebagai kerjaya..biasalah kan..Malaysia memang lambat..masalah persepsi tu..:D
Curahan rasa reezluv @ ..Tips Jaga Kesihatan Semasa Hari Raya
Tu dah kira bekerja juga mesti tak best.
Berusaha terus maju…
“saya dah kecewa dengan blog… tak ada impak pada diri saya walaupun dah mcm2 dah buat… maybe i quit – SilenceBlogz“
– itulah kata-kata yang pernah saya tingglkan di ruangan komen di DH tak lama dulu… tetapi setelah membaca dan melihat kejayaan para Blogger seperti DH, AbgEnsem dalm video tu.. dapat di simpulkan bahawa berblog bukan lagi sebagai hobi malah ber blogging sebagai kerjaya.. ramai di Malaysia ni menjadikan Blogging sebagai kerjaya.. cuma kita jarang di dedahkan dengan keadaan ini..
Curahan rasa SilenceBlogz @ ..Hujan Meteor Perseids
terima kasih di atas entry ini kerana sedikit sebanyak memotivasikan diri saya (juga orang lain) dan membuka mata rakyat Malaysia secara am.. banyak yang perlu kita belajar untuk terus maju dalam dunia blogger ini.
Pernah terbaca artikel “penjenamaan semula Blog” .. saya kira ini adalah cara terbaik untuk menbina “Nama” dalam dunia maya ini.. pernah saya katakan dulu.. berblog semua mampu.. tapi untuk mempopularkannya adalah perkara yang “sukar” jika tiada bimbingan atau mentor yang terbaik dalam bidang ini. Sebut sahaja “Blog” budak sekolah pon boeh buat tapi bagaimana untuk maju? itu lah persoalannya…
Saya kira apa yang di sediakan oleh DH (pakej belajar berlog) untuk Junior adalah salah satu jalan yang terbaik bagi yang kurang arif tenteng penggunaan WP.
maybe not today but im sure one day….
thanks to DH for this artikel… very helpful
Curahan rasa SilenceBlogz @ ..Hujan Meteor Perseids
bilalah dapat jumpa DH dgn Abang ensem ni ye? hikhik…
Curahan rasa SilenceBlogz @ ..Hujan Meteor Perseids
Gua bebila pun free Bro, janji jangan lupa pengkerasnya.. hehehe.
Curahan rasa Abang Ensem Berketak @ ..Benarkah Harga Rumah Makin Mahal?
kejam!! ahakhakahka nak ajak minum teh pon kena pengkeras… ekekeke buah keras blh bro?
Curahan rasa SilenceBlogz @ ..Hujan Meteor Perseids
Tulisan yang baik. Bagus untuk mereka yang ingin buat fulltime blogger =)
muja suka blogging because i love to share. rasanya macam tak de rahsia pun yang nak disembunyikan dalam hidup ini walaupun muja tahu mesti ada gak sebahagian yang lebih baik tidak diberitahu. tapi tak sampai ke tahap nak jadikan blogging sebagai satu kerjaya. i am a teacher blogger 😀
Curahan rasa muja @ ..CERAH BERSERI RAYA GIVEAWAY with FAIR & LOVELY dan SIEZUKA
betul tu, takkan kita nak di takuk lama kan.
lebih baik kita upgrade ke penulisan lebih baik.
biar kita tak gila pageview sekalipun.
nota: bagus entri ini. sy buat entri ini sbg sumber entri sy akan datang.
masih dalam usaha memantapkan blog , harap suatu hari nanti boleh jadi sehebat blog DH…;)
Curahan rasa papa mifz @ ..Petang Raya di Ijok
paultan aku tahu sangat tapi kalau Denaihati dan beautifulnara memang tempat aku berlepat sejak lama tahu betul begitu banyak hal sudah yang mereka lakukan untuk kejayaan blog
Curahan rasa munir ardi @ ..Cara Mengatasi Kulit Berminyak Pada Muka
terima kasih atas perkongsian yg hebat ini… 🙂
saya belum mampu mencapai tahap blogger sebagai kerjaya .. tapi usaha ke arah itu tetap diusahakan
Waaah. Berapa kalau nak labur nak buat blog seprofessional macam DH. Hahah Boleh tanya gitu????
Curahan rasa Qashmere @ ..Ucapan Selamat Hari Raya Dari Mummy & Qashrin
Blogger yg melihat perkembangan blog beautifulnara, paultan, amanz dan denaihati pasti akan tahu semuanya bermula dari zero dan berkembang perlahan-lahan secara sistematik menuju fokusnya. Bila kita fikir bisnis untuk pulangan lumayan pasti ada modalnya.
Curahan rasa denaihati @ ..10 entri popular Denaihati Julai 2013
untuk menjadi blogger full time juga untuk menjadikan blogging sebagai kerjaya, seseorang blogger perlu bekerja keras mencipta great content kemudian rajin membuat promosi blognya.
Kuncinya di sini adalah mencipta kandungan, promosikan kandunagn itu kemudian buat lagi langkah pertama tadi, begitulah berulang-ulang.
Lama kelamaan kita akan jadi full time blogger tanpa kita sendiri menyedarinya. Advertiser akan datang sendiri apabila dua langkah tadi dibuat dengan penuh konsisten.
Comments are closed.