Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, aku sebenar agak pelik sejak sebulan dua ini kemasukan trafik organik ke blog ini dengan keywords “Fatin Liyana” semakin menjadi-jadi. Setiap hari ada saja peminat Dr. Fatin Liyana yang singgah di blog ini mencari informasi terkini mungkin.
Bukanlah perkara yang pelik blog ini menjadi rujukan peminat blogger cantik Fatin Liyana kerana sejak 2012 lagi beliau menjadi top blogger blog Denaihati. Sejak tahun 2012 diikuti tahun 2013 dan 2014 , Fatin Liyana sentiasa mengungguli carta top 10 keywords tahunan blog Denaihati. Cuma kali ini berbeza sedikit jumlah yang mencari terlalu ramai daripada kebiasaan.
Mungkinkah kerana teguran Fatin Liyana kepada aku? Aku tidak ambil hati walaupun pernah ditegur secara peribadi oleh Dr. Fatin Liyana untuk mengeluarkan beberapa gambar remaja di dalam beberapa entri tulisan aku. Hajat Dr. Fatin Liyana telah aku kabuli dengan memadam semua gambar terlajak aksi untuk menyokong perubahan yang sedang beliau usahakan seiring dengan perubahan kerjaya dan usia.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia Main Instagram 1 jam sehari dan jana pendapatan 4 angka sebulan! Klik Sini
Jana Duit 5 angka sebulan tanpa modal. Rahsianya terbongkar! Klik Sini
Rahsia Main Facebook 1 jam sehari dan jana pendapatan 4 angka sebulan! Klik Sini[/box]
Akhirnya aku mendapat jawapan sebenar mengapa kemasukan keywords “Fatin Liyana” sangat luar biasa. Rupanya ini jugalah sebab utama mengapa sahabat aku blogger hartanah no 1 Malaysia, Abang Ensem bermuram durja. Malang Abang Ensem berganda apabila gadis pujaan Hanis Zalikha yang pernah aku gossip dalam entri “Bila isteri tidak percaya suami berpoligami” juga telah di lamar oleh Hairul Hazreen di atas pentas Gegar Vaganza.
Rupanya Dr. Fatin Liyana yang baru terpilih mendapat anugerah Tokoh Srikandi Negara telah disunting oleh Dr. Anwar Fazal penulis novel DIAgnosis juga sepupu kepada pengarah filem Syamsul Yusof. Tahniah aku ucapkan kepada Fatin Liyana top blogger Malaysia yang sudah mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hati, Dr Anwar pada 21/12/2014. Kepada semua peminat yang nak melihat gambar majlis pertunangan Dr Fatin Liyana Asri bolehlah terus ke entri bertajuk “Majlis pertunangan Fatin Liyana” atau ke entri blog sahabat seperjuangan aku bertajuk “Fatin Liyana bertunang“.
Semuga entri ini dapat memberi jawapan kepada semua pencari informasi Fatin Liyana yang sentiasa singgah di sini … terima kasih tidak terhingga.
109 Comments
sama cantik sama padan…
maka ramailah jejaka blogger malaya bermuram durja… hahaha…
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Cahaya Malaika slot Samarinda TV3 2015
macam pinang dibelah dua kot. mesti ramai yg kecewa lah ni….heee
Curahan rasa Denaihati @ ..Malaysia Best Blog 2015
Maka, ramailah para jejaka menggigit jari lepas ni. FL ni Angara blogger yg saya Rabin follow dulu. Comelll je orangnya.
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat Dr Fatin!! Dan blogging tetap diteruskan selepas itu.
Curahan rasa emalinmohd @ ..Kedai Asam Pedas Sedap di Ampang
Untunglah dah sampai masa. Tahniah Fatin Liyana! Tumpang gembira buat Fatin hehe
Curahan rasa KeluargaBaru @ ..9 Tips Untuk Bakal Ayah
sesuai sangat. sama cantik sama padan. Tahniah Dr Fatin Liyana.
Curahan rasa Fida Haini @ ..Apa HOT sangat Larome Slimming Serum?
Sama cantik sama padan sama Doctor. Tahniah Dr Fatin Liyana dan pasangan 🙂
Curahan rasa Ani Haryani @ ..Keistimewaan Anggur Muscadine Yang Terkandung Di Dalam Vivix
Pergh!
Sama padan…
Ramai laa yang kecewa lepas nie….
Semua join AE sekali… ha h ah
Curahan rasa fazrol @ ..Kepuasan berblog!
Dr Fatin Liyana…memang hebat sekali tarikan beliau! Seorang blogger yang mencetus fenomena! Tapi kini telah membuat ramai lelaki bermuram durja…
Semoga FL berbahagia dengan pilihanmu…
Curahan rasa BM @ ..Syukur Di Pagi Ahad – Terima Kasih Akma Omar
Dr Fatin memang sempoi dan cantik orangnya. Sebab tu ramai yang jatuh hati kan. Semoga berbahagia Fatin. Dan kepada yang bersedih hati, tabahkan hati teruskan melangkah ke hadapan! LOL
Curahan rasa Lin Chalo @ ..Resepi Roti Jala & Kari Ayam Yang WAJIB Anda Cuba. Pasti Nak Lagi!
Kumbang bukan seekor…bunga bukan sekuntumkan….heee. car lain je lah, dah hampir jadi mlilik orang lain.
Curahan rasa Denaihati @ ..Charlie Hebdo lukis lagi kartun Rasulullah
ramai gadis idamkan kehidupan seerti beliau 😀 tp kne igt yg hidup setiap org diaturkan “ke mana” berdasarkan pilihan kita..
tahniah DR Fatin Liyana 😀
Curahan rasa Syira Lokman @ ..Malaysia Best Blog 2015
selamat bertunang Dr Fatin Liyana!
moga selamat ke jinjang pelamin pula dengan jejaka pilihan hati:)
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..The Foodies Cafe Putra Heights
Tahniah buat DR Fatin semoga berbahagia hingga ke jannah,InshaAllah,Amin,.
Semoga mereka berdua bahagia bersama sehingga ke akhir hayat. Akhirnya blogger cantik ni dah bertunang hehe
semoga pasangan ini bahagia hingga ke akhir hayat.. fatin liyana memang hot search, kra malaysian’s blogger sweetheart dia ni :’)
Curahan rasa pinkbubblegumprincess @ ..(9 Gambar)Baju Akad Nikah Terkini 2015 by Fuzana Mokhtaza.
sama cantik sama padan pasangan ini..semoga berbahagia selalu hendaknya..dua-dua pun ada blog akn..hu3
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Malaysia Best Blog 2015
Comments are closed.