Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, beberapa entri sebelum ini fokus kepada tajuk buat duit dengan blog setelah semakin ramai Rakan Blogger berjaya menjana pendapatan daripada blog. Tujuan sebenar buat blog bukan hanya untuk buat duit. Kalau mengikut entri “sebab mereka berblogging” ada berpuluh mungkin beratus sebab buat blog. Tidak kisahlah apa tujuan kita buat blog samada untuk buat duit atau sebab-sebab yang lain komen daripada Ibunda Blogger dalam entri “Google Webmaster penting untuk blog” ini mesti diambil perhatian.
Pemilik blog kena belajar cara membina blog secara teknikal dan non teknikal kena seimbang..tak boleh satu cara saja.
Rakan Blogger pernah ke baca biodata Ibunda Blogger yang memulakan kerjaya sebagai seorang Blogger pada tahun 20/9/2005. Kalau belum kenalah baca baru tahu betapa nasihat beliau patuh diikuti. Ini aku quote kan sebahagian biodata yang selalu menjadi alasan untuk kita tidak mahu memajukan diri menjadi seorang Blogger.
[box]
Saya beruntung kerana mempunyai kawan dilingkungan yang sangat rajin membantu. Sebagai seorang yang buta IT, saya perlu berada di kalangan ‘geek’ untuk mendapatkan ilmu.
Seperti kata perpatah, kalau ingin dapatkan madu, jadilah seperti lebah yang kemana-mana pergi mencari bunga. Jangan menjadi seperti lalat, kat mana² dia pergi, dia akan mencari kekotoran… orang yang hatinya bersih, akan mencari kebaikan pada suasana di sekelilingnya… orang yang hatinya busuk, akan hanya nampak keburukan kat mana² dia berada.
Ramai rakan-rakan yang menyumbang idea, pertolongan atau kritikan untuk membangunkan blog ini. Sumbangan mereka sangat dihargai.[/box]
Kita selalu menjadikan “Buta IT” sebagai alasan untuk tidak mahu memajukan diri menjadi Top Blogger atau Popular Blogger. Apabila kita nak buat blog kenalah buat dengan cara yang betul walaupun sekadar hobi. Ramai Blogger termasuk aku yang suatu masa dahulu tidak pernah tahu blog secara teknikal dan non teknikal tetapi mengambil masa berbulan-bulan untuk belajar dengan Pak Cik Google di samping mendapat tunjuk ajar daripada kawan-kawan.
Menjadi seorang Blogger bukan sekadar menulis dan menulis dan menulis serta fikir SEO sahaja. Blogger juga mesti mengenal blog sendiri dari sudut teknikal melalui Google Webmaster, Google Analytics, SEO tools dan berbagai tool yang lain. Melalui komen-komen daripada entri lepas masih ramai Blogger yang tidak tahu pun kegunaan Google Webmaster begitu juga kegunaan Google Analytics atau tools yang lain. Paling mengejutkan ada Blogger yang tak pernah tahu pun semua ini.
Blogger juga perlu tahu hal-hal teknikal yang lain seperti loading page, pagerank, alexa ranking, trafik blog, bounce rate dan banyak lagi yang boleh membantu blog kita menjadi hebat berbanding blog yang lain. Dengan kelebihan ilmu teknikal berblog tanpa kita sedari walaupun pada asalnya duit bukan matlamat tetapi perlahan-lahan duit akan mencari blog kita.
Gabungan pengetahuan bukan teknikal dan teknikal ini sebenarnya memberikan kita kelebihan untuk mengetahui di mana tahap blog kita berada dan bagaimana untuk kita menaikkan ke tahap yang lebih baik. Contohnya kita tahu bahawa loading page kita di tahap yang kurang memuaskan, walaupun mungkin kita mempunyai kekangan kemahiran atau ilmu untuk menambah baik, tetapi sekiranya kita dapat mengenalpasti bahawa bahagian tersebut mempunyai masalah, kita boleh meminta bantuan daripada mereka yang lebih arif dalam bidang tersebut untuk melakukan optimasi tersebut untuk kita.
Perkara ini tidak akan berlaku sekiranya kita tidak cuba untuk belajar bagaimana untuk mengenalpasti perkara-perkara teknikal ini. Kita seringkali mengambil remeh perkara seperti ini dengan alasan ianya tidak penting atau kita hanya menulis untuk suka-suka dan pelbagai lagi. Namun sekiranya kita sedar bahawa setiap masa yang kita laburkan itu begitu tinggi nilainya, pasti kita tidak akan memberikan alasan-alasan sebegini.
Ini pesanan daripada Sifu Affiliate kepada Rakan Blogger yang memang nak buat duit dengan blog :
Bagi gua, nak buat duit dengan blog, SEO itu benda wajib dan kritikal. Nak tak nak, kena belajar.
Nak menjadi Blogger yang BERJAYA kata kunci yang penting adalah “BELAJAR“. Jadi sejauh mana anda telah meluangkan masa, tenaga mahupun wang ringgit untuk menambah ilmu dan pengetahuan dalam bidang yang anda ceburi ini; penulisan blog.
Sekiranya anda mungkin tidak gemar untuk menelaah buku atau bahan-bahan rujukan yang lain, pihak Akademi Denaihati menyediakan kelas praktikal yang membolehkan anda menambah pengetahuan mengenai perkara-perkara teknikal dan bukan teknikal dalam menguruskan blog dan menjadikan blog anda lebih baik. Semoga usaha kita untuk menjadikan industri penulisan blog ini sebagai industri yang boleh dijadikan sebagai kerjaya profesional akan menjadi kenyataan dengan perkongsian ilmu dan pendapat dalam pelbagai sudut.
83 Comments
simple je sbnrnya kan…usaha dan disiplin tangga kejayaan
Curahan rasa Shahrul @ ..Salah Rajagobal atau salah siapa?
apa2 jua bidang yang kita ceburi, kunci utama adalah “belajar”, kalau malas belajar macam mana nak pandai
saya sendiri mengambil masa yang lama untuk belajar mengenai seo, itupun disebabkan saya mulakan langkah yg pertama walau perlahan, kalau x gerak langsung memang x tahu apa itu SEO, apatah lagi nak buat duit
Curahan rasa Juan @ ..Komisyen Buat Duit Dari Rumah oleh Jobdirumah Kali Ke-3
banyak perkara yang blogger boleh jadi.. dengan blog juga blogger menjana pendapatan… tetapi perlu juga mahir bab teknikal blog…kerana dari situ kita akan tahu progres blog kita dan tahap kita.. SEO juga amat penting..
tetapi anda juga kena bina network.. kerana dengan ada network dan kenalan yang ramai In syaa allah akan dapat membantu anda dalam karier berblog..
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W
Inilah sedang saya cuba kumpulkan. Dana utk ke kelas master. Moga dapat peluangnya nanti..ameen
Apapun, utk menjadi seorang blogger hebat seperti tuan DH, mmg perlu tahu byk perkara.
macam biasa, artikel ni mmg terbaik!
Curahan rasa hafizmd @ ..Lupa Nak Guna Plugin TAC Sebelum Pasang Themes Percuma!
Ya, Rajin-rajinlah belajar, membaca dan buat kerja.
Jangan jadi macam gua. Asyik tidur ajeeee..
Curahan rasa titan @ ..Majlis Iftar eQurban di Rumah Warisan Kaseh, Banting.
lu tidur sbb lu dah banyak tak tidur dulu2…
10 tahun dulu
Curahan rasa hafizmd @ ..Lupa Nak Guna Plugin TAC Sebelum Pasang Themes Percuma!
inshaAllah mungkin dibulan 9 atau 10 saya akan daftar ke kelas master.. masih mengumpul dana..
Curahan rasa Zuan @ ..Lagu Raya Dari W.A.R.I.S
Betul3x.. wajib belajar. Ilmu itu rezeki…
Saya pun Zero IT dari awal 2004.. Sekarang dah jadi ‘webmaster’.. ^_^
Ikhlas,
Amin Johar
Jurutera SEO Malaysia
PAKAR NIAGA
Curahan rasa PakarNiaga.com (AMIN) @ ..KONVENSYEN USAHAWAN MUSLIM 2013
Memang wajib belajar bab teknikal blog sendiri…saya dulu pun tak berani nak godek blog sendiri…belajar sikit2 lepas tu dah boleh sikit.Yang penting jgn malu bertanya.
Curahan rasa azman @ ..Iftar bersama Team Negaraku.my
betul tu, ada sesetengah blogger asyik menulis tp x ambik berat blog itu ringan ke berat… dll… kena ambik tahu semua yg berkaitan dgn blog… tak tahu tanya… malu bertanya google ada..tak pun tanya je ibunda blogger kita ni, tak lokek ilmu orangnya…. 🙂 diri sendiri masih lg belajar dan terus belajar pasal blog ni…
Curahan rasa zie fauzi @ ..Pola Baju Kurung Pahang
kena tahu jugak basic, lepas tu baru boleh jd blogger terhebat 🙂
Curahan rasa Wan Gerrard @ ..Musim Liverpool Bergantung Pada Luis Suarez: Steven Gerrard
memang nak kena belajar juga macam mana pun..
google analytic pun ada gunanya. salah satunya dia akan remove link blog kita daripada database anonymous.
Curahan rasa boni kacak @ ..Berbuka Puasa Di Dataran Bawah Shah Alam
betul tuh.. jadi blogger jangan malas bertanya..
paling komang pon google laaa.. pasti 1001 masalah yang ada kat blog dapat diselesaikan..
Curahan rasa Norfanil @ ..Dilema Blogger 2 : Cara Kekalkan Hubungan Baik Dengan Advertiser
byk yg aku x mahir..cuma setakat tau je pasal teknikal dlm blogging…pastinya aku akan jejak ke Akademi Denaihati utk dptkan ilmu tu…
Curahan rasa Fauzi Blues @ ..Tanda Hormat Terakhir Mendiang Chua Boon Huat.
Betul tu, bila dah involve dengan blog, wajib kena tahu semua perkara yang berkaitan dengannya, termasuk la SEO, loading page, Google analytic, Webmaster dan banyak lagi, baru blog akan jadi lebih kuat dan mantap .. ^__^
Curahan rasa anastasyea @ ..Komisen Jobdirumah Ke 7
Comments are closed.